23 December 2013

Permata Hati Kak Aya


Kejap je masa berlalu..anak-anak dah semakin besar...Nadhirah dah jadi anak dara..Umar sikit hari lagi jadi anak teruna...Zahra pun dah besar jugak, debab.

Mama makin tua nampaknya...apa tak tuanya, dah 40 dah...




Ada baby ni susah betul nak update blog..ni terkepit-kepit dengan Zahra sambil menaip.

Nanti la kita sambung lagi.

19 December 2013

Novel Dia...Isteri luar biasa




Saya baru belek beberapa helaian novel ni...setakat beberapa helai ni, saya rasa seronok membacanya... nak review tak boleh dulu la , kena tunggu habis baca dulu.

Cerita ni ada la terasa macam cerita rekaan sikit...tak adil sebanarnya untuk menilai begitu selagi tak habis bacaan cuma bila kita dah baca banyak novel, kita dah dapat agak jalan cerita yang agak real dan yang mana agak rekaan.

Ada part-part kelakar jugak sebenarnya...itu yang membuatkan saya terus ingin membacanya.

Ni saya copy paste sinopsis novel ni daripada web Penulisan2u.

SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chawNo husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?


17 December 2013

Zahra: Genap 6 bulan




Diam tak diam, dah pun 6 bulan usia si cilik kesayangan semua ni..bisa kena toreh kat perut ni masih belum hilang sepenuhnya pun lagi...macamm eh cepatnya masa bergerak, hari tu baru lagi dalam pantang, baru lagi tengok dia kecikkkk je..sekarang ni ambik kau ...semua cakap budak tembam..Alhamdulillah sebab Zahra sihat-sihat saja walaupun sedikit tembam, baby kalau tembam kan comel, rasa nak cubit-cubit cuma orang tua macam saya ni je buruk kalau tembam. 

Walaupun dah 6 bulan berlalu, pengalaman dalam bilik pembedahan masih terbayang di mata..susah nak lenyapkan daripada ingatan. Perit jerih seorang ibu untuk melahirkan seorang anak, kemudian nak besarkan anak, nak didik anak jadi orang berguna, anak yang soleh, solehah...Ya Allah rasa kerdil sangat diri ini bila fikirkan tentang tanggungjawab seorang ibu. Ya Allah berikan la hambaMu ini kesabaran yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab ini.Amiin! 
  
Sejak akhir-akhir ni , saya kerap memerhatikan wajah anak-anak ketika mereka sedang lena tidur...nampak tenang dan helaan nafas halus je, kan? Makin kita tatap makin ada ketenangan di situ.Boleh dijadikan pengubat stress . 

Zahra sama macam kakak ketika kecil, tidak banyak kerenah, badan sama-sama tembam ketika kecilnya. 

Pada usia 6 bulan ni, Zahra dah boleh duduk tapi dalam tempoh yang tidak begitu lama ..kalau lama sikit je, mesti tumbang ke depan, ke belakang , ke kiri, ke kanan, mana yang sempat la. 

Berat dah pun cecah 7.6kg..tinggi 63cm. Rasanya Zahra ni tinggi orangnya, tak macam mama dia. 

Makanan pertama dia adalah puri Epal. Masih belum tau selera makan dia macam mana sebab kali pertama dapat makan..

Zahra dah kenal orang dah...susah sikit la kalau orang lain nak ambik dukung dia..confirm la dia menangis menjerit-jerit...alaaa tak boleh la mama nak rehat-rehat sikit,kalau macam ni:( 

Kalau kita buat-buat marahkan dia, kejap lepas tu mulut dia tercebik-cebik dan uwaaa menangis.eee comel sangat...saja je bagi dia sedih tercebik-cebik..eh kalau kita yang tua macam tu tercebik-cebik nampak tersangatla buruk kan? 

Makin tengok keletah Zahra, makin kuat keinginan untuk berhenti kerja, buat bisnes online tapi sampai saat ni masa itu belum tiba untuk saya. 

2 minggu lepas keluar shopping pakaian Zahra beberapa pasang, pakaian yang ada semuanya sendat..sekarang ni dia dah pakai saiz 1 tahun. 

Dia gemar tidur meniarap sekarang ni. 

Dia suka pegang barang dan cuba keronyok kan lepas tu menangis ..mungkin dia plan nak keronyokkan untuk jadi benda lain tapi lain yang jadi..agaknya la kan...budak-budak punya imaginasi. 

Apa lagi ye tentang Zahra ni? Hmm dia suka memandang lama pada seseorang lepas tu tersengih-sengih walaupun orang tu tak pandang dia pun ..ishh Zahra ni menakutkan abang je ye? 

Itu je la kot sepanjang 6 bulan usia si Zahra ni. 



08 December 2013

3 minggu dah berpisah!

Berpisah seketika adalah sesuatu yang baik untuk sesebuah perhubungan.

Berpisah untuk entry ini adalah merujuk kepada perpisahan sementara kami dengan anak sulong kami, Nadhirah@kakak.


Kakak bersama adik

Nadhirah balik tinggal dengan mak saya @nenek di Terengganu sejak mula cuti sekolah hari tu.

Tak ada sebarang perancangan pun untuk dia tinggal di sana sebabnya tahun ni makcik saya tak kerja, menunggukan rumah dia di Terengganu tu siap, makcik lanjutkan lagi tempoh tinggal di KL ni.

Jadi, Zahra memang di bawah jagaan makcik sepanjang saya bekerja. Umar pun menumpang sekali sejak cuti sekolah ni.

Plan asalnya, sepanjang cuti sekolah ni nak mintak makcik tinggal di rumah saya sepanjang hari saya bekerja, petangnya dia pulang semula ke rumah dia. Tapi bila Nadhirah buat keputusan untuk tinggal sementara di rumah nenek, plan untuk makcik tinggal di rumah saya tidak kesampaian, dia lebih selesa berada di rumah dia.

Nanti bila Nadhirah dah pulang semula ke sini minggu depan, makcik akan tinggal sini waktu siang...rumah dia tu sempit, kalau dah ramai sikit mulalah rasa sangat-sangat sendat..barang-barang perabot lagi, kerenah anak-anak saya yang nakal lagi ..itu makin menyempitkan keadaan.

Bercerita tentang Nadhirah, Sejujurnya saya suka dia tinggal sana time cuti panjang ni..bukannya sebab itu rumah mak saya makanya saya suka la dia tinggal sana eh sebenarnya perasaan tu ada la sikit kan, rumah mak kita mesti la kita suka...tapi lebih daripada itu, kalau dia tinggal sana, boleh la belajar mengaji dengan mak saya. Selain tu, mak saya suka la bagi can pada cucu dia kat dapur untuk masak sesama. Kalau bab-bab menyiang ikan, sotong tu memang kesukaan Nadhirah la. Masak nasi pun dah pandai, potong sayur, goreng telur dadar pun dah boleh, buat cekodok pun boleh. Semuanya akan jadi serba tak pandai bila ada rasa malas, suruh la apa pun semua jawapannya adalah - ' tak pandai la, ma.' 

Tahun lepas cuti sekolah, Nadhirah tinggal di rumah Auntie Transit, Auntie ni mesra dengan panggilan Kak Nah di kalangan ibubapa pelajar yang transit kat situ. Auntie ni memang pandai masak la, lauk pauk kuih muih kek pastri semua boleh sebab menurut kata Nadhirah , auntie masuk kelas masakan. Kalau time cuti sekolah, Nadhirah akan tinggal di rumah dia bukannya di rumah transit yang bersebelahan dengan rumah Auntie ni..jadi kalau tinggal dalam rumah Auntie, memang best la kan..bebas keluar masuk dapur Auntie,lepak-lepak kat dapur sambil menonton TV LED yang besar gedabak kat dapur tu. Auntie ni pun jenis suka buat kerja masak memasak sama-sama dengan anak-anak jagaan dia. Seronok la budak-budak kalau dapat peluang macam tu. 

Berbeza kalau tinggal di rumah mentua saya..kat sana semua akan di layan macam puteri..semuanya disediakan. ..kalau diikutkan, Nadhirah lagi suka tinggal Tampin sebabnya selain di layan baeeekkk punyaaa, keselesaan di Tampin membuatkan dia lagi seronok di Tampin berbanding di Terengganu. Dulu dia selalu cakap best rumah wan kerana tandas kat dalam rumah. Tandas kat rumah mak saya adalah di luar rumah tapi sekarang dah ada dalam rumah dah. 

Kalau di Tampin, semua nak , boleh order je...Wannn, nak air...wannn, laparrrr...pendek kata semua jerit nama Wan kalau nak sesuatu. Kalau dengan mak saya, memang mintak maaf la ye cu..nak air, sila ambik sendiri, tak kuasa dia nak tolong-tolong..lagi pun mak saya ni tak la secergas mak mentua. 

Tapi yang paling best di Tampin adalah masakan mak mentua saya memang superbbb....memang saya akui kalah dengan masakan mak saya.. ini memang tak boleh dinafikan sama sekali la. 

Nadhirah sukakan masakan asam pedas dan masak lemak cili api yang di masak oleh wan...masakan nenek? Masakan Terengganu yang biasa-biasa je la yang nenek biasa masak untuk cucu kesayangan.


Di Terengganu, biasanya Nadhirah memerap kat rumah je pun...selain menolong nenek, mengaji, menonton TV, makan , tidur je la kerjanya...percayalah , mesti berat naik sekurangnya 2kg bila balik sini.

Ada tak sahabat saya yang menghantar anak balik kampung bila cuti sekolah tiba?

07 December 2013

Review Novel Ya Maulana|Hana Ilhami


Ada tak yang dah baca novel ni?

Saya dah pun selamat habiskan bacaan novel ni minggu lepas.

Secara ringkasnya, komen saya adalah cerita novel ini sangat BEST!

Padat dengan panduan hidup, nasihat dan pengajaran terutama tentang asas kehidupan seorang muslim&muslimah.

Mula-mula tengok pada tajuk tu macam cerita agama yang tak menarik ..tapi bila mula baca muka surat pertama dah boleh rasa tarikan dan keistimewaan novel ni.

Tahniah la untuk penulis novel ni, Hana Ilhami.

Saya suka dengan nama heroin novel ni, Adra Lyana...kalau jumpa nama ni sebelum bersalinkan Zahra, saya pilih nama ni untuk Zahra.

Ada part-part dalam novel ni yang memberi pengajaran secara peribadi kepada saya . Ada panduan untuk kita membuat sesuatu keputusan, melalui istikaroh dan mesyuarat bukan membabi buta je.

Kalau nak tau apa kisahnya di dalam novel ni, baik beli sekarang, nanti habis , sendiri yang menyesal.

Sinopsis:

Mengisahkan Pulau Sayak yang menjadi tumpuan utama di dalam novel ni, tempat pertemuan Adra dan Iqbal. Di sini la kisahnya bermula.

Ini saya copy paste daripada Karyaseni.
Maulana IqbalDunianya hanya Darul Ulum At-Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.
adra liyana, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skrit masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya.  Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustazGothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.
“Cik Rariru nak jumpa saya?” – maulana Iqbal
 “Ustaz! Kut ya pun tak suka I pakai macam ni, tak perlulah ejek nama I, okey? Nama I Rara, bukan Rariru!” – Adra liyana
“Cik Adra tolong pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Maklumlah, sini tempat budak-budak menghafal Quran. Dan cik kena pakai tudung sekali.” – maulana Iqbal
 Setelah rencana untuk memindahkan Darul Ulum tidak berhasil, Adra nekad untuk mengugut Si Maulana. Rencana jahat mula diatur…
“Tolong I! Dia... dia... cuba buat benda tak baik kepada I...” – Adra liyana
“Allahuakbar! Demi Allah! Saya tak buat kerja terkutuk ni.” – maulana iqbal
“Sama ada Iqbal tinggalkan kampung ni atau dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Iqbal kena kahwin dengan perempuan ni.” – Imam Hussin
p/s:Suspens tak baca sinopsis di atas? bacalah, memang tak rugi..ada part-part romantis antara suami isteri yang tidak keterlaluan, ayat-ayat memikat maulana yang sungguh moden hi hi...

Buffered Earning ke 40 untuk tahun 2013

Banyak jugak sebenarnya blog saya ni menerima BE dari pihak Nuffang untuk tahun 2013 ni tapi sayangnya saya tak mengambil peluang ni untuk up entry dan blogwalking.

Jadinya, jumlah earning yang terkumpul untuk setiap BE cukup untuk bayar parking di Bandar Baru Selayang untuk sejam dua . Alhamdulillah.

Ada blog tu sampai dapat RM70++ untuk satu BE, memang kagum betul saya..harapnya saya dapatlah peluang untuk mencapai tahap tu.

Sekarang ni berblog hanya untuk suka -suka bila ada masa je, tak dapat lagi nak set target macam suatu masa dulu , mesti up 3-5 entry sehari. Apa nak buat, keperluan lain yang lebih penting ada menunggu.

Saya mengucapkan terimakasih kepada Nuffnang kerana setia memilih blog untuk mengurniakan BE.

Kali ni ke 40 ni, BE ada lah dari pihak Pungutan Zakat.




Ni la rupa iklan tu di blog saya ni.

Terima kasih Nuffnang!

04 December 2013

Umar Faris dah 7 tahun!


Dah handsome anak bujang sorang ni! ( biasalah mak kan, selalu nampak anak sendiri yang comel, yang handsome):) 





Makin handsome ni makin penakut pulak dah.Naik rimas betul bila buat perangai penakut ni..dia sanggup tinggalkan Zahra sorang-sorang di ruang tamu manakala dia berhimpit-himpit kat dapur dengan saya. Sejak ada iklan cerita Banglo Section 2 di Astro, penakut dia tu jadi makin terlebih pulak. 

Selera makan makin besar.Kalau makan nasi ayam, memang kena 2 pinggan, ayamnya boleh abis 4 ketul yang dipotong 16, ini sekali makan, karang makan lagi...seronok kan tengok anak suka makan badan tetap kerempeng je, mama dia je yang makin mengembang ngembang. 

Dah pandai bersoal jawab, kalau kita larang satu-satu perkara, memang tak sah kalau tak keluar pertanyaan ni: ASAL? ( apasal) 

Kalau kakaknya pulak mesti ada perkataan ni: KENAPA? 

Kita tanya dia, bukannya dia nak jawab tapi dia tanya kita semula..ishh beza benar la dengan saya masa dulu-dulu. Ikut je apa kata mak ayah datuk nenek, tak ada bantahan tak ada pertanyaan surat menyurat apa tah lagi he he lawak la sangat eh. 

Umar ni memang anak manja sebab dia anak bongsu selama 6 tahun sebelum kelahiran Zahra 

Kemanjaan dia ni kadang-kadang menimbulkan rasa jengkel di hati kakak. Selalunya kakak la yang banyak mengalah. Selalunya berebut siaran TV, Umar suka rancangan seperti Ultraman, Ryukendo, SLugterra dan apa-apa je cerita yang sesuai dengan budak lelaki tetapi kakak pulak suka Runningman,Drama-drama gediks ..mereka akan bersatu hati untuk rancangan Lab Rat, OhMyEnglish, Cutipidia, TVIQ. 

Hobi Umar ni adalah main games . Kalau dapat main guna PC lagi la dia suka tapi selalunya dapat main guna tab dalam waktu yang telah ditetapkan. 

Kalau abahnya tak tetapkan waktu, dia boleh jadi sehari suntuk mengadap benda tu, sebab tu la dia tak dibenarkan menyentuh PC kat rumah tu..tau je la PC mana pandai abis bateri macam tab atau handphone, selagi benda tu bernyawa selagi tu la Umar akan mengerjakannya. 

Dulu masa kecik kuat menangis, kuat mengamuk, sekarang ni Alhamdulillah dah tak ada perangai macam tu..eh mengamuk tu ada sikit lagi saki bakinya. 

Cita-cita dia selalu berubah - kalau tengok cerita kepolisan, dia nak jadi polis, kalau tengok cerita Senario Opocot, dia nak jadi Rela...kebanyakkan cita-cita dia adalah yang berbaju uniform..selalunya Askar, Polis dan Juruterbang. 

Semoga Umar akan dapat capai apa yang dicita-citakan, harapan mama dan abah agar Umar menjadi anak yang soleh yang berjaya dunia dan akhirat. 

Banyak harapan yang mama letakkan pada Umar!

Selamat hari jadi anak mama.

02 December 2013

Bedung Cotton Flannel|Jualan Penghabisan Stok

Bedung yang bersaiz 1m x 1m ni material daripada cotton flannel yang lembut dan sejuk. kain cotton flannel ni bukan saja sesuai untuk dijadikan kain bedung baby, nak jadikan cadar, sarung bantal pun boleh je,buat baju pun boleh je. 

Bedung yang saya jual ni ada macam-macam corak dan warna. Sesuai untuk baby girl atau pun boy. 

Sekarang ni pilihan dah tak banyak dan saya tak bercadang untuk meneruskan lagi bisnes ni. 

Sebelum-sebelum ni saya jual pada harga RM16 sehelai, sekarang saya jual pada harga RM12 sehelai. 

Rugi ooo kalau tak beli...cuba la tengok kat mana-mana blog jual bedung, memang susah nak jumpa harga semurah ni tapi pada kualiti yang sama macam harga yang dia org jual. 

Kos pos pulak mengikut berat tapi kalau beli banyak helai tu saya akan bagi diskaun..nanti dah confirm beli, saya akan bagi harga yang sepatutnya dibayar kepada saya. 

Jualan ni bukan untuk mengaut keuntungan sangat tapi lebih kepada nak menghabiskan stok dan nak dapat semula duit modal dan seringgit dua keuntungan.

Sebenarnya dah banyak terjual sebelum ni, sekarang ni kiranya memang batch terakhir yang makcik saya sempat jahit la...lepas-lepas ni dia akan balik kampung , sementara menunggu rumah di kampung tu siap, dia mengambil peluang untuk menjadi baby sitter kepada Zahra dulu. 

Eh ada jugak yang bertanya, apa gunanya bedung ni kan? 

Bedung ni boleh membuatkan baby kita tidur dengan lena dan kurang la aksi-aksi terkejut..tau je la baby selalu terperanjat-terperanjat ni, jadi kalau bedung dia akan diam tidur tak bergerak....kadang-kadang bunyi motor kat luar pun boleh buat dia terperanjat teruk sampai menangis-nangis. 

Lagi satu, baby yang berbedung akan sentiasa merasa seperti dalam dakapan ibu je. Kalau baby tidur lena je, kita pun boleh rehat lama sikit terutamanya kalau masih dalam pantang. 

Kalau baby kita tak suka berbedung, tak apa....jangan khuatir, jangan gusar...boleh beli kain bedung ni jadikan selimut baby..macam Zahra, dia memang cepat rimas kalau kita bedung dia...tiap malam kain bedung tu dijadikan selimut dia dan alas tilam dia. 

Kalau nak beli boleh pilih di SINI ye!. 

Call atau sms 017 3416762 

Atau emel rohayayusof73@gmail.com