Keputusan ujian darah selepas minum air gula|bacaan tinggi!

Tadi nurse dari Poliklinik Selayang Baru telefon..dia bagitau keputusan ujian darah yang telah dilakukan pada hari Jumaat lepas dah keluar..bila dia telefon tu secara automatik keputusannya adalah suatu perkara yang merunsingkan.

Katanya, bacaan saya adalah 7.82, sepatutnya paling maksima untuk bacaan normal adalah 7.5 saja. Agak mengejutkan saya kerana langsung tak sangka tinggi bacaannya.

Terus terkedu sekejap, tak tau nak cakap apa. Saya diminta melakukan ujian BSP ( blood sugar profile) pada 3/1 nanti, memandangkan saya akan bercuti pada 2/1, saya terpaksa meminta tarikh yang lain untuk ujian BSP tu.

Makanya, saya akan melakukan ujian BSP pada 10/1/2013. Sebenarnya saya sangat risau tetapi cuba-cuba untuk tidak merasa risau.

Terus on pc...update entry ni dan google pengalaman mereka yang menghadapi masalah ini. Hmmm dah dapat beberapa tips pemakanan untuk kawal kenaikan bacaan gula dalam darah ni.


p/s:Ada tak sapa-sapa nak share pengalaman mereka yang menghadapi masalah seperti saya ni?


Kali pertama tulisan tersiar di majalah|Jelita Dec 2012

Saya hantar tulisan saya kepada Majalah Jelita selepas membaca entry Mama Zharfan yang menang hadiah langganan Majalah Jelita selama 6 bulan...lalu saya pun mencuba, manalah tau ada rezeki untuk terpilih , dapatlah apa-apa hadiah...berbulan-bulan selepas tu, dapat jugak hadiah rupanya..ingatkan memang tak terpilih langsung. Kiranya ni la kali pertama saya dapat hadiah lepas join apa-apa peraduan atau apa saja, memang sebelum ni tak dapat apa-apa pun. Rezeki kala mengandung la kiranya ni.