Minat makan di Resotran Mamak pulak dah!

Sejujurnya sebelum-sebelum ni saya memang tidak pernah makan di kedai/restoran mamak, beli untuk tapau pun tidak sebab tak biasa. 

Di Terengganu negeri kelahiran saya memang susah nak jumpa kedai mamak ( dulu-dulu la, sekarang saya tak pasti), jadi saya memang tak biasakan diri untuk jejak kaki ke dalam kedai mamak/restoran mamak bila kerja di KL...kat sini kan berlambak-lambak kedai mamak/restoran mamak.

Suami saya dulu suka lepak di kedai mamak tapi bila dah kahwin dengan orang yang tak biasa dengan kedai mamak, dia pun terpaksalah pejam mata dengan kedai mamak ni.

Peliknya....sejak mengandung ni, saya jadi 'suka' la pulak dengan restoran mamak ni...biasanya makan roti canai...sebenarnya saya bukan la penggemar roti canai pun sebelum ni.

Ada satu malam tu, perut rasa pedih sebab lapar, nak kejutkan suami untuk ke kedai rasanya macam kejam pulak dah tengah malam buta, sebenarnya tekak begitu teringinkan roti canai , esoknya pagi-pagi ajak suam dan anak-anak makan roti canai di restoran mamak di Bandar Baru Selayang...legaaa..

Boleh dikatakan agak kerap la makan roti canai sekarang...ishh psikologi orang mengandung ke memang teringin untuk makan? 

Teringat dulu saya tak biasa makan kuey teow, memang tak pernah makan pun tapi bila mengandungkan Nadhirah, saya makan kuey teow hari-hari.

p/s: Ada tak sesapa yang tak suka sesuatu perkara/makanan ketika belum mengandung, bila mengandung jadi suka pulak?



2 comments :

Nurulhuda Abdul Latip berkata... [Reply to Comments]

Hmm, kadang tu perkara biasa kot untuk orang mengandung, awal pregnant haritu saya asik la makan nasi lemak jer,pastu roti canai je, pastu kuetiau goreng dan nasi goreng..
Yang pastinya pregnant kali ni saya suka makan buah dan yogurt yang saya susah nak makan bila tak mengandung.

Rasp berkata... [Reply to Comments]

biasalah tu kan...
mengandung nie kkdg yg tak biasa tu lah yg slalu kita nak....

Catat Ulasan