Majalah GLAM Jan 2013| Datin Ezureen Yaacob yang pernah ku kenali




Majalah ni saya selalu pinjam daripada sahabat baik saya di pejabat. 

Cover girl majalah ni untuk keluaran Jan 2013 ni pula , saya pernah la mengenalinya secara luaran saja..setakat kenal kulit je kata orang, tak ada la sampai ke isi kenalnya...dia pernah menjadi staf istimewa di syarikat saya bekerja, sebab apa saya sebut staf istimewa? 


1. dengarnya dia ada la seorang model dan juga pelakon.


2. penampilannya memang berbeza kalau nak dibandingkan dengan staff lain , kalau dibandingkan dengan saya lagi la berbeza, macam langit dan bumi jauhnya. Eh nama pun model, mesti la ada beza dengan orang-orang biasa. 


3. paling-paling istimewa bila dia dilihat kerap bersama bos besar a.k.a pemilik syarikat tempat saya bekerja... ala biasalah kan, staff kalau nampak je awek cun rapat-rapat dengan bos, mulalah tumbuh gossip-gossip meliar.


4. ini istimewa jugak ni - suami saya selalu berborak dengan dia kerana workstationnya berselahan dengan suami saya. Bangga suami saya bila dia masih mengenali suami walaupun dia dah pun berkahwin dengan bos besar dan sudah lama meninggalkan kerja di pejabat.


Seingat saya, sekejap je dia bekerja di syarikat tempat saya bekerja tu, lepas tu tersebar la cerita dia dah kahwin dengan pemilik syarikat tu...wah kami apa lagi, tumpang sekaki la melihat gambar-gambar pasangan secocok ni.. 


Rezeki dia kan...bos sangat handsome orangnya..ala ramai yang mengenali siapa pemilik syarikat saya bekerja tu...tetapi kini saya di bawah pengurusan yang lain, manakala suami saya masih lagi di bawah syarikat yang sama, maksudnya bos handsome tu masih lagi menjadi pemilik syarikat suami saya bekerja. 


Kalau baca artikel mengenai kehidupan dia di dalam majalah ini, ternyata kebahagiaan sedang menyelimuti hidup beliau...segalanya lengkap dan sempurna dan tak terjangkau di fikiran kita orang-orang biasa ni akan mengecapi kemewahan dan kesenangan hidup sebegitu rupa. Dah jadi ikon fesyen dah pun..


Semoga kebahagiaan yang dikecapi beliau sekeluarga itu adalah bahagia yang sebenar-benarnya! 



p/s: berbeza benar wajahnya sekarang, kalau tak baca nama dia di depan tu memang saya tak dapat mengecam wajahnya lagi...teknik solekan ataupun mungkin kesan kecanggihan dunia kecantikan zaman sekarang,pendek kata ada duit semua boleh buat.








Umar dan Nadhirah - Warna Warni Kehidupan

Dek kerana kekeringan idea untuk menulis entry, kemalasan untuk mencari bahan penulisan, lantas saya tempekkan gambar anak-anak saya untuk tatapan mereka yang sudi menatapnya. Kalau tak lalu nak tengok, sila klik X he he ...ntah apa-apa la pulak dah saya ni..









Mereka la penghibur kala suka dan duka...sama serupa la bagi anda semua yang bergelar ibu....tengok wajah mereka tiap petang terasa hilang kepenatan seharian di pejabat.