Safee Salee Batu Rakit Makan Durian

Guna tukul youuu






Adik dan adik ipar saya ni datang rumah merasa durian yang di bawa balik dari Tampin hari tu.

Geng Upin dan Ipin

Budak berlima ni memang kalau jumpa je akan bikin satu rumah mak mentua tu kecoh...sekarang ni budak yang 3 beradik tu memang tinggal di Tampin bersama mak mentua..Ibu mereka masih di Miri, menunggu kelulusan permohonan pertukaran ke Hospital Tampin.


Si kecik ni pun tak kurang nakalnya....

Kalau dah jumpa geng mereka, Nadhirah dan Umar boleh terlupa kewujudan mama...hinggakan tidur sekali berlima depan TV, Umar pun tak nak pegang tangan mama sebelum tidur, kalau tidak, tak ada tangan tak lena tidur.

Novel Seharum Kasih|Aina Emir

Novel ni dah lama jugak la cuma baru je baca...kadang-kadang kalau banyak sangat novel depan mata, tak tau nak mulakan yang mana dulu.

Pertama kali tengok kulit novel ni, hati dah berkenan, warnanya begitu mendamaikan.


Kisah cinta antara Rasya dan Reeza.. 

Kehidupan lalu Rasya yang banyak memainkan peranan cerita ni jadi panjang.

Dia adalah datang daripada keluarga yang bercerai, dia jadi takut dengan perpisahan, tak percayakan pasangan sendiri tetapi lebih mudah percaya cakap orang luar, dia selalu buat keputusan tanpa fikir panjang lepas tu dia akan berpatah balik. Tapi akhirnya dia bahagia la dengan Reeza cuma jalan untuk bertemu bahagia tu je yang sangat berliku .

Saya suka semua novel tulisa Aina Emir, tak terlalu tebal, tak juga nipis, jalan cerita pun tak terlalu klise dan tak la terlalu pelik.

Dalam novel ni, saya suka sangat part kat kampung Gajah tu sebab opah Rasya ni bercakap dalam loghat Perak..saya rasa best je sebab saya ni tak pandai pun nak bercakap dalam loghat Perak .

Pengajaran daripada novel ni, kita kena fikir panjang kalau nak buat apa-apa keputusan ( padahal tuan blog ni pun suka buat keputusan ikut hati je). Kalau ada apa-apa perselisihan faham, apa je masalah dengan pasangan kita kena berani bersemuka dan berterus terang. Kalau tidak, jadi la macam Reeza dan Rasya ni . Lagi satu, kalau dah jodoh tu telah ditetapkan antara kita dan dia, lari la sampai ke mana sekali pun, akhirnya berjumpa semula.

Tahniah untuk Aina Emir.



Buah hati Pengarang Jantung

Mereka berdua ni baru belajar solat...buat masa ni belum dapat melakukan secara tetap...masih lagi ikut kehendak hati, tak nak la memaksa sangat ..Syukur kalau Maghrib tu memang tak pernah missed! tapi kalau waktu-waktu lain memang bercinta la nak tengok mereka ni solat dengan mudah.

Semoga anak-anak mama menjadi anak-anak yang tidak meninggalkan solat. Ameen.