Kabinet dapur dan wardrobe - Advanced Home Trade

Hari tu banyak tempat dah survey untuk buat kabinet baju dan kabinet dapur..akhirnya kami memilih Advanced Home Trade..harga pada saya agak berpatutan berbanding tempat-tempat yang telah pun saya survey..layanan daripada staff pun bagus..ada tempat tu boleh buat kita berasap dengan layanan acuh tak acuh.

Jadi ini la hasilnya:





Kos keseluruhan untuk semuanya hampir 10K.

Kalau ada nak dapatkan quotation daripada Advanced Home Trade ni no telefonnya: 012-2675235 atau 03-61888998.

Alamat: Block C28-1 Jalan Medan Selayang 1
Batu Caves




Tali pinggang kuning sudah! - Taekwando

Sejak akhir Feb lepas, Nadhirah menyertai persatuan Taekwando di sekolah...jadi rutin saya setiap petang Sabtu adalah jadi driver menghantar dan menjemput dia dari sekolah.

Di hari pertama menyertai Taekwando
2 minggu lepas, Nadhirah telah pun menjalani ujian pertama....mama pulak yang berdebar.


Hari keputusan dah pun keluar....

Bersama sahabat baik, Asyikin menunggu latihan bermula petang tadi

Selepas pulang dari latihan petang tadi...tali pinggang  dah bertukar!
SIJIL!
Tunjuk skil!

Watchaaaa

Naruto menyerang!
Ada bran?

Tahniah untuk NADHIRAH YASMEEN BINTI FAHMEE!

Triple Chicken Pizza Sensation Pizza Hut

Dah lama benar tak makan pizza...nak buat sendiri memang tidak la sebab bukan tak pandai cuma tak cukup pandai he he.

Jadi, langkah yang paling senang adalah start kereta terus ke area Selayang Mall, situ ada Pizza Hut.

Kami ni tak lah kerap sangat makan pizza, sesekali je dalam 2,3 bulan.....kali ni kami tak belek-belek menu pun, terus order menu terbaru ketika ini Triple Chicken Pizza Sensation.

Tengah tunggu pizza ......hirup sup dulu la..

Dah siap untuk di makan.

Umar punya...

Lepas dah makan...rasanya  pizza ni tak la best sangat ( pada kami sekeluarga la)....mungkin kami lebih menyukai pizza super supreme kot...selalu order menu yang baru untuk kali pertama tetapi untuk order pada lain-lain kalinya kami pasti akan order super supreme.

Triple Chicken Pizza Sensation ni lebih rasa seperti memakan serunding bersama dengan pizza kosong je. Tak ada rasa sangat,tidak memberi lebih kepuasan memakan pizza yang sebenarnya.

Itu pendapat kami sekeluarga la, kata orang  - lain orang lain selera.

Apa kata anda?



Nursery Bunga di Sungai Buloh

Ini cerita hari Rabu lepas ketika cuti Pertabalan YDP Agong .

Tak tau nak kemana, makcik mencadangkan agar kami ke Sungai Buloh...mana lagi tempat yang dituju kalau bukan ke tempat menjual pokok bunga ,pokok tak berbunga dan pasu pasuan.

Kami selalunya ke tempat yang ke dalam sana...ntah apa alamat tempat yang sebenarya tapi rasanya tempat yang semua orang tau...lalu depan Hospital Sungai Buloh dan terus masuk ke dalam tu.

Makcik saya banyak berhabis petang tu...beli pasu, beli beberapa jenis pokok...saya hanya membeli 4 pokok kaktus untuk Umar dan Nadhirah...

Gambar-gambar yang ada di bawah ni adalah di ambil oleh Umar hampir kesemuanya kecuali satu je yang diambil oleh saya iaitu gambar Umar dan Nadhirah...oleh kerana Umar yang ambil, saya kena masukkan semuanya dalam blog ( dia ada kat sebelah ketika saya taip entry ni, dia tentukan mana satu gambar yang perlu di letakkan, mana yang tak perlu..yang tak perlu adalah gambar Umar yang tak hensem, katanya).







Umar dan Nadhirah berkenan dengan pasu ni...


Beli salah satu untuk Umar dan Nadhirah


Salah satu pokok yang makcik beli hari tu...



Jenis kaktus jugak ni...

Keladi penyet namanya....

Keladi juga...
Pokok bunga kerinting..makcik beli juga yang ni..
Jurufoto petang itu.......Umar Faris


Anak Erra Fazira dah 3 tahun!

Comel macam mummy nya juga ..maklum la mummy jelita, papa hensem!




Happy Birthday Aleesya!

Wajah-wajah jelita Fazura










Yang ni nampak sungguh ayu dan jelita!


Blog Aididmuaddib

Kenapa ek ramai betul yang mencari blog ni hari ni?


Tak pernah menjadi carian orang di dalam Nuffnang saya sebelum ni.

Mungkin kerana sekarang ni hangat dengan kisah Tembelang Beautiful Premium dan Bio Aura Pecah diperkatakan di SINI kot..sebab tu semua orang nak tau siapa Aidimuaddib kot.

Nampaknya blog beliau telah pun diremoved...saya tak pasti kenapa.




Secara ringkasnya, blog Aidid banyak info tentang bisnes MLM.

Oleh kerana dah diremoved, tak dapatlah kita nak cari info di situ lagi.


Restoran Aman Seafood, Bandar Baru Selayang Fasa 2

(Petang semalam punya cerita)

Kami bertiga makan malam di Restoran Aman Seafood, tak jauh pun dari rumah saya...nak ambik gambar banyak-banyak,terasa segan, ini pun Nadhirah yang ambilkan.

Makan kat sini best sebab restoran baru ( cawangan), pasti la bersih, dapur pun tak jauh dari tempat makan, boleh nampak dengan jelas mereka masak.

Harga pun tak la mahal sangat ( untuk orang yang poket biasa-biasa macam kami).

Dari segi rasa, ianya memang tidak mengecewakan.

Anak-anak suka makan nasi ayam.

Suami gemar order nasi putih dan sup perut.

Saya pula selalunya order nasi goreng ikan masin tapi malam tadi saya order Mee Kungfu.







Review Rancangan Realiti Versus di TV9 - Best!

Dalam banyak-banyak rancangan realiti yang ada di Malaysia ni, saya rasa rancangan ni lah yang paling best dan ada kelainan,tak rugi menonton dan cukup menghiburkan..paling best mungkin tiada part penyingkiran.

Malam tadi bermulanya minggu pertama yang menyaksikan pertempuran antara 5 band iaitu Hujan, Sofaz, 6ixth Sense, Black Parallax dan Go Gerila! 

Persembahan malam tadi adalah bertemakan "Hero Malaya" iaitu setiap kumpulan diberi satu lagu daripada nyanyian asal oleh Jamal Abdillah, M.Nasir , Aris Ariwatan,Nash dan Hattan. Mereka ini diminta menggubah semula lagu tersebut mengikut kreativiti mereka.

Secara peribadinya , kedudukan untuk persembahan malam tadi adalah seperti berikut:

1.Kumpulan Hujan - lagu Lamunan Terhenti. ( sekalipun gitaris Hujan tidak ada ketika persembahan malam tadi, prestasi yang ditunjukan oleh kumpulan ini pada tahap yang cukup memuaskan hati saya sebagai penonton)

2.Black Parallax - lagu Pada Syurga Di Wajahmu

3.Go Gerila! - lagu Biso Bonar

4.6ixth Sense - lagu Kau Lupa Janji

5. Sofazr - lagu Tanya Sama Itu Hud Hud ( kumpulan ini tidak begitu menunjukkan kelainan dari sudut kreativiti)


Pada saya, kebolehan juri Loque dan Jeniffer tak perlu dipertikaikan kerana mereka mempunyai kebolehan tersendiri untuk menjadi juri.

Tak sabar nak tunggu persembahan minggu depan!