Alexa Ranking Blog Jendelahidup.com|Kedudukan kian merosot

Dah lama tak ambik pot bab-bab kedudukan blog saya ni....hari ni tergerak hati nak check.

Hmmm makin jatuh tercorot nampaknya...tak apalah, komitmen pada blog ni kian lemah, memang patutlah kalau macam ni kedudukannya.







Nanti kita check lagi kedudukan blog ini sebulan dari sekarang...

Sekadar untuk rekod sendiri je.




Kembar kah?

Baru je masuk minggu ke 2 memakai maternity dress, saya telah dilontarkan dengan soalan " ni due bulan ni ke?" atau "kembar ke kali ni?" 

aikkk nampaknya tekaan saya sebelum ni silap, mereka yang bertanya kali ni nampaknya lebih advance. 

biasanya soalan "bila due" tapi kini bertukar seolah-olah secara tidak langsung menggambarkan kemajuan perut saya berada di tahap minggu ke 38 dah ( baru je 29 minggu sebenarnya ni!). 


cuba tengok gambar ni....ada kah memang besar ini perut?


Gambar terkini pagi ni....di taman Bandar Baru Selayang

sebenarnya saya sendiri pun kadang-kadang terasa ' besarnya perut akuuuu' 

risau kalau-kalau berat kekal pada tahap 70-77kg seperti sebelum mengandung hari tu..itu berat obesiti, saya tak mau. 

berat ideal untuk saya sekitar 48-50kg je tapi rasa macam mustahil gila nak dapat tahap tu...dapat 60 pun dah cukup berbesar hati. 

apa pun , untuk saat ini, waktu ini, tika ini....saya tak nak fikir tentang perkara itu...nak kurus macam mana pun , perut ni tetap akan membesar hingga sampai waktunya. 

lepas tu , baru fikir apa nak buat. 



Sesekali tayang gambar berdua ..

p/s: takut nak bayangkan keadaan di dalam labour room....