Permata Hati Kak Aya


Kejap je masa berlalu..anak-anak dah semakin besar...Nadhirah dah jadi anak dara..Umar sikit hari lagi jadi anak teruna...Zahra pun dah besar jugak, debab.

Mama makin tua nampaknya...apa tak tuanya, dah 40 dah...




Ada baby ni susah betul nak update blog..ni terkepit-kepit dengan Zahra sambil menaip.

Nanti la kita sambung lagi.

Novel Dia...Isteri luar biasa




Saya baru belek beberapa helaian novel ni...setakat beberapa helai ni, saya rasa seronok membacanya... nak review tak boleh dulu la , kena tunggu habis baca dulu.

Cerita ni ada la terasa macam cerita rekaan sikit...tak adil sebanarnya untuk menilai begitu selagi tak habis bacaan cuma bila kita dah baca banyak novel, kita dah dapat agak jalan cerita yang agak real dan yang mana agak rekaan.

Ada part-part kelakar jugak sebenarnya...itu yang membuatkan saya terus ingin membacanya.

Ni saya copy paste sinopsis novel ni daripada web Penulisan2u.

SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chawNo husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?



Zahra: Genap 6 bulan




Diam tak diam, dah pun 6 bulan usia si cilik kesayangan semua ni..bisa kena toreh kat perut ni masih belum hilang sepenuhnya pun lagi...macamm eh cepatnya masa bergerak, hari tu baru lagi dalam pantang, baru lagi tengok dia kecikkkk je..sekarang ni ambik kau ...semua cakap budak tembam..Alhamdulillah sebab Zahra sihat-sihat saja walaupun sedikit tembam, baby kalau tembam kan comel, rasa nak cubit-cubit cuma orang tua macam saya ni je buruk kalau tembam. 

Walaupun dah 6 bulan berlalu, pengalaman dalam bilik pembedahan masih terbayang di mata..susah nak lenyapkan daripada ingatan. Perit jerih seorang ibu untuk melahirkan seorang anak, kemudian nak besarkan anak, nak didik anak jadi orang berguna, anak yang soleh, solehah...Ya Allah rasa kerdil sangat diri ini bila fikirkan tentang tanggungjawab seorang ibu. Ya Allah berikan la hambaMu ini kesabaran yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab ini.Amiin! 
  
Sejak akhir-akhir ni , saya kerap memerhatikan wajah anak-anak ketika mereka sedang lena tidur...nampak tenang dan helaan nafas halus je, kan? Makin kita tatap makin ada ketenangan di situ.Boleh dijadikan pengubat stress . 

Zahra sama macam kakak ketika kecil, tidak banyak kerenah, badan sama-sama tembam ketika kecilnya. 

Pada usia 6 bulan ni, Zahra dah boleh duduk tapi dalam tempoh yang tidak begitu lama ..kalau lama sikit je, mesti tumbang ke depan, ke belakang , ke kiri, ke kanan, mana yang sempat la. 

Berat dah pun cecah 7.6kg..tinggi 63cm. Rasanya Zahra ni tinggi orangnya, tak macam mama dia. 

Makanan pertama dia adalah puri Epal. Masih belum tau selera makan dia macam mana sebab kali pertama dapat makan..

Zahra dah kenal orang dah...susah sikit la kalau orang lain nak ambik dukung dia..confirm la dia menangis menjerit-jerit...alaaa tak boleh la mama nak rehat-rehat sikit,kalau macam ni:( 

Kalau kita buat-buat marahkan dia, kejap lepas tu mulut dia tercebik-cebik dan uwaaa menangis.eee comel sangat...saja je bagi dia sedih tercebik-cebik..eh kalau kita yang tua macam tu tercebik-cebik nampak tersangatla buruk kan? 

Makin tengok keletah Zahra, makin kuat keinginan untuk berhenti kerja, buat bisnes online tapi sampai saat ni masa itu belum tiba untuk saya. 

2 minggu lepas keluar shopping pakaian Zahra beberapa pasang, pakaian yang ada semuanya sendat..sekarang ni dia dah pakai saiz 1 tahun. 

Dia gemar tidur meniarap sekarang ni. 

Dia suka pegang barang dan cuba keronyok kan lepas tu menangis ..mungkin dia plan nak keronyokkan untuk jadi benda lain tapi lain yang jadi..agaknya la kan...budak-budak punya imaginasi. 

Apa lagi ye tentang Zahra ni? Hmm dia suka memandang lama pada seseorang lepas tu tersengih-sengih walaupun orang tu tak pandang dia pun ..ishh Zahra ni menakutkan abang je ye? 

Itu je la kot sepanjang 6 bulan usia si Zahra ni. 




3 minggu dah berpisah!

Berpisah seketika adalah sesuatu yang baik untuk sesebuah perhubungan.

Berpisah untuk entry ini adalah merujuk kepada perpisahan sementara kami dengan anak sulong kami, Nadhirah@kakak.


Kakak bersama adik

Nadhirah balik tinggal dengan mak saya @nenek di Terengganu sejak mula cuti sekolah hari tu.

Tak ada sebarang perancangan pun untuk dia tinggal di sana sebabnya tahun ni makcik saya tak kerja, menunggukan rumah dia di Terengganu tu siap, makcik lanjutkan lagi tempoh tinggal di KL ni.

Jadi, Zahra memang di bawah jagaan makcik sepanjang saya bekerja. Umar pun menumpang sekali sejak cuti sekolah ni.

Plan asalnya, sepanjang cuti sekolah ni nak mintak makcik tinggal di rumah saya sepanjang hari saya bekerja, petangnya dia pulang semula ke rumah dia. Tapi bila Nadhirah buat keputusan untuk tinggal sementara di rumah nenek, plan untuk makcik tinggal di rumah saya tidak kesampaian, dia lebih selesa berada di rumah dia.

Nanti bila Nadhirah dah pulang semula ke sini minggu depan, makcik akan tinggal sini waktu siang...rumah dia tu sempit, kalau dah ramai sikit mulalah rasa sangat-sangat sendat..barang-barang perabot lagi, kerenah anak-anak saya yang nakal lagi ..itu makin menyempitkan keadaan.

Bercerita tentang Nadhirah, Sejujurnya saya suka dia tinggal sana time cuti panjang ni..bukannya sebab itu rumah mak saya makanya saya suka la dia tinggal sana eh sebenarnya perasaan tu ada la sikit kan, rumah mak kita mesti la kita suka...tapi lebih daripada itu, kalau dia tinggal sana, boleh la belajar mengaji dengan mak saya. Selain tu, mak saya suka la bagi can pada cucu dia kat dapur untuk masak sesama. Kalau bab-bab menyiang ikan, sotong tu memang kesukaan Nadhirah la. Masak nasi pun dah pandai, potong sayur, goreng telur dadar pun dah boleh, buat cekodok pun boleh. Semuanya akan jadi serba tak pandai bila ada rasa malas, suruh la apa pun semua jawapannya adalah - ' tak pandai la, ma.' 

Tahun lepas cuti sekolah, Nadhirah tinggal di rumah Auntie Transit, Auntie ni mesra dengan panggilan Kak Nah di kalangan ibubapa pelajar yang transit kat situ. Auntie ni memang pandai masak la, lauk pauk kuih muih kek pastri semua boleh sebab menurut kata Nadhirah , auntie masuk kelas masakan. Kalau time cuti sekolah, Nadhirah akan tinggal di rumah dia bukannya di rumah transit yang bersebelahan dengan rumah Auntie ni..jadi kalau tinggal dalam rumah Auntie, memang best la kan..bebas keluar masuk dapur Auntie,lepak-lepak kat dapur sambil menonton TV LED yang besar gedabak kat dapur tu. Auntie ni pun jenis suka buat kerja masak memasak sama-sama dengan anak-anak jagaan dia. Seronok la budak-budak kalau dapat peluang macam tu. 

Berbeza kalau tinggal di rumah mentua saya..kat sana semua akan di layan macam puteri..semuanya disediakan. ..kalau diikutkan, Nadhirah lagi suka tinggal Tampin sebabnya selain di layan baeeekkk punyaaa, keselesaan di Tampin membuatkan dia lagi seronok di Tampin berbanding di Terengganu. Dulu dia selalu cakap best rumah wan kerana tandas kat dalam rumah. Tandas kat rumah mak saya adalah di luar rumah tapi sekarang dah ada dalam rumah dah. 

Kalau di Tampin, semua nak , boleh order je...Wannn, nak air...wannn, laparrrr...pendek kata semua jerit nama Wan kalau nak sesuatu. Kalau dengan mak saya, memang mintak maaf la ye cu..nak air, sila ambik sendiri, tak kuasa dia nak tolong-tolong..lagi pun mak saya ni tak la secergas mak mentua. 

Tapi yang paling best di Tampin adalah masakan mak mentua saya memang superbbb....memang saya akui kalah dengan masakan mak saya.. ini memang tak boleh dinafikan sama sekali la. 

Nadhirah sukakan masakan asam pedas dan masak lemak cili api yang di masak oleh wan...masakan nenek? Masakan Terengganu yang biasa-biasa je la yang nenek biasa masak untuk cucu kesayangan.


Di Terengganu, biasanya Nadhirah memerap kat rumah je pun...selain menolong nenek, mengaji, menonton TV, makan , tidur je la kerjanya...percayalah , mesti berat naik sekurangnya 2kg bila balik sini.

Ada tak sahabat saya yang menghantar anak balik kampung bila cuti sekolah tiba?


Review Novel Ya Maulana|Hana Ilhami


Ada tak yang dah baca novel ni?

Saya dah pun selamat habiskan bacaan novel ni minggu lepas.

Secara ringkasnya, komen saya adalah cerita novel ini sangat BEST!

Padat dengan panduan hidup, nasihat dan pengajaran terutama tentang asas kehidupan seorang muslim&muslimah.

Mula-mula tengok pada tajuk tu macam cerita agama yang tak menarik ..tapi bila mula baca muka surat pertama dah boleh rasa tarikan dan keistimewaan novel ni.

Tahniah la untuk penulis novel ni, Hana Ilhami.

Saya suka dengan nama heroin novel ni, Adra Lyana...kalau jumpa nama ni sebelum bersalinkan Zahra, saya pilih nama ni untuk Zahra.

Ada part-part dalam novel ni yang memberi pengajaran secara peribadi kepada saya . Ada panduan untuk kita membuat sesuatu keputusan, melalui istikaroh dan mesyuarat bukan membabi buta je.

Kalau nak tau apa kisahnya di dalam novel ni, baik beli sekarang, nanti habis , sendiri yang menyesal.

Sinopsis:

Mengisahkan Pulau Sayak yang menjadi tumpuan utama di dalam novel ni, tempat pertemuan Adra dan Iqbal. Di sini la kisahnya bermula.

Ini saya copy paste daripada Karyaseni.
Maulana IqbalDunianya hanya Darul Ulum At-Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.
adra liyana, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skrit masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya.  Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustazGothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.
“Cik Rariru nak jumpa saya?” – maulana Iqbal
 “Ustaz! Kut ya pun tak suka I pakai macam ni, tak perlulah ejek nama I, okey? Nama I Rara, bukan Rariru!” – Adra liyana
“Cik Adra tolong pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Maklumlah, sini tempat budak-budak menghafal Quran. Dan cik kena pakai tudung sekali.” – maulana Iqbal
 Setelah rencana untuk memindahkan Darul Ulum tidak berhasil, Adra nekad untuk mengugut Si Maulana. Rencana jahat mula diatur…
“Tolong I! Dia... dia... cuba buat benda tak baik kepada I...” – Adra liyana
“Allahuakbar! Demi Allah! Saya tak buat kerja terkutuk ni.” – maulana iqbal
“Sama ada Iqbal tinggalkan kampung ni atau dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Iqbal kena kahwin dengan perempuan ni.” – Imam Hussin
p/s:Suspens tak baca sinopsis di atas? bacalah, memang tak rugi..ada part-part romantis antara suami isteri yang tidak keterlaluan, ayat-ayat memikat maulana yang sungguh moden hi hi...


Buffered Earning ke 40 untuk tahun 2013

Banyak jugak sebenarnya blog saya ni menerima BE dari pihak Nuffang untuk tahun 2013 ni tapi sayangnya saya tak mengambil peluang ni untuk up entry dan blogwalking.

Jadinya, jumlah earning yang terkumpul untuk setiap BE cukup untuk bayar parking di Bandar Baru Selayang untuk sejam dua . Alhamdulillah.

Ada blog tu sampai dapat RM70++ untuk satu BE, memang kagum betul saya..harapnya saya dapatlah peluang untuk mencapai tahap tu.

Sekarang ni berblog hanya untuk suka -suka bila ada masa je, tak dapat lagi nak set target macam suatu masa dulu , mesti up 3-5 entry sehari. Apa nak buat, keperluan lain yang lebih penting ada menunggu.

Saya mengucapkan terimakasih kepada Nuffnang kerana setia memilih blog untuk mengurniakan BE.

Kali ni ke 40 ni, BE ada lah dari pihak Pungutan Zakat.




Ni la rupa iklan tu di blog saya ni.

Terima kasih Nuffnang!

Umar Faris dah 7 tahun!


Dah handsome anak bujang sorang ni! ( biasalah mak kan, selalu nampak anak sendiri yang comel, yang handsome):) 





Makin handsome ni makin penakut pulak dah.Naik rimas betul bila buat perangai penakut ni..dia sanggup tinggalkan Zahra sorang-sorang di ruang tamu manakala dia berhimpit-himpit kat dapur dengan saya. Sejak ada iklan cerita Banglo Section 2 di Astro, penakut dia tu jadi makin terlebih pulak. 

Selera makan makin besar.Kalau makan nasi ayam, memang kena 2 pinggan, ayamnya boleh abis 4 ketul yang dipotong 16, ini sekali makan, karang makan lagi...seronok kan tengok anak suka makan badan tetap kerempeng je, mama dia je yang makin mengembang ngembang. 

Dah pandai bersoal jawab, kalau kita larang satu-satu perkara, memang tak sah kalau tak keluar pertanyaan ni: ASAL? ( apasal) 

Kalau kakaknya pulak mesti ada perkataan ni: KENAPA? 

Kita tanya dia, bukannya dia nak jawab tapi dia tanya kita semula..ishh beza benar la dengan saya masa dulu-dulu. Ikut je apa kata mak ayah datuk nenek, tak ada bantahan tak ada pertanyaan surat menyurat apa tah lagi he he lawak la sangat eh. 

Umar ni memang anak manja sebab dia anak bongsu selama 6 tahun sebelum kelahiran Zahra 

Kemanjaan dia ni kadang-kadang menimbulkan rasa jengkel di hati kakak. Selalunya kakak la yang banyak mengalah. Selalunya berebut siaran TV, Umar suka rancangan seperti Ultraman, Ryukendo, SLugterra dan apa-apa je cerita yang sesuai dengan budak lelaki tetapi kakak pulak suka Runningman,Drama-drama gediks ..mereka akan bersatu hati untuk rancangan Lab Rat, OhMyEnglish, Cutipidia, TVIQ. 

Hobi Umar ni adalah main games . Kalau dapat main guna PC lagi la dia suka tapi selalunya dapat main guna tab dalam waktu yang telah ditetapkan. 

Kalau abahnya tak tetapkan waktu, dia boleh jadi sehari suntuk mengadap benda tu, sebab tu la dia tak dibenarkan menyentuh PC kat rumah tu..tau je la PC mana pandai abis bateri macam tab atau handphone, selagi benda tu bernyawa selagi tu la Umar akan mengerjakannya. 

Dulu masa kecik kuat menangis, kuat mengamuk, sekarang ni Alhamdulillah dah tak ada perangai macam tu..eh mengamuk tu ada sikit lagi saki bakinya. 

Cita-cita dia selalu berubah - kalau tengok cerita kepolisan, dia nak jadi polis, kalau tengok cerita Senario Opocot, dia nak jadi Rela...kebanyakkan cita-cita dia adalah yang berbaju uniform..selalunya Askar, Polis dan Juruterbang. 

Semoga Umar akan dapat capai apa yang dicita-citakan, harapan mama dan abah agar Umar menjadi anak yang soleh yang berjaya dunia dan akhirat. 

Banyak harapan yang mama letakkan pada Umar!

Selamat hari jadi anak mama.


Bedung Cotton Flannel|Jualan Penghabisan Stok

Bedung yang bersaiz 1m x 1m ni material daripada cotton flannel yang lembut dan sejuk. kain cotton flannel ni bukan saja sesuai untuk dijadikan kain bedung baby, nak jadikan cadar, sarung bantal pun boleh je,buat baju pun boleh je. 

Bedung yang saya jual ni ada macam-macam corak dan warna. Sesuai untuk baby girl atau pun boy. 

Sekarang ni pilihan dah tak banyak dan saya tak bercadang untuk meneruskan lagi bisnes ni. 

Sebelum-sebelum ni saya jual pada harga RM16 sehelai, sekarang saya jual pada harga RM12 sehelai. 

Rugi ooo kalau tak beli...cuba la tengok kat mana-mana blog jual bedung, memang susah nak jumpa harga semurah ni tapi pada kualiti yang sama macam harga yang dia org jual. 

Kos pos pulak mengikut berat tapi kalau beli banyak helai tu saya akan bagi diskaun..nanti dah confirm beli, saya akan bagi harga yang sepatutnya dibayar kepada saya. 

Jualan ni bukan untuk mengaut keuntungan sangat tapi lebih kepada nak menghabiskan stok dan nak dapat semula duit modal dan seringgit dua keuntungan.

Sebenarnya dah banyak terjual sebelum ni, sekarang ni kiranya memang batch terakhir yang makcik saya sempat jahit la...lepas-lepas ni dia akan balik kampung , sementara menunggu rumah di kampung tu siap, dia mengambil peluang untuk menjadi baby sitter kepada Zahra dulu. 

Eh ada jugak yang bertanya, apa gunanya bedung ni kan? 

Bedung ni boleh membuatkan baby kita tidur dengan lena dan kurang la aksi-aksi terkejut..tau je la baby selalu terperanjat-terperanjat ni, jadi kalau bedung dia akan diam tidur tak bergerak....kadang-kadang bunyi motor kat luar pun boleh buat dia terperanjat teruk sampai menangis-nangis. 

Lagi satu, baby yang berbedung akan sentiasa merasa seperti dalam dakapan ibu je. Kalau baby tidur lena je, kita pun boleh rehat lama sikit terutamanya kalau masih dalam pantang. 

Kalau baby kita tak suka berbedung, tak apa....jangan khuatir, jangan gusar...boleh beli kain bedung ni jadikan selimut baby..macam Zahra, dia memang cepat rimas kalau kita bedung dia...tiap malam kain bedung tu dijadikan selimut dia dan alas tilam dia. 

Kalau nak beli boleh pilih di SINI ye!. 

Call atau sms 017 3416762 

Atau emel rohayayusof73@gmail.com 

40 tahun

Alhamdulillah..Syukur. 


besau muka tuan blog....gembira dan ceria sambut besday sendiri


Siang tadi ketika di pejabat, terasa gatal-gatal kepala. 

Masa kat surau, belek-belek rambut ni. 

Oh rupanya ada uban. 

Bukan sehelai dua tapi 4 helai yang saya nampak, yang tak nampak mungkin banyak helai lagi . 

Uban menandakan usia menuju tua. 

Memang ada yang ubat kerana penyakit, kerana rambut rosak. 

Tapi pada saya ini uban peringatan..


yang membawa maksud saya perlu lebih menjadi baik daripada hari-hari sebelum. 

40 tahun...bukan sehari dua..bukan sebulan dua. 

Kalau nak dikira dosa, tak terhitung rasanya. 

Tapi Allah itu Maha Pengampun. 

Ampuni la dosa-dosaku Ya Allah. 

Syukur dikurniakan kehidupan yang membahagiakan. 

Kesihatan yang baik, suami dan anak-anak yang sihat . 

Rezeki yang sentiasa melimpah ruah. 

Semoga Allah sentiasa memberkati usia kami . 

Kadang-kadang tak tersedar airmata meleleh menangis bila mengingatkan betapa lalainya saya sebelum ini. 

40 tahun usia yang sangat matang dah ni... 

Sendiri tau la apa yang sepatutnya saya perbaiki . 

Syukur kerana masih diberi peluang terus memperbaiki diri. 

Terima kasih Ya Allah! 

Shawl Cantik dan Berkualiti dengan potongan 15%

Kebelakangan ini saya tengok ramai remaja dan wanita yang suka menggayakan shawl. Saya ni belum pandai nak belit-belit Shawl ni, selalunya Nadhirah yang suka gila mencuba pelbagai gaya bertudung menggunakan Shawl.

Tadi jengah ke blog Tudung2u , Ya Allah rasa macam gelap mata kejap sebab banyak pilihan Shawl, Tudung Bawal , Tudung Lycra, Tudung Layer, Anak Tudung, kerongsang pun ada jugak. 

Nadhirah dah terkinja mintak orderkan Shawl ni untuk dia.



Yang ni pun cantik.

Ini baru 2 yang saya tunjukkan, kalau nak tengok leeebiih lagi, boleh ke KLIK SINI

Selain Shawl, Tudung bawal pun ada, saya cukup suka tudung bawal, kalau ke pejabat memang bertudung bawal la saya tiap hari,( kecuali hari tertentu yang mana saya terlambat untuk menggosok)...memang leceh sikit la nak kena gosok tapi selesa untuk dipakai. Kadang-kadang yang tak bestnya mengenai tudung bawal ni adalah susah nak kena masa pakai tang bahagian depan tu, jadi kena pilih kain yang betul-betul elok..kalau lembut sangat pun susah, kalau keras sangat lagi la susah.

Saya rekomen kan tudung bawal di sini sebab ada banyak pilihan..kalau tanya saya, memang saya sukakan Tudung Bawal Kelantan No 1..selalunya kalau balik Terengganu, pergi Pasar Kedai Payang, cari bawal no 1....memang selesa la , senang nak bentuk.



Kebelakangan ni , kalau tak sempat nak gosok tudung bawal, saya rembat je tudung awning, tau je la bila ada baby ni,memang tak menang tangan sikit la kan...jadi jalan mudah, sarung je tudung awning..tak gosok pun tak apa, terletak elok je.





Kalau ada yang berkenan mana-mana tudung di atas atau nak pilih sendiri mengikut halwa nafsu sendiri, KLIK JE SINI..dan buat pilihan.

Khas untuk pembaca blog Kak Aya ni,kalau nak beli tudung kat SINI dengan harga potongan 15%, sila nyatakan kod ini:

                                                                                    AKQ2013 


tapi promosi istimewa ni sah sehingga 30/11/2013 aja tau!


Selamat Bershopping!


1 tarikh 2 peristiwa| 24 November

Setiap tahun sejak 24 tahun lampau, 24 November akan mengingatkan saya kepada 2 insan.

1 insan yang telah pun pergi sejak 24 tahun lalu.

1 insan lagi yang sekarang ni telah pun menjengah usia 32 tahun.

Tarikh ni sangat sinonim dengan perasaan kehilangan kerana yang pergi itu adalah insan yang sangat bererti kepada kami semua.

Ayah...cepatnya masa berlalu, ketika 24 tahun lampau kami 6 beradik masih lagi bergelar kanak-kanak.
24 tahun bukannya masa yang singkat sebenarnya..terlalu panjang sebetulnya.

Ayah dah ada 4 cucu dah pun sekarang ni..menandakan masa begitu pantas berlalu.

Suka duka kami 6 beradik selepas detik 24/11/1989 begitu banyak tak terhitung..airmata banyak menemani kami.

Kini kami meneruskan kehidupan sekali derita kehilangan masih lagi terasa.

Syukur Alhamdulillah kami semua membesar menjadi manusia yang tidak berterusan menyusahkan orang lain.

Terima kasih kepada arwah tok dan arwah tok ayah yang banyak memikul tanggungjawab setelah pemergianmu, Ayah.

Jua buat ibu yang masih setia dengan status ibu tunggal yang banyak berkorban untuk kami.

Untuk adik saya yang menyambut hari lahir yang ke 32 hari ni.didoakan kebahagiaan yang melimpah ruah.



JUALAN SELIMUT TAMPAL/CANTUM SAIZ DOUBLE - SOLD OUT @20/11/013

Saiz: Kalau untuk dijadikan cadar, sesuai untuk katil Queen.
Harga: RM45 sehelai TIDAK termasuk KOS POS
Material : Cotton berkualiti.
*** Kalau nak beli semua 6 helai ni, harga RM43 untuk sehelai TIDAK termasuk KOS POS
Berminat: SMS/Call 017-3416762


DOUBLE 1

DOUBLE 2

DOUBLE 3

DOUBLE 4

DOUBLE 5

DOUBLE 6


JUALAN SELIMUT TAMPAL/CANTUM UNTUK SAIZ SINGLE - SOLD OUT @20/11/13

Saiz :  Kalau nak dijadikan cadar, sesuai untuk katil single.
Harga : RM30 sehelaiTIDAK termasuk kos pos.
Material : Cotton berkualiti tinggi, tidak renyuk untuk cucian mesin.
Berminat :  SMS/Call 017-3416762
*** Kalau nak beli semua 6 helai yang ada di bawah ni, harga RM28 sehelai TIDAK termasuk KOS POS.

SINGLE 1

SINGLE 2

SINGLE 3

SINGLE 4

SINGLE 5

SINGLE 6


ZAHRA: 4 bulan 13 hari



Nama kita Ameerah Zahra, semua orang di sekeliling panggil Zahra je...hari ni genap umur kita  4 bulan 13 hari, semalam kita kena cucuk 3 serangkai, boleh tahan jugak sakitnya kena cucuk ni ye! Menangis-nangis kita dibuatnya..alahai kenapa jadi budak kecik kena cucuk tiap bulan? Kita ni biasanya diam je kalau pergi klinik tapi semalam kita tak sengaja ternangis dengan kuatnya.

Masa tengah syok tidur semalam time tu jugakla kena timbang, terus kita terjaga.terperanjat kita ingatkan untuk apa kena baring kat situ, rupanya nak tau berat kita berapa...timbangan menunjukkan berat kita sekarang dah pun 6.98kg...berat ke kita ni sekarang , eh ramai orang komen peha kita yang macam drumstick tu Harap kita  tidak la jadi obes macam mama kita tu......kita saaaaaaaayang mama!

Panjang kita dah 59cm, masa lahir panjang saya 55cm..kita harap dapat tinggi macam model....hiks hiks..berangan betul kita ni kan? Mama kita tak cukup tinggi, kesian dia asyik kena pakai kasut tinggi  5 inci untuk nampak lebih tinggi.


Kita dengar mama kita cakap pada Dr Ruzini, kita tak pandai meniarap lagi.Dr Ruzini cakap tak apa, tak wajib pun untuk meniarap janji kepala dah boleh tegak...hmm kepala kita memang dah lama boleh tegak pun...mama ni risaukan kita eh? Kita ok je, mama..jangan risau ye mama!

Mama....kita dah besar kan? minum susu original mama , kita jadi tembam..mata kita bulat..mata kita coklat macam mata mama kita jugak.

Ok la...budak kecik mana boleh berblog lama-lama..nak tidur duluu.

Terima kasih achik yang membaca blog mama kita!

Kita saaaayang achik semua, bye bye.


Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan di Pusrawi 2013

Melampau kan dah bersalin 4 bulan lepas, sekarang baru nak update pengalaman bersalin! Bukan tak nak update cuma tak ada masa yang sesuai.

Sekarang dah ada masa, boleh la kita update. DIsebabkan 4 bulan telah berlalu, mesti ada part-part yang terlupa, tertinggal..jadi apa yang ada terpapar di skrin ni adalah yang masih melekat di dinding memori.

Sejujurnya saya tidak menjangkakan saya akan bersalin secara pembedahan sekalipun kedudukan bayi yang terbelit tali pusat diketahui ketika usia kandungan 32 minggu. Saya positif mengatakan akan bersalin secara normal.

Oleh kerana saya tak tau nak buat entry ni sebaiknya, saya hanya mampu meringkaskan seboleh mungkin seperti ini je ye! Sila la jemput baca pada mereka yang berminat hi hi.

1/6/2013 – saya di datangi sakit yang palsu dan saya terpedaya hingga menyebabkan saya terbaring di atas katil di dalam bilik bersalin di Pusrawi. Oleh kerana sebelum ni saya bersalin di Hospital Selayang, kami laki bini kagum gila tengok bilik bersalin di Pusrawi. Kononnya kalau macam ni keadaannya mungkin sakit bersalin tu tak la sesakit pengalaman lampau.

Dah namanya ini sakit palsu, lepas check bukaan , kami terpaksalah tinggalkan bilik cantik tu ..sila balik rumah ye!Sebenarnya bila doktor cakap boleh balik rumah, saya sangat lega kerana belum bersedia pun lagi untuk bersalin.

10/6/2013 – regular check up . Doktor scan dan kedudukan baby pada kedudukan yang cantik, bersedia menunggu masa untuk dilahirkan secara normal, belitan tali pusat longgar, tiada apa yang perlu dirisaukan..

ok doktor, memang saya tak risau..saya sangat positif sekarang, saya akan banyak berjalan 
kaki untuk memudahkan bersalin.

Kami memang rajin berjalan kaki keliling Taman Tasik Titiwangsa, Taman Layang-Layang , Kepong dan FRIM Kepong. Bangga dengan kerajinan diri sendiri hi hi!

Oh ye lupa pulak – doktor ada tanya saya(pada check up 10/6/2013 tu) :

Doktor: nak bersalin hari ni tak? Baby dah cantik benar kedudukannya ni..kalau nak, boleh masukkan ubat hari ni.

Saya : Tak nak la doktor..kalau boleh saya nak biar ianya secara natural…sebenarnya saya takut gila kena induce.

Doktor: Terpulang la…kalau nak tunggu due pun boleh, tak ada masalah .

14/6/2013 – Duduk rumah menunggu kalau-kalau perut ni memulas ke apa…adik perempuan temankan ….teringat pulak peti ais tu kosong je, baik ke pasar jap..selamba je la memandu pergi pasar membeli barang-barang basah di hari due..

15/6/2013 – Kami anak beranak berjalan kaki seperti biasa keliling taman di Taman Tasik Titiwangsa. Kali ni pusingan biar lagi banyak daripada biasa sebab bila dah overdue perasaan tu akan jadi lebih macam-macam. Doa agar cepat bersalin , mudah bersalin memang tak putus-putus.

16/6/2013 – Berjalan di FRIM pulak..memang banyak betul aktiviti berjalan kaki..harap dapat diteruskan selepas-selepas ni ..untuk kesihatan badan.

Malamnya saya dah dapat rasa kelainan perasaan dalaman, perut ada sikit-sikit memulas tapi buat selamba je la, buat-buat tak tau yang diri sedang sakit..biasalah ini kali ke 3, tak adalah secuak 2 kali yang lalu.

17/6/2013 – regular check up. 

Doktor: Belum rasa sakit lagi ke ni? 

Saya: Dah rasa , doktor …sejak malam tadi lagi.

Doktor: Baring dulu, kita check bukaan.

Baring dan redha untuk diperiksa bukaan...doktor pakar yang check memang tak terasa sakit...pandai ek dia psiko kita untuk tidak rasa sakit langsung.

Doktor: Dah 3 cm. ..ok kita scan dulu la tengok keadaan baby macam mana, cantik tak kedudukannya.

Eh eh doktor ni bila dah scan tu, berkerut-kerut pulak dah....cakap la kenapa berkerut-kerut ni..jangan  buat saya takut..

Doktor: Kepala baby tak ada pada kedudukan sepatutnya la….kedudukan kepala di luar , hampir melintang.

Saya: Abis tu macam mana, doktor.

Doktor: Kalau tanya doktor, jawapannya kena Czer…itu la minggu lepas dah cantik duduknya, mama dia yang tak nak induce, takut sakit, katanya…..( doktor membebel ke apa , tak pasti la sebab fokus dah lari)

Suami: Ada apa-apa cara tak untuk betulkan kedudukan baby tu?

Doktor: Oleh kerana rahim sedang terbuka sekarang ni, kita tak nak ambik risiko…emergency czer jalan terbaik sekarang ni.

Suami : Bila nak kena czer tu?

Doktor: Sebelum Zohor hari ni. ( time tu hampir 11.30 pagi)

Selepas itu ini itu ini dengan doktor tentang kos la, isi borang la…zup zap zup zap masuk wad.

Keadaan saya masa tu adalah di peringkat debaran yang cukup menggila. Call mak dengan suara bergetar menahan tangisan..tak tau kenapa perlu menangis, yang pasti saya rasa macam-macam perasaan yang hanya Allah yang tau disaat itu..semua rasa datang bersatu.

Sampai di wad , ambik tekanan darah…hmm zapppp meningkat bacaannya dek kerana terlalu gemuruh dan macam-macam rasa.

Tukar pakaian…lepas tu kena masuk drip untuk air kencing – dengan penuh redha membiarkan diri di cucuk drip …terimakasih la nurse..banyak tolong saya.Tolong coolkan perasaan saya yang menggila ketakutan penuh cuak..iskkk mereka yang pernah laluinya je yang tau.

Lepas tu terus ditolak ke bilik pembedahan. 

Melihatkan wajah suami yang setia menemani, membuatkan perasaan sebak memenuhi ruang dada. 

Kami berpisah di pintu yang mana di dalamnya ada bilik pembedahan.

Saya: Maafkan saya, ye bang.Saya pergi dulu ( syahdu gila time ni)

Suami: Ye la, jangan risau…semoga selamat semuanya.

Nurse: Insyaallah tak ada apa-apa,puan….kejap lagi keluar dengan baby pulak..masuk sorang keluar berdua..

Saya di tolak masuk ke dalam satu tempat. Di situ kena sign borang, di beri penerangan tentang prosedur pembedahan..normal prosedure la kan.

Hampir sejam jugak menunggu kat situ dengan mata terkebil-kebil, lidah basah dengan kalimah Allah ( biasalah time macam tu kalau lupakan Allah, tak tau manusia jenis apa la kan)

Lama menunggu kerana doktor perlu menyambut kelahiran pesakit sebelum saya tadi.

Bila semua dah ready, saya di tolak masuk ke bilik pembedahan.

Perasaan ketika ini, memang sangat abstrak …ha ha abstrak sebab tak tau nak gambarkan macam mana, semuanya bercampur aduk..kemuncak abstrak adalah di saat ini.

Doktor bius masuk dan beri penerangan tentang prosedur bius..hmm comel la doktor ni..lembut je bercakap..semua pandai beli hati pesakit ye...

Pakaian ditanggalkan…eh itu pun nak bagitau ke? Hi hi..ok bab tu sampai takat tu je.

Kena 2 suntikan pada tulang belakang..hmm nyam nyam nyam….jangan tanya la sakit ke tak…

Lepas tu Doktor Asmah masuk..maknanya segalanya akan bermula.

Saya dapat mendengar dengan jelas apa yang mereka di situ berborak....wahh mesra berborak sambil membelah perut ni ...macam tak ada apa-apa yang menakutkan sedang berlaku..saya je yang berdebar-debar sakan.

Kurang setengah jam, terdengar satu suara seperti tangisan tapi agak tersekat-sekat.

Maknanya baby saya dah keluar..susah sikit nak dikeluarkan kerana kedudukan kepala yang hampir melintang dan tali pusat memang terbelit longgar 2 kali di leher. Baby keluar di saat azan Zohor berkumandang.

Saat baby diletakkan atas dada saya untuk menyusu, perasaan abstrak sekali lagi menyerang seluruh jiwa. 

Lepas baby dah menyusu, dah siap jahit semua, saya di tolak keluar..eh sejuk gila sampai menggigil macam Parkinson pulak bila dah selesai semuanya..kali pertama rasa sejuk dan seperti hilang upaya macam tu.

Lama jugak la duduk di bawah selimut panas sebelum ditolak ke wad.

Masuk wad kena puasa…agak tak selesa dengan drip air kencing tu , dengan perut berjahit tu…apa pun semuanya adalah pengalaman terindah di dalam hidup. 

Kelakar bila teringat tang plastik untuk urine tu penuh je tiap kali nurse datang tukarkan, ehh bila masa pulak aku kencing ? terlupa pakai drip tu.

Terima kasih kepada Doktor Asmah Yun dan team di dalam bilik pembedahan pada hari tu, jururawat –jururawat yang sungguh baik dan layanan mereka yang sangat memuaskan hati. 

Itu je la yang mampu saya catatkan.

Ini la si comel yang nakal tu ketika dalam perut mama, doktor cakap baby yang tak reti duduk diam dan kuat melawa bila besar ( konon sebab terbelit tali pusat hi hi).

bulat tak mata saya duhai achik yang sedang menengok rupa saya ni ?