Kembar kah?

Baru je masuk minggu ke 2 memakai maternity dress, saya telah dilontarkan dengan soalan " ni due bulan ni ke?" atau "kembar ke kali ni?" 

aikkk nampaknya tekaan saya sebelum ni silap, mereka yang bertanya kali ni nampaknya lebih advance. 

biasanya soalan "bila due" tapi kini bertukar seolah-olah secara tidak langsung menggambarkan kemajuan perut saya berada di tahap minggu ke 38 dah ( baru je 29 minggu sebenarnya ni!). 


cuba tengok gambar ni....ada kah memang besar ini perut?


Gambar terkini pagi ni....di taman Bandar Baru Selayang

sebenarnya saya sendiri pun kadang-kadang terasa ' besarnya perut akuuuu' 

risau kalau-kalau berat kekal pada tahap 70-77kg seperti sebelum mengandung hari tu..itu berat obesiti, saya tak mau. 

berat ideal untuk saya sekitar 48-50kg je tapi rasa macam mustahil gila nak dapat tahap tu...dapat 60 pun dah cukup berbesar hati. 

apa pun , untuk saat ini, waktu ini, tika ini....saya tak nak fikir tentang perkara itu...nak kurus macam mana pun , perut ni tetap akan membesar hingga sampai waktunya. 

lepas tu , baru fikir apa nak buat. 



Sesekali tayang gambar berdua ..

p/s: takut nak bayangkan keadaan di dalam labour room....



3 comments :

ch@ said... [Reply to Comments]

Huaaa nk due dh? Kjpnya. Kita xpnh due mggu 38 hihii...
Dh tiga due masuk mggu 35, 37 dan 36...
Kita doakn yg terbaik utk akak. Smg dipermudahkan.

Fiza Hanif said... [Reply to Comments]

Ha ah.. besar la kak. Mmg expecting twins ke? Anyway, semoga selamat semuanya :)

Nurulhuda Abdul Latip said... [Reply to Comments]

Memang perut akak besar, member2 saya pun cakap perut saya besar tapi saya rasa biasa je..Saya dah 30 minggu, saya pun seram nak bayangkan situasi kat labour room.

Post a Comment