Natasha Hudson Sah Milik Carleed Khaza



Tahniah kepada pasangan Natasha Hudson dan Carleed Khaza yang melangsungkan akad nikah mereka pagi tadi.

Semoga rumahtangga mereka dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan.

Najwa Latiff? Bukan la...

Dia memang meminati Najwa Latiff..sekarang ni asyik menghafal lagu KOSONG je kerjanya...ni tengah cuba nak pakai tudung yang berpusing-pusing...last-last tak tau la dah jadi macam siapa , rasanya Najwa Latiff tak lah bertudung macam ni, berserabai je he he.








Nadhirah yang sentiasa suka berlakon! he he...normal agaknya pada seorang anak perempuan yang seusia beliau..

Mandi Manda di Ulu Yam

Ini lah tempatnya yang selalu kami anak beranak pergi untuk mandi manda...kami selalunya pilih tempat yang paling last, P4 kot kalau tak silap...kat sini mencabar sikit la nak turun ke tempat mandi kerana ada beberapa anak tangga yang curam dan ada jambatan gantung .

Sebab tu la tak berapa ramai sangat kat sini..namun begitu kami tetap menjadi antara yang terawal sampai di sana..biasanya jam 9 pagi kami keluar dari rumah...15 minit lepas tu sampai la di sana.

Ahad minggu lepas kami ke sana, bawa bekal kuey teow goreng dan roti sandwich tuna, teh panas dan air masak.

Sampai-sampai je terus makan, memang terlupa terus nak ambil gambar...lepas tu la ambik beberapa keping sebelum kami semua berendam sampai jam 1 petang..lama gila ....

Cadangnya nak pergi lagi dengan membawa barangan perkhemahan, tak tau la jadi atau tidak.














Aksi Umar Faris di Selayang Mall

Tengok la Umar punya telatah...dia memang tak reti diam...


Menari-nari...

Membelek-belek barangan

Menyandar-nyandar

Menjenguk-jenguk

Ukur tiles

Bersenam

Menari lagi...


Dermagic - Simply Siti



Dah jenguk-jenguk kat Watson Selayang Mall semalam...hati macam tertarik nak cuba untuk gunakan...dulu dah cuba nak jadi macam wajah Rozita Che Wan nampaknya gagal..tak dapat macam Rozita apa kata cuba jadi macam rupa Datuk Siti pulak...hmmm dua2 ada kaitan dengan Datuk K kwang kwang...oppsss usik je ...

Dah ada yang cuba ke Dermagic ni? agaknya kalau ada jeragat dapat hilang tak?

Hmmm saja je la survey-survey apa yang bagus untuk muka berjeragat macam saya ni...sebenarnya bukan takat survey simply siti je, banyak lagi cuma tak tau nak pilih mana satu yang terbaik..paling takut kalau produk tu menyebabkan kulit muka jadi menggelupas.

Ada sesiapa yang boleh kongsi tak, apa yang sesuai untuk muka berjeragat?

Breakfast McD - Sausage McMuffin With Egg

Sarapan dalam kereta je....sesekali mencipta kelainan untuk menambahkan keceriaan hidup sekeluarga.






Iklan daripada McD




Ini yang kami beli untuk sarapan.
Teh o panas