Zahra: 2 Bulan Sudah!

Semua masih dalam mood raya kan? Semua entry raya yang terpapar di blog sesapa je...saya tak ada cerita raya sebab raya saya biasa-biasa dan tak ada gambar pun...malas nak buat entry raya jadinya. 

Sebelum tu nak ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kot ada salah silap sepanjang bersiaran sebagai blogger.

Buat entry mengenai anak-anak je la , itu je pun modal yang ada.

Kali ni entry tentang Zahra, confirm la tentang Zahra yang banyak sebab dia orang baru , kan.

Khamis lepas bawak Zahra cucuk 2 bulan. Berat dia dah naik 5kg...peha dah jadi macam peha ayam dah..

Zahra dah pandai senyum dan gelak bila kita agah-agah dia.

Dia dah pandai sembang cara dia.

Dah pandai tidur dalam buaian.

Dah pandai menangis bila sedar dia ditinggalkan.

*** hari ni hari pertama ditinggalkan bersama Ucu ( nenek saudara Zahra) yang akan menjaganya sepanjang saya keluar kerja.