Kawal Emosi Dengan Terapi Al Quran

Membaca novel memang boleh dianggap sebagai satu terapi kala kebosanan tetapi membaca Al Quran boleh dijadikan pelbagai terapi, salah satu adalah terapi emosi.Kitab Al Quran yang tidak tolok bandingnya yang penuh dengan nikmat dan hikmah. Subhanallah!

Baca Al Quran mesti sebaik-baiknya mengikut tajwid, nafas tidak boleh terputus-putus ketika membacanya.

Kita wajib tau tentang dengung, panjang pendek, jelas daripada segi sebutan makhrajnya.

Faedah dan kesan membaca Al Quran dengan pola nafas yang teratur dan tajwid yang betul boleh menghasilkan kekuatan pada spritual dan fizikal jasal si pembaca bagi menolak penyakit seperti ketidakstabilan emosi, kemurungan, tekanan perasaan, gangguan syaitan, terkena sihir dan jugak penyakit  yang lain seperti sakit jantung, darah tinggi, migrain dan lain-lain.

Cubalah kita ikuti kaedah di bawah ini sebagai terapi kepada masalah emosi , resah, takut, tekanan atau pun marah.

1. Bacalah istighfar. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perhalah-lahan hingga memenuhi rongga dada dan perut, seolah menyedut istghfar tersebut. Kemudian hembus perlahan-lahan samada melalui mulut atau lubang hidung sambil berniat mengeluarkan segala tekanan emosi, resah atau marah yang dialami.

2. Ulang langkah di atas sebanyak 3 kali sambil berazam untuk bertindak dan berbuat lebih baik mulai sekarang tanpa menangguh-nangguh niat baik tersebut.

3. Buat pengukuran pada emosi negatif tersebut daripada 100% tekanan atau ketegangan yang wujud pada peringkat awal.  Kita akan rasa berkurangan dan menjadi lebih tenang. Biasanya akan berkurang hingga 50%. 

4. Sekiranya masih ada saki baki emosi negatif, berwuduk dan berdoa lah, ' Ya Allah!, Ya Rahim! Ya Rahim!, Ya Latif!.  Kemudian tarik nafas dalam-dalam dan hembus keluar segala emosi negatif tersebut.

5. Teruskan amalan membaca Al Quran dengan memabca Al Quran dengan menjaga pola nafas dan tajwid yang betul setiap hari. Sekurang-kurangnya baca la tujuh ayat. Insyaallah penyakit akan berkurangan dan ketenangan kian bercambah.

Semoga bermanfaat untuk kita bersama .

Petikan daripada MAJALAH SOLUSI.

Ciri Dunia Di Hati

Tak salah mengejar kebahagiaan di dunia tetapi usah di lupakan akhirat tempat kita yang kekal.

Cuba kita renungkan , adakah kita mempunyai sifat seperti di bawah ini? 

1. Bakhil -  payah untuk berzakat, sedekah atau menderma.

2. Tamak - ingin membolot segala yang ada 

3. Megah dan bangga diri - sentiasa memburu status sosial dan terasa diri sentiasa hebat 

4. Berat untuk beribadah - sentiasa mengutamakan aktiviti dunia

5. Tiada masa untuk agama - agama dirasakan seperti leceh dan tidak terlalu penting

6. Suka membazir - nikmat dan kelebihan digunakan untuk perkara yang sia-sia

7. Khianat - tidak takut dengan amaran-amaran Allah

8. Pentingkan diri sendiri - mendekati seseorang bila ada kepentingan tertentu

9. Anti Akhirat - tidak suka mendampingi ulama dan menghadiri majlis ilmu

Perkongsian bersama, semoga bermanfaat.

Petikan daripada Majalah Q&A.

Review Novel Projek Memikat Suami | Hanina Abdullah


Baca novel ini ketika di wad Pusrawi ..sepanjang 3 hari di sana , memang novel ini la yang jadi peneman.

Seronok baca novel ni...lain daripada novel-novel lain walaupun kelihatannya seperti kisah kahwin paksa juga.

Una dan Zahrain berkahwin atas pilihan keluarga. 

Usaha Una untuk memikat suaminya memangla sangat menarik dan jarang saya jumpa di dalam mana-mana novel sebelum ni.

Saya rasa novel ini memberi idea kepada kita juga, para isteri tak kira la yang dah lama kahwin atau pun baru kahwin.

Usaha yang dijalankan oleh Una adalah idea daripada Master-jie iaitu kakak kepada Una sendiri..

Betapa pentingnya seorang isteri berusaha untuk tampil cantik dan menawan di mata suami..penting untuk isteri pandai masak makanan kegemaran suami...dan peranan di tempat tidur juga sangat-sangat penting.

Tahniah untuk Hanina kerana kreatif di dalam menyampaikan mesej walaupun kelihatan seperti kisah kahwin paksa sebagaimana novel lain  tetapi bila kita dah mula membaca helaian-helaian seterusnya , kita akan rasa novel ini ada kelainan yang tersendiri dan ada pengajaran berguna untuk suami isteri.

Semoga Hanina terus aktif dan kreatif untuk novel-novel seterusnya.





3 Hari 2 Malam di Pusrawi, Jalan Tun Razak, KL

Alhamdulillah , malam ni dah kembali menjejak kaki ke rumah semula...Rabu lepas Umar kena masuk wad...aktiviti di dalam wad adalah menunggu masa untuk menyedut gas je la..selang 4 jam mesti ambil gas.

Hari pertama memang mood Umar agak ke laut...serba tak kena..dia takut kena cucuk sebenarnya walhalnya tak ada cucuk pun...ambik gas dan ubat je.

Hari ke 2., dia dah ok...kerjanya selain ambil gas adalah nak berulang alik ke bilik mainan yang sememangnya tak ada apa-apa permainan pun..dulu banyak barang permainan, kenapa sekarang jadi kosong je ?

Petang hari ke 2, saya mula download games dari internet ke handphone saya....kalau ada game, senanglah sikit sebab dia hanya akan duduk atas katil je..kalau tidak, selang beberapa minit, dia ajak ke situ, ke sini sebab bosan..siap turun ke Tingkat 1 untuk membeli makanan di Koperasi..
Bila dapat main games, handphone tu jadi hakmilik dia sepenuhnya.

Umar ada buat xray dada - confirm dia memang lelah...paru-parunya ketat, kahak terpendap dalam paru-paru menandakan batuk berkahak tu dah lama menyerang Umar.

Alhamdulillah, petang ni dapat balik rumah....Rabu depan ada follow up dengan Doktor Ruzini.

Lega satu bab bila dah keluar wad..cuma masih risaukan kesihatannya yang belum pulih sepenuhnya.


p/s:kelakarnya Umar ni, dia ternampak BILIK MAYAT di Tingkat 1 bahagian hujunggg sana, dia ajak saya ke sana..meremang bulu roma eh.




Mula-mula sampai di hospital, terus kena ambik gas, badmood tu...berkerut marahkan orang ambil gambar dia.

Kali ke 2  ambil gas, 4 jam selepas yang pertama tadi..dia tak perasan gambarnya di ambil he he

Ni kali ke 4 ambil gas , sekitar jam 12 tengah malam, member sedap lena baiikk punya....kali ke 3, tak sempat ambil gambar sebab tuannya sedar

Hari ke 2, mula aktif....tak ingat dah yang dia tu ada lelah


Makan malam hari pertama

Umar ambil sendiri gambar ni.......

Happy bila doktor cakap boleh keluar petang ni....meleret Umar senyum


Psst!! Gambar Neelofa Selayang tengah tidur!

Aduhh macam-macam anak dara sorang ni....sejak 3 malam lepas, bila dia nak tidur je dia akan letak 'papan tanda' tu di atas tilam..tak bagi orang lain bising, walhalnya tak ada sapa pun yang bising dalam rumah ni...Umar pun dah lena time ni...bangun pagi je, 'papan tanda' tu dah ada bawah katil.



Akrabnya Umar dan Lelah

Kesian tengok anak bujang sorang ni....sejak akhir Ramadhan hingga la ke hari ni masih lagi bersilih ganti sihat, lelah, demam, selsema...akrab sekali nampaknya jalinan tu .

Tengok petang ni macam mana keadaannya, kalau lebih teruk berbanding semalam, terpaksa bawa ke Pusrawi untuk pemeriksaan yang lebih rapi.










Wajah Terbaru Datuk Siti Nurhaliza - nampak tembam!


Walaupun tembam tetap nampak manis! Tuan blog pun tembam tapi lagi manis dari Datuk he he.

Erra Fazira & Aleesya 2012

Makin besar makin comel anak Erra ni...pandai bergaya pulak tu! Hmm tengok ibu la kan?



Review Novel Bukan Serapuh Daun Maple - Fatinilam Sari


Mulanya saya baca kisah ni di ruangan Novel di dalam majalah MIDI secara bersiri..kemudian rakan baik saya membeli novel ni dan dapatlah saya baca free sepenuhnya tanpa perlu keluaran MIDI.

Mengisahkan Tasneem yang agak kuat pegangan agama menyambung pelajaran ke US, memulakan hidup di rantau orang dengan penuh kecekalan hati.

Sebenarnya Tasneem ni dah ditunangkan sejak kecil lagi dengan sepupunya, Andrian yang mana Andrian ni telah pun 7 tahun tidak pulang ke kampung selepas menyambung pelajaran di US.

Kebetulannya , Tasneem pun mendapat tawaran belajar di universiti yang sama dengan Andrian. Namun jarak masa selama 7 tahun mungkin menyukarkan mereka untuk berjumpa.

Di US, Andrian sebenarnya hanya sempat belajar selama 2 tahun saja, selebihnya beliau menghabiskan masa dengan bekerja dan mengumpul harta, disamping itu Andrian juga telah mempunyai kekasih hati yang berlainan agama.

Manakala Tasneem pula berniat untuk mencari Andrian kerana itu adalah janji beliau pada ibu saudaranya iaitu ibu kepada Andrian.

Walaupun Tasneem ada berjumpa dengan lelaki yang seiras Andrian namun lelaki itu mengakui diri sebagai orang Mexico yang bernama Andy.

Dalam kesibukan belajar, Tasneem berkenalan dengan Chris yang mana akhirnya membibitkan rasa cinta.
Cinta antara mereka akhirnya terhalang oleh keluarga Tasneem walaupun Chris telah pun menganut Islam.

Saya rasa cerita ini agak menarik....ada pengajaran, ada teladan.

Baca la hingga ke akhirnya, anda tidak akan merasa rugi.



Review Novel Sayang Si Lanun - Erin Zahana


Ok,novel ni bukan kisah kahwin paksa.

Kisah kehidupan Wafa yang dipaksa menguruskan resort peninggalan abahnya. Dalam masa yang sama ada yang berminat nak beli resort tu.

Wafa ni baru putus cinta, datang si Ghazi yang mulanya hanya berminat dengan resort tu , alih-alih berminat dengan tuan resort pulak dah..

Saya rasa seronok jugak la baca novel ni..ada la kelainannya...biasalah saya ni, asyik nak kelainannya je.

Tak rugi la kata orang, habiskan masa untuk membacanya.



Review Biar Cinta Bertaburan


Ni bukan kisah kahwin paksa...kisah cinta antara bos dengan setiausaha. Bos sebelum ni dah ada tunang, akhirnya jatuh cinta dengan setiausahanya sendiri.

Hmm cerita ni agak terlebih nakalnya ye! Untuk mereka yang dah berkahwin rasanya ok je.

Pengajarannya, jangan la ikut nafsu kerana buruk akibatnya.Cinta mengikut hawa nafsu boleh memudaratkan hidup kita.





Review Novel Qaseh Nuralia Imani - Arin Arida


2 minggu lepas novel dikhatamkan.

Masih lagi kisah kahwin paksa...cuma jalan cerita yang diubah-ubah mengikut kreativiti penulis..saya tabik dengan penulis-penulis novel yang pandai menjadikan sesuatu cerita tu seperti realiti. .nampaknya saya kekal sebagai pembaca je la, memang tak reti langsung nak garap cerita macam mereka ni semua!

Banyak eh novel macam tu sejak beberapa tahun ni.

Ni novel yang saya pinjam daripada sahabat baik saya si kaki novel...

Seperti biasa, happy ending!

Review Novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna - Acik Lana


Ni novel kedua Acik Lana....sebelum ni best dan hot dengan cerita Aku Bukan Mistress...saya lebih sukakan novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna berbanding Aku Bukan Mistress.

Novel ni ,senang cerita adalah kisah kahwin paksa...tebalnya novel ni boleh la tahan jugak...

Dah agak banyak bulan novel ni keluar di pasaran cuma 2 hari lepas saya terima novel ni daripada sahabat baik saya..

Seperti biasa, happy ending!

Sinopsis :

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.


Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?



Review Novel Kampung Girl - Umi Kalsom

Novel ni khatam minggu lepas jugak. ketika bercuti di Tampin.

Kisah klise je , pada saya...oleh kerana saya terpengaruh dengan pendapat orang lain yang mengatakan novel ni sedaappp, saya pun beli dan rasanya tak la sesedaappp mana.

Ni sinopsis kat belakang novel..


PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.


“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Revie Novel Cinta UNtuk Sedetik Lagi - Ezza Mysara



Novel ni baru je baca beberapa helai...setakat ni macam best sebab ada kelainan...saya dah jemu baca kisah kahwin paksa sebenarnya tapi itu jugak yang dihidangkan....kadang-kadang terbeli, kadang-kadang terpinjam..bila dapat novel yang kisahnya lain sikit, baru la mood untuk membaca tu berkobar-kobar.

Novel ni akan saya sambung baca esok.

Ni sinopsis yang saya ceduk daripada kulit belakang:


NAILA FARAFEESA merasakan yang dunia seakan-akan terhenti saat dia menerima khabar tentang penyakitnya. Lantas cinta yang menghuni rasa hati terpaksa ditolak tepi demi kebahagiaan insan-insan yang tersayang. Dia tekad untuk menjodohkan lelaki yang dicintainya bersama kakak kembarnya yang baru kehilangan tunangnya. Tapi hati tak mampu menipu bila lelaki bernama Ezrakil itu semakin bertakhta dalam hati.


“Setakat Ezrakil yang pakai kereta Honda tu, aku tak pandanglah. Duit berkepuk-kepuk, tapi kedekut yang amat! Segala benda dalam ofis dia nak catu! Entah-entah kasih sayang dia pada kekasih pun dia nak berkira nanti! Lagipun, dia tu tak cukup handsome macam Remy Ishaklah!” -Naila Farafeesa

“Sebab tak cium atau tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya boleh bagilah semua tu... tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal di sisi agama untuk saya.” - Ezrakil


NAILA FARANEESHA mula hilang percaturan lantas melumpuhkan jiwanya untuk bercinta lagi lantaran pemergian tunang tersayang. Tapi kemunculan seorang lelaki bernama Nazreen yang sifatnya persis arwah telah menghentak naluri hatinya. Menyingkap sehelai demi sehelai kenangan yang pernah terukir cantik. Kenapa lelaki ini mampu membuatkan jantung Faraneesha berdebar sama seperti ketika dia bersama Luqman?

“Neesha, saya betul-betul sayangkan awak. Tapi saya tak tahu sama ada awak sayangkan saya sebab saya ataupun kerana saya adalah pemilik hati Luqman!” - Nazreen

Simpulan kasih ini perlu dileraikan tanpa memutuskan talinya. Dan pada saat Farafeesa memerlukan perhatian dan kasih sayang, ibunya yang dulu menjauh semakin dingin terhadapnya. Adakah sepanjang Farafeesa masih bernyawa, dia mampu mendapatkan kasih sayang dari insan-insan yang disayanginya? Dan masih adakah ruang dalam hati Faraneesha untuk menemui pengganti yang lebih baik? 

Review Novel Suamiku Encik Perfect 10 - Syamnuriezmil


Novel ni dah khatam 2 minggu lepas.

Nak kata sedap sangat tu tidak la...tapi boleh la kalau nak cari kelainan. Tidak la begitu membosankan.

Ni sinopsis kat kulit belakang, baca la kalau nak tau serba sedikit kisahnya.


PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.


Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. 


Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.

Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.


“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?




Review Novel Kalau Jodoh Tidak Kemana - Naurah Iman


Ni pun novel terbaru jugak....baca minggu lepas jugak...best jugak..

Ada kelainan berbanding kebanyakan novel masa kini yang sangat suka tampilkan kisah kahwin paksa ..

Ini memang sangat lain...perempuan meminang lelaki tetapi digarap dengan penuh kecomelan ( tak tau lah boleh guna pakai tak ayat ni). .

Pada saya novel ni sangat seronok di baca...ada part-part yang membuatkan saya tersenyum sorang-sorang.

Kalau tak percaya, cuba la baca novel ni, mesti anda suka !



Review Novel Lazuardi - NASZ

Sepanjang tak dapat online, kerja sampingan saya adalah membaca novel..banyak buah jugakla yang dapat dikhatamkan..

Ini adalah salah satu daripadanya--------- LAZUARDI, tulisan Nasz, sebelum ni dia hangat dan hot dengan novel Sweet Sour.

Bila nampak je novel Lazuardi di kedai buku minggu lepas, memang terus sambar la...lama gila menunggu Nasz keluarkan novel baru.


Novel ni mengisahkan tentang kehidupan Anaz...sumpah saya sangat rasa sakit dalam dada membaca novel ni..novel ni bagus, saya suka! tapi rasa sakit dalam dada tu mungkin sebab terlalu menghayati watak-watak dalam novel ni.

Anaz ni nampak sangat la sabar orangnya, kadang-kadang membebel mulut saya tanpa disedari kerana terlalu geram dengan kesabarannya dan kelurusannya itu! 

Watak Ain paling menonjol dalam novel ni, saya sangat sakit hati dan benci dengan Aini ni..kalau dia ada depan mata, memang dah lunyai kena tampar dengan saya agaknya walaupun seumur hidup saya tak pernah pun tampar orang.

Watak Shark adalah sangat cool....bila sampai je tang part ada Shark, rasa serba serbi slow je...mungkin kerana terlalu cool, rasa macam sangat perlahan rentaknya...mungkin ada sebab Nasz jadikan watak Shark sebegini.

Ada part sedih, iaitu bila Anaz tau siapa dia sebenarnya..saya agak teremosi sikit, berair jugak lah mata ni.

Nasib baiklah Shark tu sabar dan cool, tak adalah dia nak ikut cakap Anaz yang tiba-tiba je ajak bercerai...sabar je lah.

Novel ni saya ulangbaca 2 kali..kali pertama baca dengan laju sebab tak sabar nak tau pengakhirannya macam mana.. kali ke 2, dengan penuh penghayatan.

Dah ada yang baca novel ni?

Saya lebih sukakan novel Sweet Sour berbanding Lazuardi, mungkin sebab novel ni lebih berat berbanding Sweet Sour kot. apa pendapat anda kaki novel sekelian?

Rahsia Di Sebalik Demam

Siapa yang tak pernah demam? Mesti semua pernah demam sepanjang hidup dimuka bumi Allah ini....demam sebenarnya besar hikmahnya.

Hakikat Demam.
Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Sallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.


Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi SAW sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.

Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.
Apa yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan  akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : "Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (Surah Al-Anbiya¡¦: 83)


Demam Penebus Dosa.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.



RAHSIA 5 JARI

1.Luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka. 
   Renung dalam - dalam . 
   Itulah kewajipan solat waktu. 

2. Letakkan jari di atas meja. Perhatikan : 

a- jari kelingking yang kecil - sama seperti manusia dan apa jua perkara mesti akan bermula daripada kecil dan kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam ciptaan Allah. Kegagalam mendidik pada usia muda akan memberi kesan yang besar pada masa depan. 

b. jari manis - Seolah usia remaja, semuanya manis belaka. Masa remaja kita selalu di duga dengan dugaan dan cabaran. Hanya iman dan takwa yang menjadi petunjuk kepada jalan kebenaran. 

c- Jari hantu adalah jari paling tinggi, ibarat alam dewasa. Pada usia dewasa melepasi 30 tahun, kita telah pun berada pada kedudukan yang stabil dari sudut ekonomi dan kerjaya tetapi kita masih juga perlu berhati-hati kerana pada masa ini banyak hantu pengacau yang datang menggoda. Ada hantu dengki, hantu ego, hantu tamak dan macam-macam hantu. Kalau kita gagal mengawal emosi, dikhuatiri akan masuk ke dalam perangkap nafsu dan godaan syaitan. Gandakan lagi amal ibadat untuk dijadikan perisai godaan hawa nafsu dan godaan syaitan. 


d- Jari telunjuk yang mengungkapkan satu dan Esanya Allah SWT ketiak solat. Genggam kesemua jari kecuali jari telunjuk, tengok bagaimana gagaknya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh dan tauladan pada jari-jari yang lain. Kita perlu jadi seperti jari telunjuk yang boleh memberi contoh dan pemimbing kepada orang lain.

e - ibu jari yang besar dan pendek berbanding jari yang lain menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar dan mudah. Cuba bayangkan kan memegang sesuatu tanpa ibu jari. Kepada generasi muda, nak buat apa-apa perlu rujuk kepada orang tua atau yang berpengalaman. Kalau kita kita ikut petunjuk mereka boleh lah kita mengucapkan  "GOOD atau YES" sambil mengangkat ibu jari tanda kejayaan .


Orang yang banyak gelak itu kurang wibawanya..
Orang yang suka mengkhianati sahabatnya..
pasti akan mendapat balasan dari NYA ...

Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain,
pasti kehormatan dirinya akan terjaga..

Orang yang menyintai akhirat,
dunia pasti menyintainya..
Renung-renungkan lah.

Bercanda Di Pantai Batu Rakit

Rumah saya memang tak jauh sangat dari pantai...hari raya ke 5 hari tu, sepulangnya dari beraya di rumah sahabat lama di Bari Besar, singgah di Pantai Batu Rakit, anak-anak nak tengok ombak ..

Sudahnya dua-dua masuk dalam air dan kuyup.

Boleh nampak Pulau Redang dari kejauhan.

Insyaallah sampai jugak kami ke Pulau Redang nanti, sekarang tengok dari jauh je dulu.

















Handphone buruk yang menjadi rebutan

Dulu-dulu saya menghabiskan masa waktu petang bersama adik-adik dengan bermain guli, main 'to decok' ( orang terengganu je yang faham dan tau permainan ni he he), baling selipar dan macam-macam permainan yang memang anak saya tak pernah dengar pun.

Tapi zaman anak-anak saya ni, dapat handphone buruk pun dah menjadi keseronokan pada dia..kalau balik kampung, handphone nenek mereka ni pasti menjadi rebutan ha ha bukannya handphone canggih pun tapi ada game yang kena dengan jiwa kat dalam handphone tu.

Time ni kalau kita panggil pun memang dengar tak dengar, bena tak bena je.





Makin melebar tanda bahagia?

Kalau balik kampung di Terengganu , tak kirala balik beraya atau bercuti biasa, pasti soalan ini akan kedengaran:

bakpe gok mung ni makin lebar?

hmm aku ni hidup bahagia, tidur cukup, makan cukup, makin lebar la jadinya...

tak tau la itu jawapan yang memang sebaik jawapan atau jawapan untuk menutup rasa kurang suka dengan soalan tu.

rasanya memang itu pun jawapan yang terbaik..tak melukakan hati sesiapa malahan satu doa yang baik untuk diri sendiri.

tapi betul ke saya ni makin melebar?

biarlah gambar ini yang menjawab soalan tak sedar diri saya tu!

Saya, Nadhirah, Mak mertua, kakak ipar.



P/S: SAYA AKAN CUBA BALAS KUNJUNGAN SAHABAT MAYA SEMUA SEDIKIT MASA LAGI, TENGAH ADJUST MASA TIDUR UNTUK BLOGWALKING!

Umar dicakar awek!

Ni kisah bulan Ramadhan lalu...dahi Umar berdarah, kulit tersayat...tak sangka dia yang selalu mengaku diri sebagai hebat macam Power Ranges tu boleh luka dicakar oleh seorang budak perempuan berusia 4 tahun!

Masuk je dalam kereta, dia terus mengadu kena cakar..paling kelakar bila dia cakap, nasib baik dia tak mati , kalau mati, memang tak dapat beraya la... 

Biasalah budak-budak, macam-macam peel...dulu Umar pernah gigit belakang seorang budak perempuan 6 tahun, ketika itu Umar berusia 4 tahun.. parent budak perempuan tu agak marah tetapi benda ni sukar untuk  kita kawal, maklumlah budak-budak. 

Sekarang dahi Umar dah pun bertanda. Cap mohor SIRIM he he.




Bakar-bakar Raya Part 2

Ni bakar-bakar yang boleh mengenyangkan perut..acara ni berlaku pada Jumaat malam Sabtu raya ke 6 tempoh hari.

Aktiviti ni diketuai oleh adik saya yang baru je tiba dari KL...dia beraya di rumah mertua dulu , sama macam saya, kemudian dia suami isteri masuk kerja bermula Rabu raya ke 4...Jumaat pecut balik ke Terengganu.

Ayam 2 ekor, memang diperap masa dia di KL lagi...kami di sini sediakan sotong je.



Sepupu saya bersama anak-anak beliau..baru je sampai time ni