24 March 2013

PROMOSI BISNES: BLOGSHOP SAYA!

Lama sungguh blogshop saya ni terbiar begitu je...rasanya macam dah 1 tahun lebih...sebabnya biasalah saya ni jenis apa benda yang bukan kepentingan utama mesti lakukan ikut mood:( 

Tak bagus , ok? Jangan la sesapa tergamak ikut peel saya ni, buruk padahnya!

Ok, secara ringkasnya, di blogshop saya ni cuma ada beberapa produk je.

1. Bedung bayi - ni bisnes makcik saya.

2. Set Bersalin NR - ni bisnes bersama kawan.

3. Karipap frozen & Tart Nenas - ni kawan punya bisnes.

Tak kisah sapa punya bisnes, sebarang pertanyaan atau pesanan, boleh sms saya je: 017-3416762

Boleh KLIK SINI untuk view blogshop saya!


Majalah Anis April 2013|Kehebatan Surah An-Nur


Baru je beli tadi ....kebelakangan ini saya membeli majalah ini setiap bulan..bila usia makin bertambah, kematangan kian bercambah, kita makin menilai bahan bacaan kita setiap hari.

Saya terasa sangat kurang ilmu@jahil dalam banyak perkara...salah satunya bila membaca sepintas lalu ketika di kedai buku tadi tentang Surah An-Nur  - fokus utama di dalam majalah Anis bulan ini, saya seperti berkata sendiri "ohhh! aku tak tau pun semua ni!" dan bukan takat perkara ini je yang saya tak tau, banyak sangat lagi.

Apa pun proses pembelajaran sentiasa berlaku setiap masa, formal atau tidak formal...terpulang kepada kita untuk memproses ilmu itu menjadi bermanfaat atau sebaliknya.

Selamat Membaca di hujung minggu untuk sahabat semua!

P/s: Apakah jenis bahan bacaan sahabat semua?


23 March 2013

Dah mula beruniform

Sejak Selasa lepas, saya dah mula mengenakan uniform ke pejabat..uniform untuk ibu-ibu yang perutnya maju ke depan hi hi. 

Tak banyak pun maternity dress/blouse yang saya ada, tak apalah bukan pakai sepanjang tahun pun, untuk 3 bln ni je, itu pun tolak Sabtu Ahad, cuti itu ini, dah tinggal berapa hari je untuk beruniform ni. 

Nanti-nanti kalau rajin saya upload gambar saya beruniform, rendang merimbun je he he. 

Bila dah mula beruniform ni, makin acap kali la kena jawab soalan wajib: 

1. Bila due? 

2. Girl or boy? 

Purata saya kena menjawab dalam 5 kali untuk setiap persoalan tersebut. Soalan tu biasanya dilontarkan bila bertembung di tandas he he..tempat strategik tu! 

Ini berterusan hinggalah saya bersalin...dah cuti bersalin tak ada la sapa nak tanya lagi dah.. 


Saya balik Terengganu sepanjang cuti sekolah seminggu..best sebab nak raikan selera yang sedang mencanak ni namun tetap kena berjaga-jaga jugak. 

Antara yang dah terbayang di mata ni tak lain tak bukan - nasi dagang dan keropok lekor. 

Anak-anak pulak lebih terbayangkan sotong celup tepung, ikan celup tepung dan ABC Special, makan di tepi pantai Telipot, Batu Rakit....wuu huuuu bestnya angin sepoi-sepoi. 

Bawak balik layang-layang sekali. 

Sayangnya, suami tak dapat ikut balik sekali, ada training la pulak :( 


p/s: selamat pulang ke kampung untuk mereka yang bercuti!


18 March 2013

Minggu ke 27 Kehamilanku

Hari ni seperti biasa ada check up bulanan di Poliklinik Selayang Baru.

Berat  = 77.3kg (bulan lepas 76.4kg, hampir 1kg naiknya!)

HB= 11.4

Yang tak best sikit hari ni, bila ukuran tinggi rahim dibuat, tidak sepadan dengan jumlah minggu kandungan.

Jumlah minggu = 27 

Ukuran tinggi rahim = 29cm.

Aduhhh bila ditanya kepada nurse, apakah sebabnya? Dia cakap tak tau.

Tapi pesanannya jangan risau, takut jadi darah tinggi pulak.

Memang la risau bila dia cakap kalau lebih sikit lagi kena refer pada doktor, bila ditanya lebih, dia cakap tak tau pulak.


Tak apa, jap lagi kita tanya Dr Google.



Gambar perut buncit saya....

15 March 2013

No entry !

Maksudnya no entry tu adalah saya malas nak buat entry ...

Keletihan dan kemalasan sentiasa datang tiada perginya.

Nak on pc pun rasa macam satu kerja yang susah gila.

Jadi bila nampak Nadhirah on pc dan guna FB, mama pun ambik kesempatan.

Tayang gambar sekeping sebagai menandakan tuan blog masih lagi sayangkan pembaca blog ini.

*** Gambar dipagi hari nan dingin di puncak Kota Keriangan Feb lepas.


11 March 2013

Perut mengeras!

Tak tau kerana salah makan atau memang ini dinamakan false alarm, perut saya mengeras dalam tempoh yang agak lama dan rasa memulas-mulas.

Kebetulan saya makan pedas masa makan malam dan selepas tu terasa perut mengeras-ngeras...sampai berpeluh jugak la.

Oleh kerana mengandung kali ke 3, saya agak cool walaupun sedikit cuak.

Selepas beberapa jam, akhirnya rasa itu hilang dan kembali normah...fuhhhhh legaa...

Sempat la google tentang perkara ni untuk mengusir rasa cuak yang datang.




10 March 2013

DSYR Pre Launch| Buffered Earning ke 4 2014

Alhamdulillah ada 1 lagi BE melekat pada blog ni untuk March ini...rezeki yang tidak disangka-sangka kerana saya rasa blog ni tidak la meriah BE macam sesetengah blog lain, maklumlah tuan blog ni update entry ikut mood.

Kali ni BE daripada DSYR Pre Launch pulak yang mengambil tempat dan ruang di blog ini.

Terima kasih untuk NUFFNANG!





p/s: sejak malam tadi , baby ni extra aktif je bergerak...suspens pulak rasanya!


07 March 2013

Kali pertama terkena...tapi takkan serik

Alkisahnya , saya menolong makcik saya buat bisnes online, jual bedung...makcik saya tak kerja sekarang setelah ofis dia ditutup kerana masalah kewangan...jadi untuk mengisi masa lapang, saya syorkan beliau menjahit bedung baby dan biar saya tolong jual diblog....sehari dia akan jahit 3-5 helai menggunakan mesin jahit antik dia tu....Alhamdulillah banyak jugak yang laku selepas beberapa hari diiklankan diblog ini. Dapatlah untung 2-3 ringgit atas sehelai bedung tu.

Eh panjang pulak mukadimah ceritanya.

Cerita yang nak disampaikan adalah.....dalam banyak kali urusan penghantaran dilakukan ke serata tempat termasuk ke Sarawak, ada 1 kali tu pesanan tidak diterima oleh customer.

Minggu lepas customer dari Putrajaya buat belian sehelai bedung...sehelai atau berapa helai pun kita tetap jual dan pos macam biasa jugak, itu kan rezeki....pagi Isnin pos menggunakan khidmat PosLaju. .Hari Selasa customer check tracking no menggunakan sistem PosLaju menunjukkan catatan oleh pihak PosLaju - barang telah dihantar tetapi penerima tiada di rumah. Peliknya tiada sebarang nota ditinggalkan.

Rabu  - pihak PosLaju membuat penghantaran sekali lagi setelah customer meminta penghantaran kali ke 2. Sehari suntuk customer menunggu. Check sistem sekali lagi , catatan disitu - "Barang telah diterima oleh penerima"

Pagi tadi - customer menghubungi saya memberitahu bedung tidak sampai ke tangannya. Saya menghubungi pihak PosLaju, pihak sana mengesahkan pesanan telah diterima oleh penerima pada jam 1 petang semalam.

Saya menceritakan tentang penerima sebenar masih menunggu pesanan tersebut dan pihak PosLaju Bandar Baru Bangi akan menyiasat perkara ini dan penerima akan dihubungi oleh pihak PosLaju dalam masa 3 hari.

Kalau tengok pada alamat yang saya tulis pada slip tu sama je dengan alamat yang diberikan oleh customer...ntah la saya pun tak pasti kenapa timbul masalah tersalah hantar begini.

Nampaknya saya kena bersedia untuk membuat penghantaran semula bedung yang dibeli oleh customer tersebut, nasib baik la stok baru untuk kod yang sama telah pun siap dijahit hari ni. Dapatlah saya menggantikan semula kepada customer tersebut andainya pihak PosLaju tidak dapat menuntut semula bedung yang telah dihantar kepada penerima yang salah itu.

Itulah, benda-benda macam ni adalah risiko dalam apa jua perniagaan, tak kira kecik atau besar bisnesnya....

Semoga makcik saya bertambah semangat untuk menjahit bedung baby...lepas ni mungkin dia nak jahit bengkung pulak.

Minat makan di Resotran Mamak pulak dah!

Sejujurnya sebelum-sebelum ni saya memang tidak pernah makan di kedai/restoran mamak, beli untuk tapau pun tidak sebab tak biasa. 

Di Terengganu negeri kelahiran saya memang susah nak jumpa kedai mamak ( dulu-dulu la, sekarang saya tak pasti), jadi saya memang tak biasakan diri untuk jejak kaki ke dalam kedai mamak/restoran mamak bila kerja di KL...kat sini kan berlambak-lambak kedai mamak/restoran mamak.

Suami saya dulu suka lepak di kedai mamak tapi bila dah kahwin dengan orang yang tak biasa dengan kedai mamak, dia pun terpaksalah pejam mata dengan kedai mamak ni.

Peliknya....sejak mengandung ni, saya jadi 'suka' la pulak dengan restoran mamak ni...biasanya makan roti canai...sebenarnya saya bukan la penggemar roti canai pun sebelum ni.

Ada satu malam tu, perut rasa pedih sebab lapar, nak kejutkan suami untuk ke kedai rasanya macam kejam pulak dah tengah malam buta, sebenarnya tekak begitu teringinkan roti canai , esoknya pagi-pagi ajak suam dan anak-anak makan roti canai di restoran mamak di Bandar Baru Selayang...legaaa..

Boleh dikatakan agak kerap la makan roti canai sekarang...ishh psikologi orang mengandung ke memang teringin untuk makan? 

Teringat dulu saya tak biasa makan kuey teow, memang tak pernah makan pun tapi bila mengandungkan Nadhirah, saya makan kuey teow hari-hari.

p/s: Ada tak sesapa yang tak suka sesuatu perkara/makanan ketika belum mengandung, bila mengandung jadi suka pulak?


06 March 2013

Buffered Earning ke 3 2013

Alhamdulillah, minggu ni dapat 1 lagi BE dari Nuffnang.


Tunggu-tunggu iklan Huggies ni keluar di blog saya tetapi tak muncul-muncul, jadi tak dapat la nak tempek kat sini.

Oleh kerana tak ada gambar lain nak ditempek, jom tengok si muka sembab lagi sekali..



*** saya suka bergambar mengandung kali ni, baby girl ke kalau macam tu?

05 March 2013

UPDATE 4/3/2013 : BEDUNG COTTON FLANNEL UNTUK DIJUAL

Koleksi bedung cotton flannel bercorak menarik untuk dijual.

Harga RM14 sehelai tidak termasuk kos pos.

Saiz : Anggaran 1m x 1m

Stok adalah terhad.

Berminat untuk membeli, sila sms /call 017-3416762, emel rohayayusof73@gmail.com


UPDATE UNTUK 4/3/2013 - JUMLAH STOK YANG MASIH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA! CEPAT SEBELUM KEHABISAN STOK!!



Kod 1 - 4/3/2013 - 2 HELAI


Kod 2 - 4/3/2013 - 2 HELAI




Kod 3 - 4/3/2013 - 2 HELAI


Kod 4 (tanahnya light pink) - 4/3/2013 1 HELAI


kod 5 - 4/3/2013 - 2 HELAI

kod 6 - 4/3/2013 - 2 HELAI

kod 7 - 4/3/2013 - 1 HELAI

kod 8 - 4/3/2013 - 2 HELAI

kod 9 - 4/3/2013 - 1 HELAI


kod 10 - 4/3/2013 - 2 HELAI


kod 11 - 4/3/2013 - 3 HELAI


kod 12 - 4/3/2013 - 4 HELAI

kod 13 - 4/3/2013 - 2 HELAI

Kod 14 - 4/3/2013 - 3 HELAI



Kod 15 - 4/3/2013 - OUT OF STOCK



kod 16 - 4/3/2013 - 1 HELAI


Kod 17-4/3/2013 - 2 HELAI

04 March 2013

MINGGU KE 25 KEHAMILANKU

Hari pertama kerja untuk March ...hari pertama kerja selepas seminggu MC ...sekarang ni pagi-pagi saya dah mula berpeluh...tahap berpeluh macam baru lepas jogging berpuluh kali pusing stadium...Nadhirah selalu komplen, "muka mama ni banjir peluh setiap masa!"

Duhai anak, ini la setiap ibu perlu lalui tiap kali mengandung ,tau..

Selain berpeluh, saya memang cepat lapar, celik mata je kalau boleh terus nak makan..mengalahkan Umar pulak dah.

Sampai ofis je memang terus tuju ke Foodcourt, tapau apa yang patut baru melenggang naik ke atas.

Kalau tidur malam pulak, memang sudah mula terasa ketidakselesaannya...nak mengiring susah, nak melentang susah..haishhh 15 minggu lagi ni! Sabarlah duhai hati.

Dulu masa mengandungkan Nadhirah, tiap malam sebelum tidur saya mesti mandi...walaupun mak dan nenek melarang saya mandi malam kerana dikhuatiri akan ketuban darah ketika nak bersalin, memang saya buat dek je dengan larangan mereka..yang saya tau mesti kena mandi sebelum tidur .(ternyata larangan itu menjadi kenyataan, sungguh saya serik!)

Mengandungkan Umar memang saya lebih mendengar kata....kata orang " belajar dari pengalaman" jadi tak nak ulang lagi kesilapan lalu..panas macam mana sekali pun saya tak akan mandi malam.

Mengandung kali ketiga ni, saya tak mandi malam...walaupun rasa seperti sedang dibakar, saya tak akan mandi malam...pandai-pandailah cari jalan untuk sejukkan badan.

Sehingga sekarang saya belum beli sebarang kelengkapan untuk baby dan juga untuk berpantang..semuanya tunggu selepas kandungan mencecah 7 bulan.

Minggu lepas ada ke Butik Anakku, sekadar belek-belek dan keluar semula..selagi tak tau jantina, rasa macam tak reti nak membeli..

Lagi satu, perasaan nak tidur makin kerap datang beraja...kalau boleh setiap kali lepas makan nak lelapkan mata tapi apakan daya....kalau di pejabat mana mungkin boleh sesuka hati untuk lelapkan mata..tapiii ada waktunya , masa untuk tidur memang banyak tapi mata ni pulak yang tak nak lelap...macam-macam yang datang mengganggu fikiran....hmm sabar je la ..


Sekian , entry hari ni..


03 March 2013

D' Arab Cafe | Sedap nasi arabnya!

Sebenarnya ni kali pertama saya makan nasi arab !.Kesiann kan?

Bila tengah mengandung macam ni, memang patut kita request nak makan apa je sebab permintaan kita tu biasanya sentiasa diutamakan..cuba kalau tak mengandung, permintaan tu akan sentiasa di KIVkan (:

Restoran ni di terletak di Jalan Duta, berhampiran dengan Matrade , Pejabat Kerajaan dan juga Masjid Wilayah.

Tak ambil gambar sangat pun sebab kami memang pergi di dalam keadaan yang hampir kebuluran he he...jadi sampai je makanan terus makan dengan senyap. Malam-malam tak ramai orang, kalau siang, penuh dengan pelanggan ( ini suami saya la yang cakap sebab dia baru je datang waktu siang beberapa sebelum ni).

Dek kerana ketamakan, semua order sepinggan sorang...sekali datang, mak aiii banyaknya...tapi yang peliknya saya dapat habiskan semua tu sedangkan lagi 3 orang ni makan separuh je..eh ok la kan, saya makan berdua he he.

Sepinggan harganya Rm15....puas hati la sebab bila tapau dan panaskan semula boleh makan untuk 4 orang lagi..kiranya macam 2 kali makan la untuk satu keluarga kecil kami.



Orang yang membayornya.

Ini hidangan untuk saya...selamat masuk perut semuanya..

02 March 2013

Roti Bakar Air Tangan Anak Dara Saya

Memahami masalah mama yang perlu banyak berehat, Nadhirah dengan rela hati menawarkan diri untuk menyediakan roti bakar untuk kami bertiga yang asyik lapar je. *** Abahnya dah kenyang):

Kali pertama dia sediakan roti bakar dan katanya - "lebih senang daripada makan kacang la, Ma".

"Ok , kalau macam tu boleh sediakan untuk adik dan abah bila mama kat hospital untuk bersalin nanti"


***Bahagia kan bila kita melihat telatah anak-anak yang sedang membesar.

01 March 2013

Buffered Earning ke 2 2013| Fazura Model Ubat Gigi

Nampaknya untuk 2013 ni, saya sangat jarang update entry baru..dan...seperti biasa pasti ada alasan untuk itu kan? Alasan klise saya - tiada mood - ha ha ada orang kisah ke?

Saya selalunya akan on pc untuk check Nuffnang, ini memang satu tabiat...tak ada faedah apa pun, bukannya kalau selalu check Nuffnang ni boleh dapat berderet BE tapi dah tak boleh buat apa dah, mesti nak kena check jugak.

Lepas tu bila dah check langsung tak ada earning, tak ada BE..memang semangat untuk update entry terus hilang...masalahnya memang saya jarang dapat earning pun, jadi apa hal nak bergantung semangat pada duit Nuffnang pulak untuk update entry..itulah namanya ALASAN.

Okey, sempena hari baru di bulan baru ni, saya rasa happy sangat sebab ada satu BE baru.


Nampak tak, dapat 065 sen? Ok la kan, daripada langsung tak dapat...seperti biasa, terimakasih NUFFNANG.

Rupa iklan tu macam ni...(alahai blog orang lain pun ada jugak iklan ni)...tak apalah, saja nak tunjuk jugak..sila la tengok ye..

*** Untung Fazura ni kan, dikurniakan Allah rupa paras yang cantik menawan..berbakat pulak tu.


Rindu Bila Ditinggalkan

*** Tajuk jiwang la pulok doh!

Saya selalu rindukan anak-anak bila dia orang dah ke sekolah tiap pagi. Suami pula dah keluar ke pejabat. Tinggal saya sendirian. Serius rasa rindu datang dan airmata pasti mengalir.

Belum benar-benar tua pun lagi, saya dah rasa kesepian dan keseorangan.

Duhai hati...inikan perkara biasa, anak -anak akan mula meninggalkan kita bila mereka dah mula sekolah...nanti bila dah masuk U lagi lama berpisah, lepas tu mereka akan kerja, kahwin dan akan mula bina hidup baru...pastilah mereka akan tinggal berasingan...jarang-jarang jumpa.





*** Gambar-gambar dalam bilik hotel di Morib... Umar suka buat macam-macam muka kalau bergambar sekarang ni.