30 November 2012

Surah Yang Elok Diamalkan Ketika Mengandung

Saya selalunya rajin membaca surah Yaasin dan Surah Luqman ketika awal mengandung, di akhir-akhir baru membaca surah Maryam....kali ni nak paksa diri lebih rajin lagi membaca surah-surah terpilih, tadi google mengenai ni, terjumpa blog INI.

Jadi saya copy la nama-nama surah yang elok diamalkan..malas nak taip.



28 November 2012

39 tahun pada hari ini.

Syukur kerana masih lagi diberi peluang dan rezeki oleh Sang Pencipta untuk meneruskan lagi perjuangan hidup. 

39 tahun bukan la masa yang pendek tetapi bukan la menandakan diri sudah terlalu tua ): 

Tidak terlalu tua tetapi sudah dipenghujung usia muda(: 

Syukur kerana di hujung usia muda ini, diberi peluang olehNYA sekali lagi melalui tempoh 9 bulan 10 hari yang pastinya penuh dengan suka duka, Insyaallah semoga ianya berlalu dengan baik. 

Semoga saya terus diberikan kekuatan di dalam mengharungi gelombang kehidupan. 

Semoga hidup sentiasa dibawah rahmatNYA....mendapat keredhaanNYA.. 

Semoga bahagia selalu disamping suami, anak-anak, seluruh ahli keluarga, sahabat dan teman. 

Semoga hari-hari esok dapat dilalui dengan penuh kesabaran, kesyukuran dan ketenangan. 

Hari ni 2 kali makan besar...walaupun perasaan masih lagi seperti di dalam bot yang dilambung ombak, rezeki tidak mampu ditolak. tengah hari tadi dibelanja oleh sahabat saya, Baizura,makan di Restoran Tupai-Tupai, beberapa langkah je dari pejabat. 

Balik rumah pulak ada domino pizza menanti. 

Permulaan yang baik, rezeki melimpah ruah. 

26 November 2012

Minggu ke 11 Kehamilanku - Loya hampir sepanjang masa

Untuk sepanjang 9 bulan 10 hari ni, mesti orang muak dengan blog ni....asyik-asyik ini je la kisah yang nak diupdate...sebenarnya banyak gambar-gambar yang nak diuploadkan masa balik kampung 2 minggu lepas tapi dek kerana ketahanan untuk mengadap blog sangat la kurang, kalau terlebih tahan sikit, memang lepas tu terasa seperti di lambung-lambung ombak ketika duduk dalam bot.

Minggu ni rasanya banyak masa loya dan mual berbanding rasa lega..kata doktor saya agak lambat alah, mungkin lambat juga hilangnya...apa pun saya rasa keadaan saya tidak la seteruk mana cuma pandai-pandai la kontrol masa untuk memandang skrin komputer walaupun di pejabat sekali pun.

Jadi memang tak ada masa langsung untuk blogwalking....hmm haruskan aku lupakan terus blog ini? Masih sayang sebenarnya sebab income dari Nuffnang masih berjalan walaupun takat 15 sen sehari.

Ok, selamat malam semua.


24 November 2012

2 peristiwa pada satu tarikh|24 Nov

Hari ni, 24/11..pastinya dalam ahli keluarga saya tidak akan melupakan 2 tarikh ini.

24/11/1981 - tarikh lahir adik saya yang ke 4, sekarang dah besar panjang dah pun....kerja di Maybank. Semoga dimurahkan rezeki, dipercepatkan jodoh dan hidup sentiasa diberkatiNYA.

24/11/1989 - tarikh arwah ayah saya, Yusof bin Kassim , meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya antara motor yang dinaiki oleh arwah ayah dan kereta yang dipandu sepupu arwah ayah.

AL FATIHAH untuk arwah Yusof bin Kassim, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solih. 


22 November 2012

Survey hospital untuk bersalin

Belum check up di mana-mana klinik ibu mengandung pun lagi, tetapi hati dah galak nak survey tempat bersalin...saja la kan, tengah-tengah mabuk ni cuba la alih perhatian sikit ke arah yang berlainan.

2 kali bersalin sebelum ni keduanya di Hospital Selayang, ada yang manis ada yang pahit untuk dikenang. Nati kalau ada kerajinan, boleh la saya share cerita pahit manis tu.

Kali ke 3 mengandung ni, niat dihati nak mencuba tempat lain. Tetapi masih tertakluk kepada kemampuan.

Ada tak sesiapa yang baru bersalin sudi berkongsi hospital mana bersalin, secara normal atau pembedahan, berapa kosnya?

Ni sehari dua, on je internet, terus survey kos rawatan di hospital-hospital bersalin..ini boleh dikatakan termasuk dalam salah satu alahan jugak ke ni? 

p/s: kalau boleh nak tau kos bersalin di kedua-dua jenis hospital, kerajaan atau pun swasta.

Saya tak nak pergi kerja!

Pagi ni bangun awal , nak bersiap untuk ke pejabat.

Sambil bersiap, hati rasa sebak sebu, nak menangis , seperti dipaksa-paksa untuk ke tempat kerja.

Tapi apakan daya, memang ini adalah tanggungjawab yang perlu disempurnakan.

Saat ni saya hanya terfikir - Nak berhenti kerja!

Cepatlah datang hari Sabtu ..saya nak berehat di rumah.

p/s: Entry paling mengarut yang pernah saya tulis agaknya!



21 November 2012

Minggu ke 10 - Pemalas dan MC 2 hari

Terus terang saya cakap perasaan malas semakin teruk melanda diri saya, amat ketara bila hati ni seperti nak menangis bila tiba waktu untuk ke pejabat. Pernah memandu sambil menangis tersedu kerana tak nak ke pejabat. Terasa seperti nak berhenti kerja jam jam tu jugak.

Semalam dan hari ni adalah waktu untuk berehat di rumah kerana kesihatan agak terjejas sikit...sikit je tapi malas yang lebih, dah doktor bagi MC 2 hari , tak kan nak tolak , kan? Bukan senang untuk dapat MC 2 hari..Duduk je la berehat kat rumah. Tapi esok dah kena kerja semula hu hu tak sukanya...tapi duit , nak pulak...macam mana tu?

Selain malas nak pergi kerja,saya sangat malas nak ke dapur hatta nak masak secerek air pun seoalah-olah berat kaki dan tangan. Rasa seperti mengheret kaki ke dapur.

2 hari tak bekerja ni, saya memang beli makanan untuk sarapan dan makan tengah hari siap-siap...saya cuma makan sarapan, makan tengah hari dan malam memang tak ada selera. Senang kalau dah beli siap-siap, bila anak-anak nak makan, kita terus hidang je.

Malam-malam mesti sejuk menggigil-gigil, kata doktor akibat perubahan hormon, kekurangan air di dalam badan pun ye jugak...saya perasan saya sangat tidak sukakan air masak sejak mengandung ni.

Terjaga tengah malam dan terus terkebil-tebil hingga pagi tu dah perkara biasa... mood pun asyik tak menentu je tapi tak adalah nak marah-marah atau sentap-sentap sangat. Kalau boleh nak berehat dalam suasana yang damai dan tenang je.

Memandu pun satu perkara yang sangat membosankan sekarang..saya berharap semua ni sekadar datang sementara waktu , selepas berakhirnya trimester yang pertama, keadaan akan kembali seperti biasa.

Macam-macam kerenah perlu dilalui oleh ibu mengandung..tak semua orang berpeluang melalui detik indah ini.






18 November 2012

Serba Serbi Tak Kena!

Petang semalam baru je sampai dari Terengganu....kali ni saya sangat berat hati nak balik KL, hormon yang ada dalam badan ni mempengaruhi minda, tinggal di Terengganu sangat seronok, balik KL amat membosankan!

Jahatkan perasaan tu? Apa taknya, saya tak boleh nak ingat tentang kerja-kerja pejabat, rasa mual dan loya semacam je.

Biasanya saya sangat suka makan 'kayu keramat' kalau balik kampung, kali ni nampaknya suami saya yang gemarkan kayu keramat, saya tak suka.

Hati teringin nak makan nasi kerabu bila jejak kaki di Terengganu tapi bila ada depan mata, saya asyik menjamah nasi dagang je, 2 kelongsong (2 bungkus) setiap hari .

Biasanya berat hati untuk balik semula ke KL tu hanya terasa bila saat meninggalkan mak, lepas tu bila sampai KL, fikiran dan fokus kembali seperti biasa tetapi kali ni perasaan sebak sebu tu berpanjangan hinggakan tengah memandu untuk membeli sarapan pagi tadi pun airmata boleh bergenang, tiba-tiba rasa rindu dengan keindahan kampung, siap berangan andainya mampu saya dirikan sebuah rumah kecil untuk saya dan keluarga untuk kami menginap tiap kali balik kampung. Macam-macam impian, angan-angan bergabung saat ini.

Deria bau pun macam hanya mampu mencerna bau busuk je, serba serbi busuk pada hidung saya ni..bau sabun pencuci, softlan, bau sambal, bau teh susu, semuanya busuk...tak tau apa yang wangi saat ni.

Malas datang merajai perasaan....nak tengok blog pun rasa tak lalu..tengok Nuffnang , tak ada kemajuan pun , macam mana nak up traffic kalau sebulan ada sekali dua je update entry terbaru, tak boleh nak paksa diri saat ni, semuanya tidak terkawal...rasa nak berehat je..terpaksalah biarkan blog ini begini hinggalah semangat rajin datang kembali seperti dulu. Tambahan pula saya sekarang tak suka membaca novel, jadi tiada lagi entry untuk review novel, ini salah satu penyebab kejatuhan UV yang amat ketara.

Malam-malam kerap terjaga kala tidur, lepas tu sempat berfikir itu ini sebelum kembali terlelap, begitulah rutin saya tiap malam sejak mengandung ni..kadang-kadang tu kalau memang sudah tak nak lelap lagi dah, saya bangun dan lakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri dan baby dalam kandungan.

Selera makan ketika di kampung sangat memberangsangkan cuma malam memang tak ada selera lagi dah nak makan, hanya makan ketika siang saja, saya belum timbang berat sejak balik kampung.

Bulan Disember nanti, saya akan mula melakukan pemeriksaan dengan gynae untuk kali pertama.

Esok kerja.....perasaan jemu nak ke pejabat memang sukar dilafazkan dengan kata-kata, nak gambarkan dengan perbuatan pun sukar, hanya Allah je yang tau hinggakan mengalir airmata kerana seperti dipaksa ke sekolah ketika mula-mula masuk Darjah 1, 32 tahun yang lampau..macam tu la perasaan saya saat ni, tak nak ke pejabat tapi perkara itu adalah kewajipan untuk saya lakukan.


Syukurlah saya tak ada alahan yang teruk macam sesetengah orang lain...saya rasa apa yang saya alami sekarang ni takat biasa-biasa je...


Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan melawan 1001 perasaan yang yang sedang melanda jiwa ini! Amiin..

p/s: ada tak perasaan pelik-pelik yang sahabat alami ketika mengandung?







08 November 2012

Makan dan Minum berdiri

Sebelum ni saya kadang-kadang kalau 'terdesak', ada jugak la terlepas melakukan perkara ni, selalunya minum berdiri.

Selepas membaca artikel yang di berikan oleh seorang sahabat di pejabat, terus berjanji akan cuba sedaya upaya tidak melalukannya, biasalah kalau di tempat kerja, ada kursus singkat, waktu minum pagi dan petang memang tidak menyediakan tempat duduk secukupnya, dek kerana nak kejar masa, masing-masing makan dan minum berdiri.



Sekadar perkongsian bersama....semoga bermanfaat.

07 November 2012

Sembelit Ketika Hamil

Masalah sembelit ni agak biasa saya hadapi ketika tidak mengandung..2 kehamilan terdahulu saya langsung tidak sembelit. Kali ni , mungkin saya sangat malas nak minum banyak air kosong, sembelit mula terjadi.

Walaupun saya agak kerap makan buah dan banyak memilih sayur ketika makan nasi, namun ianya agak tidak membantu masalah sembelit saya, walaupun masalah ini belum la secara serius, saya perlu ambil berat kerana saya pernah dengar kawan-kawan yang menghadapi masalah sembelit secara serius ketika hamil hingga terjadinya buasir.

Seorang sahabat di pejabat ada mencadangkan agar banyak mengambil kangkung di dalam menu harian, itu adalah petua yang di amalkannya setiap kali mengandung, Alhamdulillah katanya kerana dia tidak menghadapi masalah sembelit lagi.

Nampaknya mulai hari ni saya kena paksa diri minum lebih banyak air kosong dan kena selalu bermesra dengan kangkung la jawabnya.

Ada apa-apa petua tak untuk masalah ni dari sahabat semua?



05 November 2012

Minggu ke 8 - Pusing-pusing

Minggu ni adalah minggu ke 8.

Selera masih tidak menentu, elok-elok teringin nak makan itu ini, bila makanan tersebut ada depan mata, tak ada rasa nak jamah pun.

Sejak 2 hari lepas kepala terasa seperti berpusing-pusing, dalam perut bergelodak dan menyebabkan seperti nak terkeluar isi perut, sampai sudahnya memang tak ada apa yang keluar pun.

Kerap berpeluh dingin dan seperti nak pitam.

Pagi tadi, jumpa doktor ..katanya ada masalah keseimbangan pada bahagian tengah telinga, normal ketika mengandung. Ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon.

Kata doktor lagi - bersedia la untuk melaluinya sepanjang kehamilan ini, kalau nasib baik, masuk minggu ke 13, segalanya akan hilang dan time tu masalah awak adalah untuk mengawal selera makan.

Telan air liur saya mendengarnya kerana saya tau, sejarah lepas kehamilan saya bermula minggu ke 13, selera saya mencanak naik seperti gunung ganang.

Doktor mengingatkan saya agar mengawal berat badan, hanya 1kg kenaikan saja sebulan hingga ke minggu 40. ..boleh ke?

Errr sukar jugak nak cakap bab makan ni...ni sebelum saya menaip entry ni, baru je pekena nasi putih, budu dan ikan singgang...sebenarnya sejak semalam saya teringin nak makan budu tetapi tiba-tiba je terputus selera. Hari ni dapat cuti sakit separuh hari, sampai rumah ketika hujan lebat, terus makan nasi berlauk budu. Walaupun tak banyak tapi cukup memberikan rasa puas.

Malam ni cadangnya nak makan buah dan segelas susu je.


03 November 2012

Mengidam @ Teringin@Psikologi

Kisahnya waktu rehat 2 jam semalam di pejabat, saya masuk bilik files untuk meluruskan badan , untung-untung sempat terlena untuk hampir 2 jam tu.

Sebelum tu, saya dan sahabat dah awal-awal turun makan....makan buah je pun,tak ada selera pulak bila tengok macam-macam lauk dan makanan yang ada..bila naik atas semula tengok semua pegawai saya rileks je kat tempat duduk..biasanya kalau hari Jumaat begitu, belum masuk waktu rehat,semua bayang dah hilang.

Mungkin disebabkan pengurus saya tu sedang menunggu hari untuk bersalin, makanya para pegawai turut sama tak larat nak keluar...oh rupanya mereka berempat ni telah pun membuat pesanan penghantaran Domino Pizza.( saya baru je makan sehari sebelum Raya Haji baru-baru ni).

Tak tau nak buat apa tercongok je di kerusi, nak membaca memang sah-sah perasaan tak suka nak membaca buat masa ni...ambil kusyen kecik, masuk bilik files, kunci, bentang kotak besar, bentang selimut cotton, baring dan tak lama kemudian zzzzzzzz.

Sebelum alarm handphone berbunyi, saya dah terjaga, macam tiba-tiba je terjaga terus terdetik di dalam hati " sedapnya kalau dapat makan kerabu kaki ayam", saya tak pasti ada ke lauk ni? rasanya macam pernah dengar je dan pernah merasa, eh tak pasti la...

Lepas tu boleh pulak terlelap semula....sekitar jam 2.20 saya betul-betul terjaga dan tak nak tidur lagi dah.....tapi masih berselimut di dalam selimut cotton, sejukkk jeee.....kalau la dapat berbungkus macam ni sampai 5.15? Hmmm mau disuruh bungkus semua balik rumah dan tak payah datang-datang lagi dah agaknya kalau terkantoi macam tu time kerja.

Malas nak layan perasaan, saya pun bangkit kemaskan semula barangan keperluan saya tadi tu...sambil-sambil tu otak ni boleh pulak cakap , mesti ada domino 1 slice atas meja nanti, fuhhh bestnya ...

Keluar dari bilik tu dengan penuh yakin nak makan domino....sampai di meja, hmmmm kosong je meja, kecewa kejap ( sebenarnya saya tak tau kenapa berharap sangat dengan domino tu padahal baru je makan minggu lepas dan lagi satu, para pegawai tu tak pernah pun baik hati nak membelanja makan untuk saya dan sahabat, tambahan pula mereka membuat pesanan tu dengan bayaran sendiri).

Maka bertanya la saya yang sedang kecewa ini kepada sahabat saya...'eh tak ada orang offer ke?'.. ada, katanya ....tapi tak nak la ambik dah tentu mereka order cukup-cukup je untuk mereka dan kalau mereka nak kita join sekali mesti mereka tanya kita jugak sebelum buat pesanan, awak teringin ke?....'eh tak la, saja tanya , kot-kot la mereka teragak nak bagi kita'...eh awak ni, macam baru kenal pulak dengan mereka ni, memang mereka ni baik tapi bab-bab makan free ni susah sikit '.

Kejap je la rasa kecewa yang melanda....sebab saya rasa nafsu je kot yang memenuhi ruang fikiran...atau pun saja nak mengambil kesempatan atas keadaan berbadan dua ni...

Pagi-pagi ni saya dah bangun, sambil-sambil mengemas apa yang patut, saya dah terfikir nak beli bahan untuk masak laksa penang hari ni..tak pasti jadi ke tak plan tu, kita tengok je la nanti.

p/s: Ada yang mengidam pelik-pelik tak masa mengandung? Saya tak pernah mengidam pelik-pelik setakat yang dah lepas-lepas.