Pekena Mee Mamak di Restoran Al Bidayah Bandar Baru Selayang

Kalau dah kemaruk nak makan di restoran mamak, sorang-sorang pun jadi.

Ke klinik jap tadi, berdekatan dengan restoran ni....lepas check up, terus masuk restoran dan order mee mamak.

Kali ke 2 makan menu yang sama dan di tempat yang sama dalam masa kurang seminggu.

Tak tau la lepas bersalin nanti, selera saya masih boleh menerima makanan mamak atau kembali seperti asal..

Kita tengok je la macam mana nanti.


Minggu depan cadangnya nak makan maggie goreng di restoran ni!



Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera| Atasi Sembelit Ketika Pantang

Sembelit memang menyakitkan..kalau sampai berdarah tu lagi la sakit..sembelit ni kalau dibiar-biarkan akan melarat kepada masalah buasir.....saya kerap mengalami masalah sembelit ketika belum hamil, maksudnya ketika hari-hari biasa , diluar waktu mengandung...Alhamdulillah ketika mengandung masalah tu tidaklah ketara, kadang-kadang saja itu pun bukan pada tahap yang kritikal.

Seorang sahabat memperkenalkan produk VegiVera ni kepada saya untuk dicuba ketika berpantang nanti andainya saya kembali menghadapi masalah sembelit. Sahabat saya ni memang menghadapi masalah ni ketika berpantang tempoh hari.


Selepas beliau mula mengamalkan produk ni secara konsisten, Alhamdulillah ianya memberikan hasil yang sangat baik dalam ertikata yang mudah, masalah sembelit beliau dapat di atasi.




Sedikit info tentang produk ni:

1. Ianya adalah minuman kesihatan 
2. Bernutrisi tinggi yang memberikan simpanan vitamin, mineral , klorofil dan enzim penting .
3. Bertindak sebagai penyahtoksin
4. Juga mengandungi flavanoid, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan mineral penting seperti besi, kalsium  dan magnesium


Kalau nak tau lebih lanjut tentang produk ni, boleh email kepada sahabat saya, Tini.

tinicraft@gmail.com / 019-2184151.




Baru siap dijahit|Bedung Baby

Ni adalah stok terbaru yang siap dijahit oleh makcik saya.

Dia dah pun stop dulu kerja-kerja menjahit ni kerana mendapat tawaran menjadi guru tadika untuk sementara di tadika kepunyaan seorang saudara terdekat.

Kalau ada yang berminat nak membeli, boleh email rohayayusof73@gmail.com

SMS 017-3416762.