Minggu ke 27 Kehamilanku

Hari ni seperti biasa ada check up bulanan di Poliklinik Selayang Baru.

Berat  = 77.3kg (bulan lepas 76.4kg, hampir 1kg naiknya!)

HB= 11.4

Yang tak best sikit hari ni, bila ukuran tinggi rahim dibuat, tidak sepadan dengan jumlah minggu kandungan.

Jumlah minggu = 27 

Ukuran tinggi rahim = 29cm.

Aduhhh bila ditanya kepada nurse, apakah sebabnya? Dia cakap tak tau.

Tapi pesanannya jangan risau, takut jadi darah tinggi pulak.

Memang la risau bila dia cakap kalau lebih sikit lagi kena refer pada doktor, bila ditanya lebih, dia cakap tak tau pulak.


Tak apa, jap lagi kita tanya Dr Google.



Gambar perut buncit saya....