01 March 2013

Rindu Bila Ditinggalkan

*** Tajuk jiwang la pulok doh!

Saya selalu rindukan anak-anak bila dia orang dah ke sekolah tiap pagi. Suami pula dah keluar ke pejabat. Tinggal saya sendirian. Serius rasa rindu datang dan airmata pasti mengalir.

Belum benar-benar tua pun lagi, saya dah rasa kesepian dan keseorangan.

Duhai hati...inikan perkara biasa, anak -anak akan mula meninggalkan kita bila mereka dah mula sekolah...nanti bila dah masuk U lagi lama berpisah, lepas tu mereka akan kerja, kahwin dan akan mula bina hidup baru...pastilah mereka akan tinggal berasingan...jarang-jarang jumpa.





*** Gambar-gambar dalam bilik hotel di Morib... Umar suka buat macam-macam muka kalau bergambar sekarang ni.

No comments:

Post a Comment