19 September 2013

EDISI TAYANG GAMBAR SENDIRI

Ini adalah gambar  syok sendiri yang pertama ditayangkan  di blog semenjak lepas bersalin. Sebelum ni asyik dengan gambar perut ke depan je kan? Ntah bila saya dapat merasa nikmat berbadan kurus dengan berat ideal.

Apa pun bersyukur kerana mampu turunkan sikit berat badan berbanding sebelum mengandung hari tu.

Ini adalah gambar di hari raya pertama baru-baru ni..pilih-pilih gambar yang ada, nampaknya gambar ni je yang layak untuk tayangan umum, feeling comel la sikit berbanding gambar lain...sekarang badan sedikit berisi berbanding dengan gambar ni..masih kekal obesiti sebenarnya dan sedang berusaha untuk bebas obes.

Doa-doakan saya ye!

p/s: Ada ke sahabat yang senasib dengan saya yang obes sekarang ni?

NOVEL: Mood membaca sudah datang!

Ada 9 buah novel yang belum dibaca, beli sepanjang tempoh mengandungkan Zahra hari tu.

Sekarang sahabat a.k.a supplier novel dah mula supply beberapa buah novel lagi.

Saya dah pun habis membaca novel:

1. Suami Tak Ku Hadap 
2. Miss XL
3. Hantu Punya Bos! - ini macam sama je jalan cerita dengan novel Miss XL.
4. Sudi Kata Sudi

Nanti bila mood saya kembali normal macam dulu-dulu, saya buat sedikit review yang ringkas ye!

p/s: Masih lagi terumbang ambing di dalam membahagikan masa.

ZAHRA: 3 BULAN


Sekejap je masa bergerak..hari tu membilang hari menunggu kelahiran si comel ni, sekarang dah pun 3 bulan usianya.

Sabtu lepas ada appointment untuk cucuk 3 bulan di Pusrawi, kebetulan pulak Zahra demam, jadi terpaksalah tangguh dulu cucuk 3 bulan.

Hari tu sempat timbang berat = 5.8kg dan panjangnya pulak dah 59.9cm.

Nampaknya Zahra dah mula bagi respons bila dengar suara di sekeliling yang memanggil nama beliau.

Dah pandai sangat dah menangis bila sedar tak ada orang berhampiran dia.

Itu je yang mama dia perasan tentang dia.

p/s: Mama masih lagi tak boleh nak untukkan masa dengan blog nampaknya.

06 September 2013

ENGLISH COTTON & VIETNAM COTTON - SOLD OUT @ 10/2013

Nak tumpang promote bisnes sikit ye...sekarang ni kan tengah popular dengan cotton ni..jadi kita ambik kesempatan untuk cari rezeki melalui cotton ni.

Harga berpatutan, kualiti Grade A..sejuk je kainnya.


Kalau berminat boleh sms 017-3416762, email rohayayusof73@gmail.com

Penghantaran HANYA pada hari SABTU sahaja. - ( Barang dipos pada hari Sabtu minggu kedua dan ke empat saja).

ENGLISH COTTON
EC1 - EC 9 = RM65 sepasang TIDAK TERMASUK KOS POS.


EC 1


EC 2

EC 3

EC4 - SOLD


EC5


EC 6
EC 7

EC8

EC 9 -SOLD
Yang ni pulak kain cotton berkaki.

Harga RM70 TIDAK TERMASUK KOS POS.
EC10

EC11-SOLD

EC12

EC13

EC14

EC15
VIETNAM COTTON
Harga RM75 TIDAK TERMASUK KOS POS

VC1-SOLD

VC2

VC3 - SOLD



03 September 2013

Baru

Bulan Baru


Bulan September dah pun...kejap je kan masa bergerak, lagi 3 bulan berakhirlah 2013.




Template Baru



Cantik tak? Simple je kan? Saja je bagi nampak ringkas ..kalau bosan, tukar lagi lepas ni.


Mood Baru


Mood sentiasa bertukar ganti. Ada ketika datang rasa happy, sedih, rajin, malas...selalunya M tu la yang selalu datang menyinggah, yang rajin tu selalunya jarang-jarang singgah.



Banyak sebenarnya entry tertunggak yang diperam dalam Draft..ntah la bila nak publish ..



Hutang kisah Pengalaman Bersalin pun belum publish.



Susah sebenarnya nak uruskan masa bila dah lama tak ada anak kecik tiba-tiba ada anak kecik ( bukan la tiba-tiba pun, 9 bulan duduk kendung dia ke sana sini ..apa la)



Macam malam ni, Zahra tidur awal, dapatlah saya mengadap blog kejap...memang betul-betul kena pandai menyusun atur masa dan jadual bila bertambah ahli keluarga macam sekarang.



Rutin seorang ibu memang tak terhitung banyaknya ( banyak benar bunyinya tu kalau sampai tak terhitung, nampak macam tak betul je tu he he)...tau je la kerja dalam rumah ni mana pernah habis..di campur pulak dengan kerja di pejabat, tambah lagi dengan penat meredah jem , segalanya jadi kelam kabut dan kalau tak ada bantuan dari pihak ketiga , memang boleh rebah terbaring kita dibuatnya.



Semoga malam ni, bila tengok template baru ni semangat baru meruap dalam diri.



Insyaallah.



p/s: giliran Nadhirah pulak untuk menggunakan komputer ni.