Si Comel kami yang ke 3.

Fuhhh lama gila tak update blog...rasanya macam berzaman lamanya..nasib la bukan blogger popular macam orang lain tu...kalau tidak mau kena boikot sebab lama tak update cerita hih hih..

Hampir 3 bulan tak jenguk blog ni, bukan takat bersawang dah , pendek kata segala mak nenek sampah sarap pun ada ni.

Terus pada niat asal hari ni, nak bagitau kot-kot la ada yang nak tau walaupun tak ada sapa pun tanya..

Saya dah pun tamat tempoh berpantang ..sebelum ni sepanjang tempoh berpantang memang malas gila nak on pc.

Ini la gambar si comel kami..
Beberapa jam selepas dilahirkan, berat 2.92kg

Gambar hari ni, 4.3 kg.

Kami sepakat menamakan si comel ni dengan nama Ameerah Zahra (Ketua Puteri yang paling cantik dan berseri). Dilahirkan pada 17/6/2013 secara pembedahan. Akan saya catatkan pengalaman bersalinkan Zahra pada ketika yang lain.

Ntah ada orang baca ke tidak agaknya entry saya sekarang ni..maklumlah asalnya memang la dah sejuk beku, bila lama menghilang terus cair tak dapat di kesan dari ingatan.

Tak apalah, semoga blog ini akan menjadi rujukan saya dan keluarga di masa akan datang, di kala rambut menjunjung uban dan gigi tiada sebatang.

Selamat Berpuasa .