KEMARAU CPUV (Cost-per-unique-visit) / BE

Macam mana la nak dapat idea nak update entry yang menarik, tarik lebih ramai visitors ke sini? Tiap bln dapat je peluang buat Sponsored Post macam blogger-blogger popular tu? Hmmm kalau jenis sehari pun belum tentu ada entry, baik lupakan je impian nak dapat peluang untuk buat Sponsored Post. 

Nasihat saya untuk diri sendiri yang ala ala je dengan dunia blog ni, update bila terasa nak update dan jangan memberi sebarang tekanan pada diri . Relaks dan Selamba je. Ada idea- update...tak ada idea- jangan on pc.


Dah boleh cash out dah ni......tapi macam nak peram dulu, biar beranak-anak dulu baru cash out.

Ini income bermula September hingga ke hari ni....hmm boleh la kan?


Belek -belek Album Lama

Ada waktu-waktunya terkenang semula masa-masa anak-anak masih kecil...time baru-baru kahwin..haaa time-time teringat tu la saya suka benar geledah semula kotak berisi album...tengok sama-sama ...pakat-pakat gelak.

Macam yang berlaku malam ni..