Buffered Earning ke 2 2013| Fazura Model Ubat Gigi

Nampaknya untuk 2013 ni, saya sangat jarang update entry baru..dan...seperti biasa pasti ada alasan untuk itu kan? Alasan klise saya - tiada mood - ha ha ada orang kisah ke?

Saya selalunya akan on pc untuk check Nuffnang, ini memang satu tabiat...tak ada faedah apa pun, bukannya kalau selalu check Nuffnang ni boleh dapat berderet BE tapi dah tak boleh buat apa dah, mesti nak kena check jugak.

Lepas tu bila dah check langsung tak ada earning, tak ada BE..memang semangat untuk update entry terus hilang...masalahnya memang saya jarang dapat earning pun, jadi apa hal nak bergantung semangat pada duit Nuffnang pulak untuk update entry..itulah namanya ALASAN.

Okey, sempena hari baru di bulan baru ni, saya rasa happy sangat sebab ada satu BE baru.


Nampak tak, dapat 065 sen? Ok la kan, daripada langsung tak dapat...seperti biasa, terimakasih NUFFNANG.

Rupa iklan tu macam ni...(alahai blog orang lain pun ada jugak iklan ni)...tak apalah, saja nak tunjuk jugak..sila la tengok ye..

*** Untung Fazura ni kan, dikurniakan Allah rupa paras yang cantik menawan..berbakat pulak tu.



Rindu Bila Ditinggalkan

*** Tajuk jiwang la pulok doh!

Saya selalu rindukan anak-anak bila dia orang dah ke sekolah tiap pagi. Suami pula dah keluar ke pejabat. Tinggal saya sendirian. Serius rasa rindu datang dan airmata pasti mengalir.

Belum benar-benar tua pun lagi, saya dah rasa kesepian dan keseorangan.

Duhai hati...inikan perkara biasa, anak -anak akan mula meninggalkan kita bila mereka dah mula sekolah...nanti bila dah masuk U lagi lama berpisah, lepas tu mereka akan kerja, kahwin dan akan mula bina hidup baru...pastilah mereka akan tinggal berasingan...jarang-jarang jumpa.





*** Gambar-gambar dalam bilik hotel di Morib... Umar suka buat macam-macam muka kalau bergambar sekarang ni.