Zahra: Genap 6 bulan




Diam tak diam, dah pun 6 bulan usia si cilik kesayangan semua ni..bisa kena toreh kat perut ni masih belum hilang sepenuhnya pun lagi...macamm eh cepatnya masa bergerak, hari tu baru lagi dalam pantang, baru lagi tengok dia kecikkkk je..sekarang ni ambik kau ...semua cakap budak tembam..Alhamdulillah sebab Zahra sihat-sihat saja walaupun sedikit tembam, baby kalau tembam kan comel, rasa nak cubit-cubit cuma orang tua macam saya ni je buruk kalau tembam. 

Walaupun dah 6 bulan berlalu, pengalaman dalam bilik pembedahan masih terbayang di mata..susah nak lenyapkan daripada ingatan. Perit jerih seorang ibu untuk melahirkan seorang anak, kemudian nak besarkan anak, nak didik anak jadi orang berguna, anak yang soleh, solehah...Ya Allah rasa kerdil sangat diri ini bila fikirkan tentang tanggungjawab seorang ibu. Ya Allah berikan la hambaMu ini kesabaran yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab ini.Amiin! 
  
Sejak akhir-akhir ni , saya kerap memerhatikan wajah anak-anak ketika mereka sedang lena tidur...nampak tenang dan helaan nafas halus je, kan? Makin kita tatap makin ada ketenangan di situ.Boleh dijadikan pengubat stress . 

Zahra sama macam kakak ketika kecil, tidak banyak kerenah, badan sama-sama tembam ketika kecilnya. 

Pada usia 6 bulan ni, Zahra dah boleh duduk tapi dalam tempoh yang tidak begitu lama ..kalau lama sikit je, mesti tumbang ke depan, ke belakang , ke kiri, ke kanan, mana yang sempat la. 

Berat dah pun cecah 7.6kg..tinggi 63cm. Rasanya Zahra ni tinggi orangnya, tak macam mama dia. 

Makanan pertama dia adalah puri Epal. Masih belum tau selera makan dia macam mana sebab kali pertama dapat makan..

Zahra dah kenal orang dah...susah sikit la kalau orang lain nak ambik dukung dia..confirm la dia menangis menjerit-jerit...alaaa tak boleh la mama nak rehat-rehat sikit,kalau macam ni:( 

Kalau kita buat-buat marahkan dia, kejap lepas tu mulut dia tercebik-cebik dan uwaaa menangis.eee comel sangat...saja je bagi dia sedih tercebik-cebik..eh kalau kita yang tua macam tu tercebik-cebik nampak tersangatla buruk kan? 

Makin tengok keletah Zahra, makin kuat keinginan untuk berhenti kerja, buat bisnes online tapi sampai saat ni masa itu belum tiba untuk saya. 

2 minggu lepas keluar shopping pakaian Zahra beberapa pasang, pakaian yang ada semuanya sendat..sekarang ni dia dah pakai saiz 1 tahun. 

Dia gemar tidur meniarap sekarang ni. 

Dia suka pegang barang dan cuba keronyok kan lepas tu menangis ..mungkin dia plan nak keronyokkan untuk jadi benda lain tapi lain yang jadi..agaknya la kan...budak-budak punya imaginasi. 

Apa lagi ye tentang Zahra ni? Hmm dia suka memandang lama pada seseorang lepas tu tersengih-sengih walaupun orang tu tak pandang dia pun ..ishh Zahra ni menakutkan abang je ye? 

Itu je la kot sepanjang 6 bulan usia si Zahra ni.