Review Novel Seindah Sakura


Baru beli jugak novel ni....belum baca lagi , dengarnya novel ni pun telah pun diadaptasi menjadi drama bersiri lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha.

Oleh kerana saya belum membaca sepenuhnya lagi novel ni,saya copy je sinopsis novel ni:

Shakira yang hidup terumbang-ambing akibat kemiskinan dan hilang tempat bergantung.

Aril yang pada mulanya ada niat buruk terhadap Shakira akhirnya berubah mencintai Shakira.

Anida pula muncul sebagai orang ketiga yang hadir sebagai pemecah belah kebahagiaan Shakira dan Airil.

Dek kerana kejahatan Anida, Airil telah pun meninggalkan Shakira terkapai-kapai sendirian.

Shakira jatuh cinta lagi ketika di universiti namun ianya tidak dapat diteruskan kerana lelaki itu adalah milik orang lain.

Untuk pengakhiran cerita, sama-samalah kita menonton drama Seindah Sakura ini , mungkin bermula minggu depan.

Review Novel Adam dan Hawa|Aisya Sofea


Novel ni sebenarnya dah lama keluar di pasaran tapi baru beli ketika Pesta Buku yang sedang berlangsung sekarang, itu pun bukan saya yang beli, makcik yang beli dan sama-sama baca - jimat kos ):

Novel ni dengarnya akan diadaptasikan menjadi drama bersiri - tak pasti sejauh mana benarnya, kalau benar pun saya memang jarang menonton TV tambahan pula kalau ianya diadaptasikan daripada novel.

Novel Adam & Hawa ni mengisahkan kehidupan Ain Hawani dengan Adam Mukhriz. Mereka berdua berkenalan kala si Hawa yang lebih mesra dengan panggilan Aini bekerja sebagai cikgu tadika selama 3 bulan di tadika kepunyaan keluarga Adam yang mesra dipanggil Am.

Am, seorang pilot, hensem dan sangat buaya darat. Ain ni sebenarnya dah mula menyukai si Am cuma kerana insiden mereka ditangkap khalwat di ruang dapur rumah keluarga Am mengubah perasaan suka menjadi benci dalam diri Ain.

Mereka berkahwin di luar kerelaan Ain, lantas Ain membawa diri ke Australia untuk melanjutkan pelajaran selama 5 tahun dan mereka berjumpa semula sekejap di Australia dan terpisah kembali.

Kemudian mereka lagi di Tanah Suci Mekah ketika mengerjakan umrah. Ternyata kebencian yang ada di dalam hati Ain tidak pernah berkurang.

Pada saya, Ain ni terlalu ego...nasib baik la si Am ni seorang yang setia dan banyak berubah selama mereka terpisah bertahun-tahun.

Di akhirnya, hubungan yang terlerai sekian lama akhirnya menjadi rapat dan bertaut mesra.