KFC & Taman Permainan Bandar Baru Selayang

Hari ni saya bercuti kerana tadika tutup sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.Anak-anak ajak ke Taman Tasik Titiwangsa tetapi saya cadangkan ke Bandar Baru Selayang je, dekat, mudah parking dan mereka tidak tau yang saya tak berani nak drive ke Taman Tasik Titiwangsa!

Mula-mula tu singgah KFC dulu....order ayam goreng je dengan kopi panas. Lepas tu terus ke taman permainan.

Malas nak ambil gambar banyak-banyak...ntah apa kes la serba serbi malas..saya jalan-jalan sikit je lepas tu duduk sambil menunggu mereka ni bermain sampai puas...tapi nampaknya tak sempat puas, langit dah gelap semacam, kelam kabut balik...sampai rumah habis basah kain di jemuran.











Ini jelah aktiviti budak berdua tu hari ni selain tidur, makan, menonton TV, main games dan bergaduh.

Esok seperti biasa Nadhirah ada tuisyen di transit manakala Umar pulak enjoy dengan raka-rakan di tadika.Mama pula kena kerja hu hu malasss...

Pakej Bersalin di Pusrawi 2012

Sebenarnya saya masih survey sana sini untuk tempat bersalin nanti..ketika ke Pusrawi untuk follow up Umar dengan Doktor Ruzini , saya ada bertanya pada kaunter tentang pakej bersalin disitu. Kata staff kaunter tu, pakej bersalin telah dihentikan dan digantikan dengan rate yang baru. Secara asasnya untuk bersalin normal antara 3k++ hingga 6K++...dan untuk pembedahan , bermula 9K++ ke atas. Ini adalah untuk 3H 2M.

Memang terus batalkan niat untuk bersalin di situ. Hari ni blogwalking sana sini, terjumpa la blog INI, terus hati berbunga kembali...mungkin ada harapan untuk bersalin di sini tetapi keputusan belum muktamad. Walaupun suami cakap dia memberi kebebasan untuk saya memilih  tetapi seperti biasa, saya adalah seorang yang suka fikir sana sini kemudian berpatah balik kemudian terus semula.

Ada macam-macam pendapat tentang tempat bersalin, terpulang kepada individu...oleh kerana kali ni suami memberi tawaran untuk memilih tempat bersalin di dalam range harga yang saya sendiri tau kemampuannya , tidak la boleh tempat terlalu mahal, jadinya saya ada pilihan untuk bersalin samada di Hospital Selayang seperti sebelum ni atau pun private yang menawarkan bajet di dalam kemampuan suami. 

Pakej di bawah ni masih di dalam kemampuan suami dan saya akan fikirkan tentang harga yang dinyatakan di dalam pakej ini. Tetapi mesti diingatkan oleh saya sendiri, betapa penting untuk menyediakan extra bajet untuk kemungkinan yang tidak dijangka.

** terharu dengan tawaran suami itu...mungkin 2 pengalaman lalu membuatkan dia berfikir untuk memberi sedikit keselesaan kepada saya. Ditambah pula jarak masa untuk menunggu khabar gembira ( anak ke 3) adalah sangat lama. 




Yang diidamkan ketika lunch nanti|BUDU

Lauk ni dah banyak kali saya makan sepanjang mengandung ni...pernah makan seorang diri je kat kedai...selebihnya makan dengan anak-anak..kebetulan hari ni bercuti, memang dah plan awal-awal, lauk ni jugak yang akan saya ambik kat kedai tu nanti.

Budu yang dicampur dengan sedikit durian.

Nasi putih dan ikan kembung panggang

Ulam-ulaman ...dah tinggal sedikit baru teringat nak snap gambar.

Nampaknya anak-anak saya pun satu selera dengan saya, jadi senang la....makan macam ni untuk 3 orang tak sampai RM10 termasuk air.