03 September 2013

Baru

Bulan Baru


Bulan September dah pun...kejap je kan masa bergerak, lagi 3 bulan berakhirlah 2013.




Template Baru



Cantik tak? Simple je kan? Saja je bagi nampak ringkas ..kalau bosan, tukar lagi lepas ni.


Mood Baru


Mood sentiasa bertukar ganti. Ada ketika datang rasa happy, sedih, rajin, malas...selalunya M tu la yang selalu datang menyinggah, yang rajin tu selalunya jarang-jarang singgah.



Banyak sebenarnya entry tertunggak yang diperam dalam Draft..ntah la bila nak publish ..



Hutang kisah Pengalaman Bersalin pun belum publish.



Susah sebenarnya nak uruskan masa bila dah lama tak ada anak kecik tiba-tiba ada anak kecik ( bukan la tiba-tiba pun, 9 bulan duduk kendung dia ke sana sini ..apa la)



Macam malam ni, Zahra tidur awal, dapatlah saya mengadap blog kejap...memang betul-betul kena pandai menyusun atur masa dan jadual bila bertambah ahli keluarga macam sekarang.



Rutin seorang ibu memang tak terhitung banyaknya ( banyak benar bunyinya tu kalau sampai tak terhitung, nampak macam tak betul je tu he he)...tau je la kerja dalam rumah ni mana pernah habis..di campur pulak dengan kerja di pejabat, tambah lagi dengan penat meredah jem , segalanya jadi kelam kabut dan kalau tak ada bantuan dari pihak ketiga , memang boleh rebah terbaring kita dibuatnya.



Semoga malam ni, bila tengok template baru ni semangat baru meruap dalam diri.



Insyaallah.



p/s: giliran Nadhirah pulak untuk menggunakan komputer ni.


2 comments:

  1. amboi...berwajah baru blog kak aya ni =)

    cantikkk....

    ReplyDelete