Minggu ke 14 Kehamilanku - Check Up kali pertama

Hari ni mula ke klinik ibu mengandung untuk kali pertama pemeriksaan.

Hampir separuh hari di klinik ibu mengandung, lepas tu kena menunggu giliran untuk pemeriksaan gigi pula, dulu tak ada pulak pemeriksaan gigi ketika mengandung, tapi ok jugak la kan, ada jugak kebaikannya, dah le free, ikut saja la.

Berat = 75.2 kg (kena kontrol pemakanan , nasihat doktor tadi)

Bacaan BP = 120/80

H.B = 11.2

Dan tadi untuk kali pertamanya juga doktor scan keadaan baby, segalanya normal , tarikh jangka bersalin adalah 14/6/2013.

Begitulah serba ringkas kesimpulannya setelah hampir sehari berada di klinik tadi.

Baru je lepas makan, berdenyut-denyut kepala, lain kali kena bawa bekal dan kena bawa bahan bacaan sekali kerana masa menunggu giliran adalah sangat lama.





Hari Rajin Anak-Anak Saya

Bukan setiap hari mereka ni rajin sebegini..ada waktu-waktunya aja...apa pun sebagai ibu pastinya kita gembira dengan keikhlasan anak-anak membantu terutama di saat berbadan dua..sangat-sangat terharu dengan pertolongan yang mereka hulurkan.






**** bersepahnya atas kabinet dapur saya ni.....bagi can mereka berdua kerjakan dapur tu..