Kali pertama terkena...tapi takkan serik

Alkisahnya , saya menolong makcik saya buat bisnes online, jual bedung...makcik saya tak kerja sekarang setelah ofis dia ditutup kerana masalah kewangan...jadi untuk mengisi masa lapang, saya syorkan beliau menjahit bedung baby dan biar saya tolong jual diblog....sehari dia akan jahit 3-5 helai menggunakan mesin jahit antik dia tu....Alhamdulillah banyak jugak yang laku selepas beberapa hari diiklankan diblog ini. Dapatlah untung 2-3 ringgit atas sehelai bedung tu.

Eh panjang pulak mukadimah ceritanya.

Cerita yang nak disampaikan adalah.....dalam banyak kali urusan penghantaran dilakukan ke serata tempat termasuk ke Sarawak, ada 1 kali tu pesanan tidak diterima oleh customer.

Minggu lepas customer dari Putrajaya buat belian sehelai bedung...sehelai atau berapa helai pun kita tetap jual dan pos macam biasa jugak, itu kan rezeki....pagi Isnin pos menggunakan khidmat PosLaju. .Hari Selasa customer check tracking no menggunakan sistem PosLaju menunjukkan catatan oleh pihak PosLaju - barang telah dihantar tetapi penerima tiada di rumah. Peliknya tiada sebarang nota ditinggalkan.

Rabu  - pihak PosLaju membuat penghantaran sekali lagi setelah customer meminta penghantaran kali ke 2. Sehari suntuk customer menunggu. Check sistem sekali lagi , catatan disitu - "Barang telah diterima oleh penerima"

Pagi tadi - customer menghubungi saya memberitahu bedung tidak sampai ke tangannya. Saya menghubungi pihak PosLaju, pihak sana mengesahkan pesanan telah diterima oleh penerima pada jam 1 petang semalam.

Saya menceritakan tentang penerima sebenar masih menunggu pesanan tersebut dan pihak PosLaju Bandar Baru Bangi akan menyiasat perkara ini dan penerima akan dihubungi oleh pihak PosLaju dalam masa 3 hari.

Kalau tengok pada alamat yang saya tulis pada slip tu sama je dengan alamat yang diberikan oleh customer...ntah la saya pun tak pasti kenapa timbul masalah tersalah hantar begini.

Nampaknya saya kena bersedia untuk membuat penghantaran semula bedung yang dibeli oleh customer tersebut, nasib baik la stok baru untuk kod yang sama telah pun siap dijahit hari ni. Dapatlah saya menggantikan semula kepada customer tersebut andainya pihak PosLaju tidak dapat menuntut semula bedung yang telah dihantar kepada penerima yang salah itu.

Itulah, benda-benda macam ni adalah risiko dalam apa jua perniagaan, tak kira kecik atau besar bisnesnya....

Semoga makcik saya bertambah semangat untuk menjahit bedung baby...lepas ni mungkin dia nak jahit bengkung pulak.


Minat makan di Resotran Mamak pulak dah!

Sejujurnya sebelum-sebelum ni saya memang tidak pernah makan di kedai/restoran mamak, beli untuk tapau pun tidak sebab tak biasa. 

Di Terengganu negeri kelahiran saya memang susah nak jumpa kedai mamak ( dulu-dulu la, sekarang saya tak pasti), jadi saya memang tak biasakan diri untuk jejak kaki ke dalam kedai mamak/restoran mamak bila kerja di KL...kat sini kan berlambak-lambak kedai mamak/restoran mamak.

Suami saya dulu suka lepak di kedai mamak tapi bila dah kahwin dengan orang yang tak biasa dengan kedai mamak, dia pun terpaksalah pejam mata dengan kedai mamak ni.

Peliknya....sejak mengandung ni, saya jadi 'suka' la pulak dengan restoran mamak ni...biasanya makan roti canai...sebenarnya saya bukan la penggemar roti canai pun sebelum ni.

Ada satu malam tu, perut rasa pedih sebab lapar, nak kejutkan suami untuk ke kedai rasanya macam kejam pulak dah tengah malam buta, sebenarnya tekak begitu teringinkan roti canai , esoknya pagi-pagi ajak suam dan anak-anak makan roti canai di restoran mamak di Bandar Baru Selayang...legaaa..

Boleh dikatakan agak kerap la makan roti canai sekarang...ishh psikologi orang mengandung ke memang teringin untuk makan? 

Teringat dulu saya tak biasa makan kuey teow, memang tak pernah makan pun tapi bila mengandungkan Nadhirah, saya makan kuey teow hari-hari.

p/s: Ada tak sesapa yang tak suka sesuatu perkara/makanan ketika belum mengandung, bila mengandung jadi suka pulak?