Berat Lisa Surihani naik 4 kg lepas kahwin

Kredit Gambar kepada Mstar

Orang gemuk gila-gila nak kurus tapi orang kurus macam Lisa ni gembira sangat bila beratnya naik menjadi 50kg.

Maklumlah orang tengah berbahagia , baru lepas kahwin, segalanya indah, makan pun berselera je.

Lisa kini tidak mahu lagi menerima tawaran berlakon drama bersiri bagi memberikan lebih masa kepada suami dan rumahtangga.

Baguslah macam tu...lagi pun kalau nak berlakon untuk mencari duit, rasanya tidak relevan lagi untuk Lisa kerana Yusry mampu menyediakan segalanya untuk mereka.

Berlakon sekadar hobi tanpa menjejaskan kehidupan berumahtangga tu adalah ok.

Semoga rumahtangga mereka kekal bahagia dan dikurniakan cahayamata secepat mungkin.




Neelofa dan BellaVita

Tak silap saya, produk ni macam kolagen jugak kot...seperti juga produk kesihatan yang lain,sejauh mana keberkesanannya tu , saya tak dapat nak pastikan.

Dutanya ni memang la ori lawa dan comel, jadi saya rasa kena ambik orang yang macam saya ni jadi duta ,bagi minum secara konsisten, tengok hasilnya macam mana, baru la tau menjadi atau tidak produk tu he he ...gurau je la...





Memang baka comel dan jelita




Ally Iskandar & Farah Lee Cover Majalah Harmoni 1 Jun

Saya dan sahabat di pejabat tu sama-sama menyukai pasangan cute ni...semalam sahabat saya tunjukkan Majalah Harmoni yang baru je dia beli kat kedai Mamak di pejabat kami....langsung saya pun turut turun membelinya..tak nak la share-share kalau benda tu kami sama-sama suka he he.

Kami tumpang bahagia tengok kebahagiaan Ally dan isterinya, Farah Lee walaupun saling berjauhan.. kini kecanggihan teknologi boleh mendekatkan jarak yang begitu jauh...boleh bercakap sebelah menyebelah je ..tak jadi hal, janji masing-masing tau tanggungjawab mereka.

Semoga pasangan ini dilimpahi kebahagiaan yang berpanjanga, dikurniakan cahayamata -cahayamata yang comel seperti ibubapa mereka. Ameen.






Versus TV9 Minggu Ke 7

Lambat update la untuk minggu nampaknya sebab malam tadi terus tertidur sebaik saja tamat siaran langsung Versus.

Dah lupa apa yang nak dicatatkan malam tadi, secara ringkasnya malam tadi adalah minggu persembahan yang paling hebat.

Untuk battle, saya lebih sukakan Sofazr , manakala juri kat rumah memilih Go! Gerrila , nampaknya juri sebenar Versus memilih Sofazr. Sepatutnya malam tadi bagi seri je la antara 2 band tu sebab memang masing-masing hebat dengan kreativiti tersendiri.

Tema untuk battle minggu ni adalah Vokal dan Gitar Solo.

Mata saya terpejam sesekali kerana menahan mengantuk malam tadi tu...jadi kurang fokus sangat la ketika semua band membuat persembahan.

Apa yang boleh saya katakan, persembahan Go! Gerrila dengan membawakan lagu Cinta Kristal sungguh hebat...tak puas tengok persembahan tu. Esok ada ulangan nak tengok lagi sekali.

Paling tak best pada saya adalah 6ixth Sense( eh saya ni kan macam bias pulak,tiap minggu tak pernah sukakan persembahan 6ixth Sense), mungkin suara ketika live tak sesedap seperti dalam radio membuatkan saya kurang sukakan 6ixth Sense, suaranya kedengaran seperti agak lemah saja .

Black & Parallax seperti biasa, tetap di hati walaupun minggu ni Go! Gerrila lebih best , saya tetap menyokong Blac & Parallax.

Sofazr dan Hujan pada saya ok dan boleh tahan la ....

Tema untuk persembahan malam tadi adalah ROCK KAPAK!

Semoga Black & Parallax akan berentap dengan Go! Gerrila untuk persembahan battle minggu depan.

Eh minggu depan dan Finale la..mesti hebat dan semua band berusaha keras untuk menonjolkan kreativiti yang belum pernah ditonjilkan sebelum ni.