Bakar-bakar Raya part 1

Kalau balik Terengganu tak buat aktiviti ni memang tak sah, kalau seminggu berada di sana bermaknanya seminggu jugak la aktiviti ni dilakukan.

Umar dan Nadhirah memang suka kalau nenek mereka ni ajak bakar sampah.




Umar Belajar Main Chess

Abah Umar memang seorang pemain chess yang bagus..tapi mama Umar memang tak pandai langsung.

Nadhirah dah agak pandai untuk bermain chess, Umar baru je mula diperkenalkan secara lebih serius oleh abahnya ketika Ramadhan lalu.

Taip-tiap petang, sementara menunggu waktu berbuka, Umar akan menghabiskan masa dengan belajar bermain chess.

Baru-baru ni dia ada tanya saya :

"mama nak belajar main chess tak? senang je, biar Umar ajar"

Bagi tidak menghampakan dia, saya pun setuju untuk jadi pelajar tak bertauliah dia he he.

Hmm buat masa ni , pelajar ni belum dapat menerima ilmu yang diajar oleh guru kecil itu.

Kalau main dam aji, memang saya pandai atau pun dam ular, lagi seronok!





Rumah Di masukki ular!

Bukan rumah saya tapi rumah jiran sebelah, ni kali kedua rumah beliau dimasukki ular.

Dia dah jadi fobia dah dengan ular ni..kebetulan malam tu suami dia masih belum pulang dari kerja.

Saya menghubungi pihak bomba dan disambungkan ke pihak pertahanan awam.

Lama jugak la menunggu pihak JPA ni sampai....lebih kurang 40 minit.

Resah jiran saya menunggu, risau kalau-kalau ular tu merayap masuk ke tempat-tempat yang sukar dikesan.

Ular tu masa mula-mula dijumpai berada di ruang tamu. Terlalu panik melihat ular, jiran saya yang masa tu baru je balik rumah terus mencampakkan beg tangan beliau dan lari keluar..

Bila pihak JPA datang, mereka terus bergegas masuk ke dalam dengan peralatan yang sesuai dengan kes ni...macam batang buluh atau batang kayu.

Ular tu rupanya masih di ruang tamu dan mudah je pihak JPA tangkap.

Bila pihak JPA bawak keluar ular tu, laaaa kecik je....gaya ketakutan jiran saya tu seolah ular tu sangat merbahaya...mungkin dia dah sangat fobia dengan ular.

Ular lidi namanya ni, kalau tak silap.

Kualiti gambar sangat teruk tapi boleh nampak kan ular yang dipegang oleh pihak JPA tu..kecik je.


Bersama Mama Hanis Zalikha

Ni cerita sebelum puasa hari tu...saya temankan sahabat ke Bukit Jelutong, Shah Alam...niatnya untuk membeli kolagen yang dijual oleh seorang blogger.

Rupanya blogger tersebut adalah ibu kepada blogger popular, Hanis Zalikha. 

Cantik rumah dia, tenang je nampak dari luar, masuk dalam lagi la nampak cantik...

Bukannya takat jual kolagen, tapi jual biskut raya sekali. Banyak tester di sediakan di atas meja, ambik dan rasa je..mana yang kena dengan selera, boleh terus order.


Baik tuan rumah melayan kami walaupun dia seorang blogger popular, anaknya laaagii popular ....semoga terus ramah dan rendah hati begitu sampai bila-bila.

Biskut raya dia sedapppp....harga RM28 untuk 50 biji tapi tiada penghantaran, kena ambik sendiri kat rumah dia.

Jangan ambikkkk! Akak belum bersedia.! 

Dia nampaknya jauh lebih muda berbanding saya...hmm kena  beli kolagen jugak nampaknya ni

Antara sebahagian biskut raya untuk dirasa.

Biskut raya lagi.....dah ada 2 botol tu adalah kolagen yang dijual tuan rumah.