Review Novel Kampung Girl - Umi Kalsom

Novel ni khatam minggu lepas jugak. ketika bercuti di Tampin.

Kisah klise je , pada saya...oleh kerana saya terpengaruh dengan pendapat orang lain yang mengatakan novel ni sedaappp, saya pun beli dan rasanya tak la sesedaappp mana.

Ni sinopsis kat belakang novel..


PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.


“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Revie Novel Cinta UNtuk Sedetik Lagi - Ezza Mysara



Novel ni baru je baca beberapa helai...setakat ni macam best sebab ada kelainan...saya dah jemu baca kisah kahwin paksa sebenarnya tapi itu jugak yang dihidangkan....kadang-kadang terbeli, kadang-kadang terpinjam..bila dapat novel yang kisahnya lain sikit, baru la mood untuk membaca tu berkobar-kobar.

Novel ni akan saya sambung baca esok.

Ni sinopsis yang saya ceduk daripada kulit belakang:


NAILA FARAFEESA merasakan yang dunia seakan-akan terhenti saat dia menerima khabar tentang penyakitnya. Lantas cinta yang menghuni rasa hati terpaksa ditolak tepi demi kebahagiaan insan-insan yang tersayang. Dia tekad untuk menjodohkan lelaki yang dicintainya bersama kakak kembarnya yang baru kehilangan tunangnya. Tapi hati tak mampu menipu bila lelaki bernama Ezrakil itu semakin bertakhta dalam hati.


“Setakat Ezrakil yang pakai kereta Honda tu, aku tak pandanglah. Duit berkepuk-kepuk, tapi kedekut yang amat! Segala benda dalam ofis dia nak catu! Entah-entah kasih sayang dia pada kekasih pun dia nak berkira nanti! Lagipun, dia tu tak cukup handsome macam Remy Ishaklah!” -Naila Farafeesa

“Sebab tak cium atau tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya boleh bagilah semua tu... tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal di sisi agama untuk saya.” - Ezrakil


NAILA FARANEESHA mula hilang percaturan lantas melumpuhkan jiwanya untuk bercinta lagi lantaran pemergian tunang tersayang. Tapi kemunculan seorang lelaki bernama Nazreen yang sifatnya persis arwah telah menghentak naluri hatinya. Menyingkap sehelai demi sehelai kenangan yang pernah terukir cantik. Kenapa lelaki ini mampu membuatkan jantung Faraneesha berdebar sama seperti ketika dia bersama Luqman?

“Neesha, saya betul-betul sayangkan awak. Tapi saya tak tahu sama ada awak sayangkan saya sebab saya ataupun kerana saya adalah pemilik hati Luqman!” - Nazreen

Simpulan kasih ini perlu dileraikan tanpa memutuskan talinya. Dan pada saat Farafeesa memerlukan perhatian dan kasih sayang, ibunya yang dulu menjauh semakin dingin terhadapnya. Adakah sepanjang Farafeesa masih bernyawa, dia mampu mendapatkan kasih sayang dari insan-insan yang disayanginya? Dan masih adakah ruang dalam hati Faraneesha untuk menemui pengganti yang lebih baik? 

Review Novel Suamiku Encik Perfect 10 - Syamnuriezmil


Novel ni dah khatam 2 minggu lepas.

Nak kata sedap sangat tu tidak la...tapi boleh la kalau nak cari kelainan. Tidak la begitu membosankan.

Ni sinopsis kat kulit belakang, baca la kalau nak tau serba sedikit kisahnya.


PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.


Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. 


Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.

Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.


“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?




Review Novel Kalau Jodoh Tidak Kemana - Naurah Iman


Ni pun novel terbaru jugak....baca minggu lepas jugak...best jugak..

Ada kelainan berbanding kebanyakan novel masa kini yang sangat suka tampilkan kisah kahwin paksa ..

Ini memang sangat lain...perempuan meminang lelaki tetapi digarap dengan penuh kecomelan ( tak tau lah boleh guna pakai tak ayat ni). .

Pada saya novel ni sangat seronok di baca...ada part-part yang membuatkan saya tersenyum sorang-sorang.

Kalau tak percaya, cuba la baca novel ni, mesti anda suka !