Kampung Darat Batu Rakit - lukisan Nadhirah

Dulu malu nak sebut nama kampung..sebabnya ada perkataan 'darat'....kalau orang Terengganu , 'darat' tu bermaksud macam kolot gila la...sama la dengan perkataan 'ulu'..ishh ntah apa-apa la..


Sekarang saya bangga dengan kampung saya. Disitulah mak dan arwah ayah dilahirkan. Disitu juga kami 6 beradik dilahirkan, bersekolah hingga meniti usia dewasa.



Manisnya Irma Hasmie dalam pakaian nikah.

Manis dan bersopan

Burger Crispy laa.. Bukan Burger Ramly

Tajuk adalah tidak mengandungi sebarang makna, sekadar menumpang keyword Burger Ramly hee.

Ni adalah makan malam kami malam tadi.

Sorang satu burger crispy yang dibeli tak jauh dari rumah.


Umar punya...kosong je hanya burger dan cheese je.




Majalah Solusi Jun 2012

Sebenarnya baru saja mengenali majalah ni setelah melihat beberapa buah keluaran lepas di letakkan di atas rak di surau pejabat saya.

Majalah tersebut boleh dipinjam untuk baca, nak bawak balik pun boleh. Tengok pada tajuk fokus macam menarik, saya pun meminjam la sebuah dua untuk dibawa pulang.

Sangat menarik isinya. Penuh dengan ilmu agama yang sungguh bermanfaat. Tau ajalah saya selama ni kan kaki novel, kaki majalah, apa salahnya kalau tambahkan lagi isi dan corak bahan bacaan yang lebih bermanfaat ( sekadar untuk ingatan kepada diri sendiri yang sentiasa lalai ni)

Tadi ke pasar, sempat la singgah ke gerai buku dan majalah..seperti biasa sambar majalah MIDI , Anjung Seri dan kali tambah satu lagi majalah iaitu SOLUSI.



Penulis yang menulis untuk majalah ini bukanlah calang-calang penulis, boleh dikatakan semuanya mempunyai kepakaran yang tinggi di dalam bidang agama.

Membaca majalah ini seolah mengikui kelas agama yang mengajar pelbagai isu dan cabang kehidupan.

Hmm harganya RM10, sangat berbaloi dan tidak rugi sama sekali melabur untuk membeli.

Majalah Anjung Seri Julai - Menarik!

Baru je beli di Pasar Selayang pagi tadi.

Belum belek pun lagi, upload dulu sebab time ni Umar tengah ralit belajar main gitar dengan abahnya.

Snap gambar cover je dulu.



Makin jauh dari dunia blogging

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Terus ke berita utama.

Nampaknya blog ini bakal terkubur tanpa nesan kalau begini berterusan.

Masalah catuan penggunaan internet terus dipanjangkan tempohnya oleh ketua rumah demi menyekat anakanda daripada ralit bermain game.

Akibatnya, tuan blog Jendelahidup.com penasaran..tak tau macam mana nak update blog lagi dah. Ditambah dengan masalah tiada sambungan internet disediakan di pejabat menambahkan lagi kesukaran tuan blog ini. 

Manakala ketua rumah dapat berblog seperti biasa selepas anak isteri lena dibuai mimpi.Beruntungnya menjadi ketua rumah !

Sedangkan tuan blog Jendelahidup.com terus lena hingga ke pagi.Beruntung juga tu sebab dapat lena hingga ke pagi!

Begitulah setiap hari sehingga mengakibatkan Alexa ranking blog ini makin menjauh, UV traffik kian merudum malahan ada follower yang telah menarik diri daripada mengikut blog ini.

Apakah yang perlu dilakukan oleh tuan blog ini?

Sekian berita pagi .

Terimakasih kerana sudi membaca sendiri berita ini memandangkan belum ada pembaca berita untuk blog ini.

p/s: entry mimpi di alam nyata..itu yang agak melalut.

Hanya sekeping gambar bisa mengalirkan airmataku.



Tak perlu banyak ungkapan untuk menerangkan perasaan selepas melihat gambar ini...sama-sama la kita menghayati apa yang kita dapat selami daripada sekeping gambar ini.



Nostalgia Anak-anakkan dan cerita penjaja

Orang kampung saya di Terengganu panggil mainan ini sebagai anokkang ( anak-anakkan).



Mainan kertas je ni ...tak ada la macam budak-budak sekarang le ni, ada patung Barbie, main tukar-tukar baju untuk patung Barbie.

Ini Nadhirah punya anak-anakkan..saya tak tau apa nama sebenarnya permainan ini.

Satu masa dulu, ada seorang India yang datang menjaja dengan basikal, namanya YAHO ( tak pasti beginikah sebutannya). Beliau membawa macam -macam jenis aksesori dan mainan kanak-kanak.

Selalunya saya beli sepit rambut, anak patung dan jugak anokkang ini.

Sekarang ni dah tak ada lagi dah yang jenis menjaja sebegini di kampung saya selain menjaja makanan pagi dan makanan untuk minum petang...dasat tau kat kampung saya tu, kalau balik kampung mesti kena sediakan duit banyak-banyak.

Pagi jual untuk sarapan sampai rambang biji mata...selepas waktu Zohor, datang pulak yang menjaja pelbagai jenis bubur yang memang dah lama kita tak makan dan memang susah nak jumpa di KL yang sesedap yang dijual di kampung.

Harganya pun masih boleh dikategorikan sebagai mampu beli berbungkus-bungkus. Antaranya lompat tikam,                   serawa, jala mas dan bubur pulut hitam, bubur kacang, bubur cha cha ...eh pendek kata mengalahkan Astro yang macam -macam ada tu la.

Hmmm dah lama tak balik Terengganu..tak sabar menunggu musim raya untuk pulang ke kampung halaman.



Hilangkan Lelah di Klinik Ansar

Tak nak bagi mandi kolam, terasa kesian sebab dah lama ajak mandi kolam. Lagi pun Umar dah lama tak diserang lelah. Pulak tu, lelah dia bukanlah jenis yang kronik..biasanya batuk berkahak-kahak, tak adalah sampai semput , sesak nafas.


Masalahnya bila dah dapat peluang mandi kolam, tak reti nak mandi sekejap, bila dah lama sangat berendam , inilah padahnya.

Umar cakap ambik je gambar tong gas tu!

Ambik gambar tiub wayar ni sekali.

Mama jangan ambik gambar Umar tau!
Jangan laaaa ambik gambar Umar!!!

Doktor datang menjenguk, dia pun buat-buat rileks, mama pun snap lagi sekali.



MasterChef Selebriti 23 Jun 2012- Leher Ayam dan Tongkeng Ayam

Sedang menonton Masterchef Selebriti di Astro Ria..tadi untuk sajian peti misteri dimenangi oleh Dr Fazley...bahan-bahan yang disediakan adalah ikan kering, jering, kerdas dan petai. 

Nampaknya selebriti lain tak begitu 'menjadi' di dalam menyediakan masakan menggunakan 4 bahan di atas. hanya Dr Fazley yang paling menyerlah.

Bila Dr Fazley menang untuk peti sajian misteri, beliau diberi peluang untuk memilih bahan utama untuk sajian cabaran, nampaknya beliau memilih tongkeng ayam dan leher ayam.

2 benda ni memang kesukaan saya..tapi yang saya tau masak dengan menggunakan 2 bahan ni adalah sup untuk leher ayam, tongkeng tu kalau goreng garam kunyit pun sedap.

Pernah saya makan tongkeng ayam celup tepung..sedap!

Kita tengok apa yang mereka masak dengan menggunakan 2 bahan utama ini.


Dr Fazley - Madu-madu ayam.

Tomok - Sepuluh dan Sembilan ( kelakar nama masakan Tomok) agaknya ni malam terakhir Tomok kot.

Angah - Leher Ayam Puteri Hang Li Po dan Tongkeng Ayam Hang Menggelupur ( sentiasa buat orang gelak je )

Soo Wincci - Taman Bunga Cinta Ayam ( dapat pujian Chef)

Azwan Ali - Oh Ayam Jiwaku Dak Dik Dup ( kuat drama la dia ni sorang)

Farouk - Set Beg

Dr Fazley johan lagi sekali malam ni...wahhh tahniah la..

Yang kena masak untuk ujian penyingkiran malam esok adalah Tomok, Farouk, Tanuja dan Angah..tiap minggu nampaknya nama Tomok naik untuk ke ujian penyingkiran.

Kita tunggu malam esok ye!

p/s: rimas tengok Azwan dengan pakaian tambahan dia tu...rasa macam terganggu pulak.



Mandi Kolam di Casa Mila, Bukit Idaman , Selayang

Cerita Ahad lepas...dah lama budak-budak ajak mandi kolam ...bukan tak nak sebenarnya tapi risaukan kesihatan Umar, kalau mandi kolam mesti tak nak sekejap-sekejap. 


Ni kami tumpang mandi kolam di Apartment sahabat baik saya, Saniza a.k.a tauke kek ..nak order apa je jenis kek, boleh je ke FB Saniza Abd Rashid.


Jom layan gambar basah kami.

Anak tuan rumah,Naufal dan Naurah

Nadhirah yang tak lena tidur malamnya kerana teruja untuk mandi  kolam


Umar berehat kejap ...asyik tertelan air je dia.



Kolam untuk kanak-kanak


Ni di dalam kolam dewasa

Nadhirah bersama Achik Ija dan Naurah

Umar sedang di beri kawalan rapi oleh Achik Ija sebab banyak kali tertelan air


Umar...gaya tak kalah...dah bertukar pada pelampung yang ni baru la dia lebih berkeyakinan

Add caption




Oleh kerana saya tak dapat berbasah basahan bersama mereka kerana belum ada baju mandi muslimah seperti yang Achik Ija budak-budak ni pakai...makanya saya menghabiskan keropok goreng yang saya bawa dari rumah..sendiri bawak sendiri habiskan..

Dah habis baru teringat nak snap gambar

Tupperware kosong hu hu...
Lebih kurang 2 jam setengah berendam...perut pun bergendang hebat..tekak terasa kering kontang.


Masuk ke rumah tuan rumah .....ada dihidangkan red velvet cake ( dah makan habis baru teringat nak snap gambar, biasalah kalau dah kebulur, semua tak ingat), baru tolak piring kertas sisa kek, dihidangkan pulak bihun sup..kami anak beranak makan sampai tak nampak orang di sekeliling.


Red velvet..nyam nyam



Umar nak menambah bihun sup

Saya punyaaa

Dah kenyang dan dah hilang dahaga..apa lagi angkat kaki melangkah balik la ...masuk kereta tak sampai 10 minit terus tidur.

Perjalanan dari Bukit Idaman ke Selayang Mulia lebih kurang setengah jam ...keluar kereta budak berdua ni terus sambung tidur sampai ke pagi esok nya.

Umar terus landing atas sofa...tak larat nak angkat kaki naik ke bilik atas.

Nadhirah masih mampu ke bilik...

Seronok tak terhingga nampaknya mereka ye....di sebalik keseronokkan itu,ini la akibatnya selepas 3 hari berendam.

Enggan membenarkan wajahnya dirakam kononnya....





Hari Penilaian Tadika Naluri Kreatif Selayang Jun 2012

Sabtu lepas, seperti biasa pada bulan Jun setiap tahun akan diadakan Hari Penilaian untuk Tadika Naluri Kreatif. Sekali lagi nanti pada akhir tahun.


Komen guru Umar adalah positif dan melegakan namun tidak boleh terlalu berpuas hati. Apa pun tak boleh nak paksa-paksa sangat budak tu belajar bagai nak rak, dia belum pun cukup 6 tahun sebenarnya.


Dapat membaca sebelum usia menjangkau 6 tahun dah cukup melegakan saya sebagai seorang ibu, berganda kelegaan dan kegembiraan bila guru kelasnya menyatakan Umar sering menjadi Imam tatkala waktu solat berjemaah bersama rakan-rakan. Sangat bersyukur !









Umar bersama kad Hari Bapa khas untuk ABAH.

Sedang bermesra ala geng kampung dusun!
Ni cikgu Umar.