Makin jauh dari dunia blogging

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Terus ke berita utama.

Nampaknya blog ini bakal terkubur tanpa nesan kalau begini berterusan.

Masalah catuan penggunaan internet terus dipanjangkan tempohnya oleh ketua rumah demi menyekat anakanda daripada ralit bermain game.

Akibatnya, tuan blog Jendelahidup.com penasaran..tak tau macam mana nak update blog lagi dah. Ditambah dengan masalah tiada sambungan internet disediakan di pejabat menambahkan lagi kesukaran tuan blog ini. 

Manakala ketua rumah dapat berblog seperti biasa selepas anak isteri lena dibuai mimpi.Beruntungnya menjadi ketua rumah !

Sedangkan tuan blog Jendelahidup.com terus lena hingga ke pagi.Beruntung juga tu sebab dapat lena hingga ke pagi!

Begitulah setiap hari sehingga mengakibatkan Alexa ranking blog ini makin menjauh, UV traffik kian merudum malahan ada follower yang telah menarik diri daripada mengikut blog ini.

Apakah yang perlu dilakukan oleh tuan blog ini?

Sekian berita pagi .

Terimakasih kerana sudi membaca sendiri berita ini memandangkan belum ada pembaca berita untuk blog ini.

p/s: entry mimpi di alam nyata..itu yang agak melalut.