Kebaikan berbekam

Ni kebaikan berbekam yang saya jumpa dalam Majalah Rapi....kalau ada info lain yang nak ditambah boleh tinggalkan pada ruangan komen ye! T kasih.


  1. membuang darah kotor, darah beku dan darah berpenyakit.
  2. mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah.
  3. mengeluarkan kolestrol yang berlebihan di dalam darah
  4. meringankan otot
  5. mengatasi stres yang berpanjangan.
  6. membebaskan angin kotor dan tokin dalam badan.
  7. membantu meringankan tugas buah pinggang.
  8. membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang tidak mampu diselesaikan oleh kaedah moden.
  9. membantu menghilangkan pening dan migrain.
  10. membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  11. membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  12. membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar
  13. mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.


Berbekam

Minggu lepas ada baca dalam Majalah Rapi tentang kebaikan berbekam, terus rasa nak mencuba....tau la kat mana nak berbekam kalau area Selayang ni? Siapa yang pernah berbekam, boleh la share-share kat sini, faedah yang telah diperolehi daripada berbekam tu.

Ni hasil daripada bacaan saya :


Bekam ni satu cara membuang darah kotor dalam badan. Kalau ada tanda-tanda badan letih dan lesu, kebas-kebas kaki tangan, kurang bertenaga, cepat bosan, murung, mudah marah, cepat mengantuk , elok la lakukan bekam. ( tanda2 tu semua ada pada saya)

Ada 3 jenis bekam,  bekam basah ,bekam kering dan bekam lintah.

Bekam basah dilakukan dengan melukai kulit menggunakan jarum tajam yang telah disteril. Darah toksik akan dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik akan memakan masa antara 3-5 minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihatkan tidak mandi selama 3 jam selepas berbekam.

Bekam kering adalah teknik menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya teknik ini digunakan kepada individu yang tidak tahan suntikan jarum 
atau takut melihat darah.

Bekam lintah ni merupakan sejenis perubatan tradisional untuk membuang darah-darah kotor daripada tubuh pesakit. Darah kotor akan di sedut oleh lintah dan bertujuan untuk menyahkan darah kotor. Lintah diguankan sebagai medium bagi menarik keluar farah kotor dari badan.

Keistimewaan lintah terdapat pada air liurnya yang mengandungi 17 unsur penting terutamanya hirudin yang berfungsi untuk menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah. Selain itu terdapat jugak ekstrak hormon phemone yang merangsang pengeluaran bau tubuh. Ekstrak ini berguna dalam mengatasi masalah seksual.

Ekstrak histamine pula berfungsi bagi membesarkan salur darah dan mencergaskan aliran darah sementara ekstrak nitrioxide pula dapat mempercepatkan  peredaran darah. Dari sudut perubatan lintah daripada spesis Hirudo Medicianalis banyak digunakan dalam membantu merawat penyakit yang berkaitan dengan darah seperti penyakit jantung, darah tinggi, migrain ,sakit kepala dan sebagainya.

Waktu untuk berbekam yang paling baik adalah ketika pertengahan bulan kerana ketika inilah darah tiksik berhimpun. Namun begitu, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.  Mereka yang hendak berbekam dinasihatkan agar tidak makan makanan berat antara dua hingga tiga jam sebelum berbekam  dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.




Perempuan Busuk!

Ni perbualan antara Umar dan Nadhirah ketika saya sedang menjemur pakaian kat belakang, mereka berdua sedang bersarapan di ruang tamu.

Nadhirah: Adik, temankan akak ke bilik air jap, tunggu depan pintu bilik air je, akak takut la.

Umar : Eeeee perempuan busuk ni, kacau je orang nak makan.

Itu je la perbualan mereka berdua tapi boleh mengundang gelak saya ketika menyidai pakaian...ntah la rasa kelakar sangat dengar cara Umar menyebut " perempuan busuk"

Saya tegur Umar, tak baik cakap macam tu pada kakak...dia boleh menjawab :

"Yelah , kakak kan perempuan, lepas tu dia nak masuk bilik air, mesti la bau busuk nanti,sebab tu jadi perempuan busuk"

Budak- budak ni macam-macam la....