Majalah MIDI 15 April 2012 - Hamil di usia 40-an

Menarik jugak isu bulan ni, iaitu hamil di usia 40an...macam saya ni, sekarang dah pun 39 tahun, masih berharap untuk menimang seorang cahayamata lagi sebagai penambah kebahagiaan kami sekeluarga.

Dalam masa yang sama, terfikir juga, adakah masih sesuai untuk menimang cahayamata di saat usia 40an begini? Saya lebih terfikir tentang risiko kesihatan ibu dan anak,tambahan pula saya masih lagi obes. Selain itu, kebimbangan tentang pengurusan masa dan rumahtangga, saya seorang yang cepat gelabah, tertekan dan macam-macam perasaan lagi melanda bila mempunyai baby (berdasarkan pengalaman lalu).

Bila membaca majalah MIDI kali ni, rasanya banyak info yang positif tentang perkara ini....apa yang penting suami isteri mesti saling bersedia sebelum membuat keputusan untuk menimang cahayamata lagi di dalam usia 40an.





Selain topik tentang kehamilan diusia 40an,banyak lagi rencana menarik di dalam keluaran ini. Antaranya:















Servis Kancil di Hup Poh Tyres Service

Ini cerita Ahad lepas...sekarang ni apa je aktiviti yang dijalankan, menarik atau tidak, masukkan je la dalam blog, kalau pun tak ada sapa yang sudi  baca, boleh jadi bahan bacaan saya kala tua esok-esok...mungkin boleh bagi cucu cicit tengok apa aktiviti kami satu masa dulu...jauh berangan..


Kancil ni dah lama benar tak servis, tayar pun dah botak teruk..jadi Ahad lepas buat semua apa yang patut pada Kancil kesayangan saya tu yang sentiasa menemani saya kemana-mana...


Di sini la tempat yang selalu kami bawa kereta untuk servis, di Jalan Gombak.




Anak tauke kedai ni masih awal remaja tapi dah pandai buat kerja-kerja pemasangan sebegini

Saya tak tau apa nama alat untuk menaikkan kereta ni tapi ianya sungguh menarik perhatian Umar

Berebut dengan si kakak nak cuba alat ni.

Akhirnya Umar dapat cuba, lama betul dia bermain dengan alat ni sementara menunggu kereta siap 

Si Kakak sedang menyoal teka -teki pada si abah

Umar dah penat main dengan alat tersebut

Sesi bergurau senda anak beranak

Kereta dah siap...jom balik!
Hampir 3 jam di sana...panas terik pulak tu. Sampai rumah terus perkena limau ais.


Terima kasih untuk tuan rumah yang membayar keseluruhan kos servis dan penukaran tayar.




Nasi Lemak Neelofa


Saja je la namakan ianya sebagai Nasi Lemak Neelofa, sebenarnya nasi lemak ni di beli daripada restoran kepunyaan keluarga Lofa ,Village Park yang terletak di Uptown ,Damansara.

Sebenarnya dah banyak kali sahabat baik saya tu menguar warkan kelazatan nasi lemak Neelofa ni cuma saya je yang belum berkesempatan untuk merasa, kebetulan semalam dia membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak, saya pun tumpang 2 kaki membuat pesanan .

Harga nasi lemak ni RM8 untuk ayam goreng berempah seperti di dalam gambar di bawah. Nasi lemak kukus, telur rebus, kacang, bilis goreng.




Ayam besar telah melindungi nasi, telur dan bilis , kacang dan timun

Kuantiti nasi adalah sekadar cukup-cukup untuk mengenyangkan perut , membuatkan kita selesa dan tidak la merasa kekenyangan yang amat.

Amat baik kalau nak makan sesekali ..kalau tiap-tiap pagi kang takut tahap kolestrol mencanak naik, badan makin menggeleber, maklum la kerja pun asyik duduk je (kalau macam saya ni)…bab harga pun boleh tahan jugak tu bagi sesetengah orang yang berpoket nipis macam saya ni ..