1 tarikh 2 peristiwa| 24 November

Setiap tahun sejak 24 tahun lampau, 24 November akan mengingatkan saya kepada 2 insan.

1 insan yang telah pun pergi sejak 24 tahun lalu.

1 insan lagi yang sekarang ni telah pun menjengah usia 32 tahun.

Tarikh ni sangat sinonim dengan perasaan kehilangan kerana yang pergi itu adalah insan yang sangat bererti kepada kami semua.

Ayah...cepatnya masa berlalu, ketika 24 tahun lampau kami 6 beradik masih lagi bergelar kanak-kanak.
24 tahun bukannya masa yang singkat sebenarnya..terlalu panjang sebetulnya.

Ayah dah ada 4 cucu dah pun sekarang ni..menandakan masa begitu pantas berlalu.

Suka duka kami 6 beradik selepas detik 24/11/1989 begitu banyak tak terhitung..airmata banyak menemani kami.

Kini kami meneruskan kehidupan sekali derita kehilangan masih lagi terasa.

Syukur Alhamdulillah kami semua membesar menjadi manusia yang tidak berterusan menyusahkan orang lain.

Terima kasih kepada arwah tok dan arwah tok ayah yang banyak memikul tanggungjawab setelah pemergianmu, Ayah.

Jua buat ibu yang masih setia dengan status ibu tunggal yang banyak berkorban untuk kami.

Untuk adik saya yang menyambut hari lahir yang ke 32 hari ni.didoakan kebahagiaan yang melimpah ruah.