23 March 2013

Dah mula beruniform

Sejak Selasa lepas, saya dah mula mengenakan uniform ke pejabat..uniform untuk ibu-ibu yang perutnya maju ke depan hi hi. 

Tak banyak pun maternity dress/blouse yang saya ada, tak apalah bukan pakai sepanjang tahun pun, untuk 3 bln ni je, itu pun tolak Sabtu Ahad, cuti itu ini, dah tinggal berapa hari je untuk beruniform ni. 

Nanti-nanti kalau rajin saya upload gambar saya beruniform, rendang merimbun je he he. 

Bila dah mula beruniform ni, makin acap kali la kena jawab soalan wajib: 

1. Bila due? 

2. Girl or boy? 

Purata saya kena menjawab dalam 5 kali untuk setiap persoalan tersebut. Soalan tu biasanya dilontarkan bila bertembung di tandas he he..tempat strategik tu! 

Ini berterusan hinggalah saya bersalin...dah cuti bersalin tak ada la sapa nak tanya lagi dah.. 


Saya balik Terengganu sepanjang cuti sekolah seminggu..best sebab nak raikan selera yang sedang mencanak ni namun tetap kena berjaga-jaga jugak. 

Antara yang dah terbayang di mata ni tak lain tak bukan - nasi dagang dan keropok lekor. 

Anak-anak pulak lebih terbayangkan sotong celup tepung, ikan celup tepung dan ABC Special, makan di tepi pantai Telipot, Batu Rakit....wuu huuuu bestnya angin sepoi-sepoi. 

Bawak balik layang-layang sekali. 

Sayangnya, suami tak dapat ikut balik sekali, ada training la pulak :( 


p/s: selamat pulang ke kampung untuk mereka yang bercuti!


No comments:

Post a Comment