Kali pertama terkena...tapi takkan serik

Alkisahnya , saya menolong makcik saya buat bisnes online, jual bedung...makcik saya tak kerja sekarang setelah ofis dia ditutup kerana masalah kewangan...jadi untuk mengisi masa lapang, saya syorkan beliau menjahit bedung baby dan biar saya tolong jual diblog....sehari dia akan jahit 3-5 helai menggunakan mesin jahit antik dia tu....Alhamdulillah banyak jugak yang laku selepas beberapa hari diiklankan diblog ini. Dapatlah untung 2-3 ringgit atas sehelai bedung tu.

Eh panjang pulak mukadimah ceritanya.

Cerita yang nak disampaikan adalah.....dalam banyak kali urusan penghantaran dilakukan ke serata tempat termasuk ke Sarawak, ada 1 kali tu pesanan tidak diterima oleh customer.

Minggu lepas customer dari Putrajaya buat belian sehelai bedung...sehelai atau berapa helai pun kita tetap jual dan pos macam biasa jugak, itu kan rezeki....pagi Isnin pos menggunakan khidmat PosLaju. .Hari Selasa customer check tracking no menggunakan sistem PosLaju menunjukkan catatan oleh pihak PosLaju - barang telah dihantar tetapi penerima tiada di rumah. Peliknya tiada sebarang nota ditinggalkan.

Rabu  - pihak PosLaju membuat penghantaran sekali lagi setelah customer meminta penghantaran kali ke 2. Sehari suntuk customer menunggu. Check sistem sekali lagi , catatan disitu - "Barang telah diterima oleh penerima"

Pagi tadi - customer menghubungi saya memberitahu bedung tidak sampai ke tangannya. Saya menghubungi pihak PosLaju, pihak sana mengesahkan pesanan telah diterima oleh penerima pada jam 1 petang semalam.

Saya menceritakan tentang penerima sebenar masih menunggu pesanan tersebut dan pihak PosLaju Bandar Baru Bangi akan menyiasat perkara ini dan penerima akan dihubungi oleh pihak PosLaju dalam masa 3 hari.

Kalau tengok pada alamat yang saya tulis pada slip tu sama je dengan alamat yang diberikan oleh customer...ntah la saya pun tak pasti kenapa timbul masalah tersalah hantar begini.

Nampaknya saya kena bersedia untuk membuat penghantaran semula bedung yang dibeli oleh customer tersebut, nasib baik la stok baru untuk kod yang sama telah pun siap dijahit hari ni. Dapatlah saya menggantikan semula kepada customer tersebut andainya pihak PosLaju tidak dapat menuntut semula bedung yang telah dihantar kepada penerima yang salah itu.

Itulah, benda-benda macam ni adalah risiko dalam apa jua perniagaan, tak kira kecik atau besar bisnesnya....

Semoga makcik saya bertambah semangat untuk menjahit bedung baby...lepas ni mungkin dia nak jahit bengkung pulak.


2 comments :

Hanis Azla berkata... [Reply to Comments]

Salam kak aya..

dugaan betul ya.. tapi itulah asam garam dalam perniagaan.. semoga terus cekal hati hendaknya..
semoga rezeki makcik kak aya akan terus bertambah2 hendaknya..

undark berkata... [Reply to Comments]

salam kak ;)

mcm cerita saya je ye.. itulah nama nya xde rezeki kita. husband sy pun ckp kalau penerima tu jujur dia akan call no hp sy pd slip poslaju tu kan..nampaknya mmg org tu ambil benda yg bukan hak dia..

anyway, salam perkenalan dari saya..and thanks sbb akak sudi follow up my parcel dan percaya dgn saya sepanjang urusniaga.

Catat Ulasan