Review Novel Isteri Separuh Masa|Suri Ryana



Terlalu cliche'.

Terlalu banyak kisah macam ni di dalam novel-novel di pasaran sekarang.

Dulu ketika novel M.A.I.D , saya masih boleh terima kerana ada sedikit kelainannya dan tak jemu untuk dibaca.

Tetapi untuk novel yang kedua ni, saya jangkakan kelainan yang betul-betul lain, bukan cerita yang berulang sebegini.

Apa pun, novel ini boleh la dibaca kalau sekadar inginkan hiburan dan santai semata .

*** sekadar pandangan peribadi saya saja.


Majalah RAPI keluaran 15 April 2012


Cadangnya nak beli majalah ni ketika Pesta Buku nanti je…yelah tak lama lagi dah nak berlangsung, iaitu pada 27 April nanti tapi nampaknya gian nak membeli tak boleh nak ditahan-tahan, lagi pun kesian pulak tengok Amin Kedai Buku kat ofis tu…dah tiap bulan membeli kat situ,alih-alih kali ni tak beli..jadi dipendekkan cerita yang memang dah panjang mukadimahnya ni, saya beli je terus, Majalah RAPI dan Majalah MIDI.

Ok, jom kita tengok apa yang menarik di dalam Majalah RAPI kali ni…


Adira menjadi cover bulan ni..







Review Novel Rindu TanpaKata|Ain Marissa



"TERLALU RINGAN, MENDATAR, LONGGAR" 

Itulah komen daripada sahabat novel saya tentang novel ini.

Seperti biasa, komen beliau mempengaruhi mood bacaan saya. Beliau adalah seorang kaki novel tegar, jadi sedikit sebanyak komen itu masuk ke dalam minda dan hati saya.

Oleh kerana novel ini dibeli oleh saya sendiri, antara mau dengan tidak, saya tetap perlu membacanya hingga ke noktah terakhir.

Salah satu sebab utama saya membeli novel ini adalah kerana novel ini keluaran syarikat Siti Rosmizah, membaca semua novel tulisan Siti Rosmizah menyebabkan saya meletakkan pengharapan yang tinggi kepada novel penulis lain keluaran syarikat beliau.


Ringkasnya novel ini berkisarkan kepada kisah keluarga dan jalan cerita yang amat mudah difahami malahan kita dapat menelah apa yang akan berlaku seterusnya.

Sinopsis:

Mengisahkan Sueraya anak kepada Datuk Seri Mustafa dan Datin Seri Olida yang lumpuh kerana terjatuh dari tangga, telah dijaga sepenuhnya oleh Mak Minah dan Pak Hassan,iaitu pasangan pembantu rumah dan pemandu Datuk Seri setelah pasangan tersebut membuat keputusan untuk berhenti kerja dari rumah Datuk Seri dan menetap di kampung halaman tersebut.

Datin Seri Olida adalah seorang ibu yang tidak mempunyai perasaan belas terhadap anaknya, Sueraya, beliau tega membiarkan anak itu sendirian menghadapi dugaan besar sebegitu,lantas dek kerana simpati, pasangan pembantu rumah dan pemandu keluarga tersebut membuat keputusan untuk menjaga sebaik mungkin anak majikan tersebut.

Dalam pada itu, Datin Seri Olida ni terlalu menyayangi Sarah, adik kepada Sueraya, yang mana gaya hidup Datin Seri Olida dan Sarah ni agak mempunyai persamaan, iaitu lebih moden dan bebas.

Sueraya di bawa tinggal di Raub iaitu di kampung halaman pasangan ini. Sebenarnya pasangan Mak Minah dan Pak Hassan ini mempunyai anak lelaki iaitu Firhan yang mana ketika itu sedang melanjutkan pelajaran di Australia. Firhan ini dibesarkan oleh ibu saudaranya yang tidak mempunyai anak,iaitu Mak Milah.


Setelah beberapa lama Sueraya dijaga oleh Mak Minah dan Pak Hassan, Firhan pulang ke Malaysia dan saat itu la bermula kata-kata kurang manis kedengaran tentang kewujudan Sueraya di rumah Mak Minah dan Pak Hassan. Sueraya adalah bukan muhrim kepada Pak Hassan dan Firhan, pastilah ianya mengundang pelbagai reaksi daripada penduduk kampung.

Kerana ingin menutup mulut orang kampung yang memandang serong dengan kehadiran Sueraya dalam keluarga tersebut, Firhan dan Sueraya akhirnya diijabkabulkan dan Firhan tidak perlu bertanggungjawab atas perkahwinan ini.


Sarah, adik kepada Sueraya berkahwin dengan Dazlyn ketika Sueraya dijaga oleh Mak Minah dan Pak Hassan.Sebenarnya Dazlyn merupakan sahabat baik Sueraya ketika sama-sama menuntut di UK tak lama dulu.

Firhan pula memilih untuk berkahwin dengan Emilia , anak kepada majikannya . Firhan ni pada mulanya tidak begitu mengendahkan Sueraya sekalipun sudah menjadi isterinya, yelah memang dah janji sejak awal, perkahwinan ini hanya sekadar untuk menjaga air muka mereka sekeluarga saja.

Selepas berusaha beberapa lama untuk memulihkan Sueraya, akhirnya dengan izin Allah, Sueraya sembuh seperti sediakala.

Perasaan sayang dan cinta mula bertunas dalam diri Sueraya terhadap Firhan.

Satu kemalangan telah berlaku terhadap Firhan yang menyebabkan buah pinggangnya rosak, Sueraya dengan rela hati mendermakan satu buah pinggangnya demi untuk membalas jasa baik keluarga Firhan yang banyak membantu memulihkan beliau selama ini dan juga kerana cinta terhadap Firhan yang bergelar suami.

Datuk Seri Mustafa bercerai dengan Datin Seri Olida yang curang, Sarah bercerai dengan Dazlyn kerana masing-masing masih mengamalakn gaya hidup terlampau kebaratan , Firhan pula bercerai dengan Emilia selepas mengetahui Emilia adalah bekas wanita Dazlyn , Dazlyn mengharapkan Sueraya menjadi isterinya, Emilia mengharapkan Firhan kembali kepadanya,

Di akhir cerita, Firhan dan Sueraya menjalani kehidupan suami isteri sebagaimana yang sepatutnya, Datu Seri Mustafa berkahwin dengan Makcik Milah , ibu saudara kepada Firhan, Datin Seri Olida meninggal , Sarah berbaik semula dengan Dazlyn selepas mereka berdua berubah gaya hidup,

Kesimpulannya, secara positifnya kita perlu berusaha untuk berubah ke arah kebaikan dan saling menerima kelemahan diri serta jangan putus asa untuk mencapai sesuatu yang dingini . Ingatlah setiap perbuatan baik dan jahat pasti ada pembalasan.

Kalau nak bagi bintang pada novel ni, saya rasa 2 bintang ok kot.


Ada yang dah baca novel ni? Dan adakah anda sependapat dengan saya?

Khasiat Air Kelapa Muda

Err gambar-gambar kat bawah cuma gambar kelapa muda je...terlupa nak snap gambar airnya sebab dah tuang-tuang terus pakat minum.

Pokok kelapa ni betul-betul kat belakang dapur rumah mak

'Ayah Ngah' sedang berusaha memetik kelapa untuk anak-anak buah

Dah dapat pun....




Khasiat air kelapa muda banyak sebenarnya...antaranya adalah:

1. Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

2.Air kelapa juga dipercaya memperbaiki fungsi pencernaan. 

3.Air kelapa muda tidak mengandung lemak dan kolesterol, bahkan menurut riset dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.


Banyak lagi kelapa muda kat di belakang dan depan rumah mak tu....bila time anak cucu balik baru la meriah minum air kelapa muda ramai-ramai.