Umar Faris dah 7 tahun!


Dah handsome anak bujang sorang ni! ( biasalah mak kan, selalu nampak anak sendiri yang comel, yang handsome):) 





Makin handsome ni makin penakut pulak dah.Naik rimas betul bila buat perangai penakut ni..dia sanggup tinggalkan Zahra sorang-sorang di ruang tamu manakala dia berhimpit-himpit kat dapur dengan saya. Sejak ada iklan cerita Banglo Section 2 di Astro, penakut dia tu jadi makin terlebih pulak. 

Selera makan makin besar.Kalau makan nasi ayam, memang kena 2 pinggan, ayamnya boleh abis 4 ketul yang dipotong 16, ini sekali makan, karang makan lagi...seronok kan tengok anak suka makan badan tetap kerempeng je, mama dia je yang makin mengembang ngembang. 

Dah pandai bersoal jawab, kalau kita larang satu-satu perkara, memang tak sah kalau tak keluar pertanyaan ni: ASAL? ( apasal) 

Kalau kakaknya pulak mesti ada perkataan ni: KENAPA? 

Kita tanya dia, bukannya dia nak jawab tapi dia tanya kita semula..ishh beza benar la dengan saya masa dulu-dulu. Ikut je apa kata mak ayah datuk nenek, tak ada bantahan tak ada pertanyaan surat menyurat apa tah lagi he he lawak la sangat eh. 

Umar ni memang anak manja sebab dia anak bongsu selama 6 tahun sebelum kelahiran Zahra 

Kemanjaan dia ni kadang-kadang menimbulkan rasa jengkel di hati kakak. Selalunya kakak la yang banyak mengalah. Selalunya berebut siaran TV, Umar suka rancangan seperti Ultraman, Ryukendo, SLugterra dan apa-apa je cerita yang sesuai dengan budak lelaki tetapi kakak pulak suka Runningman,Drama-drama gediks ..mereka akan bersatu hati untuk rancangan Lab Rat, OhMyEnglish, Cutipidia, TVIQ. 

Hobi Umar ni adalah main games . Kalau dapat main guna PC lagi la dia suka tapi selalunya dapat main guna tab dalam waktu yang telah ditetapkan. 

Kalau abahnya tak tetapkan waktu, dia boleh jadi sehari suntuk mengadap benda tu, sebab tu la dia tak dibenarkan menyentuh PC kat rumah tu..tau je la PC mana pandai abis bateri macam tab atau handphone, selagi benda tu bernyawa selagi tu la Umar akan mengerjakannya. 

Dulu masa kecik kuat menangis, kuat mengamuk, sekarang ni Alhamdulillah dah tak ada perangai macam tu..eh mengamuk tu ada sikit lagi saki bakinya. 

Cita-cita dia selalu berubah - kalau tengok cerita kepolisan, dia nak jadi polis, kalau tengok cerita Senario Opocot, dia nak jadi Rela...kebanyakkan cita-cita dia adalah yang berbaju uniform..selalunya Askar, Polis dan Juruterbang. 

Semoga Umar akan dapat capai apa yang dicita-citakan, harapan mama dan abah agar Umar menjadi anak yang soleh yang berjaya dunia dan akhirat. 

Banyak harapan yang mama letakkan pada Umar!

Selamat hari jadi anak mama.