Tugu Negara 1 Mei 2012

Ini beberapa keping gambar kami anak beranak ketika jalan-jalan ke KL masa cuti Hari Pekerja Selasa lepas.

Mula tu bersarapan di Kampung Baru...Alhamdulillah dah kenyang perut, pusing-pusing KL..mula tu nak bawak anak lalu depan Dataran Merdeka, nak tunjuk lokasi BERSIH hari tu..ye la dah bapa sepupu mereka ni orang kuat menyokong BERSIH tapi sayangnya Dataran Merdeka masih ditutup Selasa lepas.

Pusing-pusing tak tau nak ke mana, kami menghala keTaman Burung, semua parking penuh...last-last kami ke Tugu Negara jela...

Tengok gambar je la ye...nak cepat sebab nak masak spaghetti pulak ni..











Novel Andai Semalam Ku Miliki|Norhayati Berahim


Novel ni pun novel lama tulisan Norhayati Berahim. Makcik saya yang beli novel ni minggu lepas..nampaknya saya tidak banyak berhabis di Pesta Buku tahun ni...mungkin kerana poket nipis kot time Pesta Buku .

Kalau novel NB, memang kita dah boleh agak macam mana jalan cerita dia.

Heroin adalah watak utama...semestinya seorang wanita yang cerdik, selalunya dia lah yang memainkan peranan dalam sesuatu novel tulisan NB.

Untuk kali ni watak Wardah menjadi watak utama...permulaan cerita saya agak bosan tapi dah masuk separuh jalan memang terasa keseronokan membacanya.

Semalam rehat 2 jam di pejabat, saya pulun baca novel ni non stop....menangis-nangis sorang diri diakhir cerita. Terkenangkan arwah sahabat saya yang meninggal kerana kanser payudara , 2 tahun lepas. 

ALFATIHAH untuk arwah Wan Zanariah Wan Abdul Rahman , semoga roh arwah dicucuri rahmatNYA dan diampunkan segala dosa arwah.


Wardah ni sebenarnya adalah kakak kembar kepada Dezzya, seorang ana Turki yang mana sebelum ni Wardah tidak mengetahui pun rahsia ni. Wardah diserahkan kepada ibu saudara beliau selepas kematian ibu.

Membesar sihat di Terengganu dan Dezzya tinggal di Turki bersama bapa beliau. Dah dewasa, bapa mereka menghantar Dezzya belajar di Malaysia dengan niat untuk mendekatkan 2 kembar ini.

Wardah dan Dezzya menjadi rapat , selepas tamat belajar, Wardah menerima tawaran bekerja di Kilang Textil di Turki milik bapa beliau.

Watak hero pula adalah Zafri...seorang lulusan kejuruteraan namun meminati seni muzik. Berkelana ke Turki dan di sana la berkenalan dengan Wardah , dari situ la cinta Zafri berputik dan mula berjanji untuk setia bersama Wardah.

Oleh kerana manusia hanya merancang, lain yang dijanjikan lain pula yang terjadi...kala Zafri ni nak beli sebuah banglo untuk tujuan perniagaan beliau, masalah modal menjadi halangan , sebelum tu Zafri dah pun buat loan untuk membeli kilang batik yang terbengkalai.

Zainab sepupu kepada Zafri adalah sebelum ni seorang gadis moden yang berfikiran kebaratan, CEO di London tapi akhirnya disahkan mengidap kanser pangkal rahim peringkat ketiga. Zainab mula insaf dna meninggalkan segala yang ada di London. 

Beliau memberi tawaran kepada Zafri agar mengahwini beliau walaupun beliau tau akan mati tidak lama lagi dan modal untuk membeli banglo tadi tu akan diberikan oleh Zainab. Niat Zainab adalah ingin menyumbangkan harta beliau ke arah yang berkat dan ingin mengelak harta beliau terjatuh ke tangan ayah yang begitu tamakkan duit .

Di sini la bermulanya episod emosi bila hampir hari pernikahan Zafri dan Zainab, Wardah pula tiba-tiba balik ke Malaysia.

Lagi menyentuh emosi bila saat Zainab memohon maaf dan memohon pengetian daripada Wardah.

Dannnn tambah tambah emosi hingga menangis sendirian semalam bila saat Wardah menghadapi kematian Zainab....tak sanggup nak bayangkan tapi tetap terbayangkan arwah sahabat saya.

Last cerita, hero mesti la bersatu dengan heroin walaupun macam mana sekali pun si heroin merajuk ...

Ok itu je.

p/s: novel-novel NB banyak memberi pengajaran dan pengisian agama.

Review Novel Relevankah Aku Dihatimu a.k.a RADHA|Rnysa


Novel ni adik punya...dia beli di PWTC minggu lepas, sekarang kan masih lagi ada Pesta Buku.

Dah lama sebenarnya novel ni, tahun 2006 , novel yang di beli ni tak silap cetakan ke 3.

Novel ni best, mengingatkan saya kepada novelist Hlovate kerana pengisian novel ini dan novel-novel Hlovate hampir sama cuma gaya bahasa berlainan sikit.

Apa yang nak ditonjolkan hampir sama iaitu persahabatan antara lelaki dan perempuan, batas-batas pergaulan , amalan indah sebagai seorang muslim, terjemahan ayat-ayat Quran.

Saya senang sekali dengan novel sebegini, kita sebagai pembaca tidak digula-gulakan dengan cerita yang menghayalkan.

Sebagai seorang yang menginjak ke usia 40 tahun setahun lagi, saya rasa perlu lebih selektif kala memilih bahan bacaan...yang tangkap leleh, part-part yang tak sesuai dengan ajaran Islam sewajarnya saya ketepikan. Ianya tidak membantu proses pembentukan akhlak mulia malah menganjurkan pembaca menjadi seorang yang suka berangan-angan , ini mengikut pengalaman saya sendiri.

Ok berbalik kepada kisah di dalam novel ni adalah tema persahabatan...yang mana akhirnya bertukar menjadi cinta.

Nurul Akasyah ni berkawan rapat dengan Carl Duke Adam yang lebih senang dikenali sebagai KADUK..memang mereka berkawan tanpa melebihi batas persahabatan bermula daripada sekolah lagi.

Kaduk ni seorang anak kacukan, hensem, hebat berdebat , ketua pelajar. Beliau ni ada pilihan hati sendiri ,namanya Ain yang mempunyai kembar bernama Wawa. kaduk ni pernah suarakan hasrat hati beliau kepada Ain namun Ain lebih senang kalau mereka menumpukan perhatian kepada pelajaran terlebih dahulu.

Nurul Akasyah ni pula dalam diam menyimpan rasa suka kepada Ammar Iskandar seorang pelajar yang agak alim.

Mereka semua ni pelajar pintar, lepas SPM Kaduk dan Ammar terbang ke London, Akasyah pula terbang ke Jepun.

Hubungan persahabatan antara Kaduk dan Syah berjalan seperti biasa, saban bulan poskad bertukar ganti antara mereka.

Dipendekkan cerita, Aini berkahwin dengan pilihan hati beliau kala berkenalan di Dublin, ketika mereka sama-sama menuntut dulu.

Kaduk agak kecewa etapi sebenarnya Kaduk tidak perasan sebenarnya dia tu sudah lama ada keserasian dengan Akasyah.

Mak Kaduk mencadangkan agar Kaduk memilih Wawa sebagai pilihan hidup, iaitu adik kepada Aini.

Begitu begini.......suka duka, gelak tawa...diiringi dengan usrah sana sini...syak wasangka, bahagia....

kesudahannya......kena baca sendiri la.

Best, betul tak tipu punya walaupun ianya lebih banyak menceritakan kehidupan pelajar universiti tetapi tidak masih relevan untuk kita yang dah berusia ni membacanya.


Selamat Pengantin Baru Scha dan Awal

Saya agak terlambat membuat entry tentang hal ni...orang lain dah lama published..nak buat macam mana, susah gila nak dapat turn untuk menggunakan PC.

Sekarang jam 4.30 , tenyeh-tenyeh mata bangun untuk update blog..memang tak ada blogwalking, tak tahan mata ni sekarang nak berjaga lama-lama.

Kejap lagi nak masak spaghetti sebelum keluar ke pasar, nak cuci pakaian sekolah ( kena cuci tangan).

Eh melalut la pulak daaa..orang nak baca kisah Scha dan Awal, tak nak la dengar pot pet tentang masalah tuan blog.

Ok..ni saya ambil beberapa keping gambar Scha dan Awal dari FB Scha dan Mstar.







Dengan sekali lafaz je, pasangan ini sah menjadi pasangan suami isteri.Majlis ni di adakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya selepas Isyak.

Ayah Scha sendiri yang menikahkan mereka dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam Putrajaya, Mohd Salman Idrus.

Semoga pasangan ini kekal bahagia dan dirahmati Allah selalu sehingga ke akhir hayat.