Tomyam Campur dan Puyuh Goreng

Hanya dapat saksikan wajah makanan saja....masing-masing tidak sudi membenarkan wajah mereka dirakam. Macam ni la mood anak-anak saya, ada waktunya asyik nak interframe je, adakalanya sombongnya haiihhh malas nak cakap la.

Ni makan kat Restoran Aman Seafood, beberapa langkah dari rumah...tak dekat sangat sebenarnya, kalau melangkah mau berpeluh ketiak jugaklah nak sampai.

Kali pertama order puyuh goreng setelah tergoda melihat gambar di dalam menu..bila sampai depan mata, Nadhirah cakap burung puyuh ni kecik dan keras semacam je, dalam gambar nampak lembap dan menyelerakan! Makan je la walaupun rupa tak seindah gambaran he he.









Tudung Aidijuma Design baru - Bawal 204

*** UPDATE TERKINI MAY 2014 - BOLEH BELI TUDUNG AIDIJUMA WHITE LABEL DARIPADA KAK AYA  - 017 3416762

BLOG :TUDUNG AIDIJUMA
FANPAGE:AIDIJUMA LOVERS

Keluaran terbaru di beri nama Bawal 204, harga Rm40.









Nadhirah Yasmeen


Anak dara saya ni pulak, asyik mencuba gaya tudung...ni je yang layak dipublishkan buat masa ni..yang lain tu belum dapat keizinan tuan punya badan kerana gaya yang hanya untuk tontonan diri sendiri saja he he.




Semoga Nadhirah Yasmeen akan menjadi anak yang solehah , Ameen.

Umar Faris



Tiap kali nak tidur mesti kena berpegangan tangan ...ni tidur siang kat depan TV sebenarnya...


Semoga Umar menjadi anak yang soleh, Ameen!




Neelofa dan keluarga di hari pernikahan adik