Zahra dan Umar masuk wad

Assalamualaikum

Terkejut Kak Aya bila dua anak kena admit disebabkan oleh kahak yang banyak dalam paru - paru mereka.

Terpaksa bermalam 5 hari 4 malam di Hospital Pusrawi.

Alhamdulillah sebab Nadhirah temankan sepanjang di sana, tak la teruk sangat nak melayani kerenah budak berdua tu..tak ada gaya orang sakit pun .

Zahra ni memang jenis takut dengan semua orang yang asing pada mata dia...tiap kali nurse datang nak bagi ubat, nak check suhu, nak bagi gas semua berjaya buat dia meraung-raung..sempat dia cakar tangan nurse yang tolong bagi ubat. 

Sekali tu dia sembur ubat selsema tepat terkena pada baju nurse..sabar ajalah wahai nurse..

Umar macam biasa je..dia sentiasa seronok kalau dapat masuk wad...seronok sebab boleh turun ke kedai koperasi kat bawah tu untuk membeli makanan...itu la kerja dia...

Alhamdulillah hari ni mereka berdua dah sihat.



Menunggu giliran untuk Xray


Zahra - 18 bulan

Assalamualaikum 

 Dah lama tak update perkembangan Zahra. 

 Antara ketiga-tiga anak Kak Aya, Zahra la yang nampaknya paling garang.  Pantang tercuit sikit..cepat aja dia menjerit..menampar..mencakar..  Agaknya ada darah panglima dalam badan dia. 

Zahra pandai berjalan pada usia 1 tahun 3 bulan.. Terkedek kedek berjalan.. Comeiii je ...Dia dah tau mendengar arahan mudah. Contohnya.. Kita mintak tolong ambikkan tudung .diapers..kunci kereta...terkedek kedek la dia bangun konon nak ambikkan semua tu .

Ni sebenarnya kak aya cuba update guna handphone..susah benar nk on pc .. Mesti banyak typo...

_********************************************************************************



Cerita Apa Saja - Tentang bisnes

Assalamualaikum,

Tenggelam timbul tenggelam timbul..macam ni la kehidupan Kak aya ni...

Kerja ofis kerja rumah kerja online -kerja dunia yang tak pernah habis..moga kesibukan dunia ni ada juga manfaatnya untuk akhirat..Insyaallah.

Kak Aya rasa tahun ni tahun yang sangat sibuk dan masa begitu cepat berlalu..agak menginsafkan bila terasa begini sebab salah satu tanda kurang keberkatan bila masa terasa pendek..Ya Allah ampunkan dosaku..

Tinggal 2 minggu je lagi dah berakhir tahun ni..kalau toleh semula rasanya memang agak 'penat' dengan macam-macam perkara tahun ni terutamanya bisnes online .

Sebenarnya dah lama buat bisnes online tapi tak pernahnya secara serius...kalau tak serius hasilnya pun takat gitu-gitu je la...dari 2010 lagi kot dah mula jual bedung baby , selimut tampal dan set bersalin NR..bisnes bedung baby dan selimut tampal masih berjalan seperti biasa tapi set bersalin NR tak jual lagi dah..

Niatnya tahun 2014 ni nak betul-betul sukses dengan bisnes online sebab setahun dua lagi cadangnya nak berenti kerja tapi itu sekadar perancangan kita sebagai hamba Allah yang sangat lemah ilmunya hanya Allah jua sebaik-baik Perancang.

Jadi awal-awal tahun 2014 mula la atur srategi dengan menambah satu lagi produk iaitu tudung aidijuma.

Sambutan terhadap bisnes Aidijuam ni sangat menggalakkan...Alhamdulillah..cuma dugaannya kepada Kak Aya adalah :

1. tiap minggu keluar design baru - sukar untuk kak aya pusing modal..itu satu, belum lagi nak fikir tiap minggu nak ke KL untuk ambik stok, berebut dengan seller lain. Stok pun terhad je.

2. Margin keuntungan adalah sangat kecil.

Jadi bisnes ni kak aya buat takat gitu-gitu je la walaupun saban minggu ramai yang bertanya..kadang-kadang kak aya tunggu je jualan di web Aidijuma, beli 2 helai setiap design, lepas tu jual semula...kadang-kadang langsung tak ambik stok..setakat ni sehingga pertengahan Disember bisnes ni masih lagi berjalan walaupun sangat perlahan ..perlahan disebabkan oleh sebab yang pertama tadi, keluar design tiap minggu, kadang2 tak sempat habis jual yang minggu lepas , minggu ni dah mai design baru, lepas tu nak ke KL tiap pagi Sabtu tu pun satu hal jugak...

Bisnes selimut tampal agak slow tahun ni sebab Kak Aya kurang bagi fokus kepada bisnes ni dek kerana sibuk mengejar stok Aidijuma. Stok selimut tampal sentiasa ada je di rumah, biasanya customer adalah dari kalangan customer offline bukan online..mereka dah tau Kak Aya jual selimut tampal, meraka datang je terus ke rumah.

Bisnes bedung baby pula memang tak ada sebarang penambahan stok sepanjang 2014 sebab Kak Aya habiskan semua stok yang ada untuk tahun ni dengan harga super murah, RM10 sehelai....bagi can tukang jahit bedung berehat panjang . 

Alhamdulillah dah habis ke semua stok yang ada.. sekarang ni dalam proses menjahit 
kesemua stok baru. 

Awal November baru ni , Kak Aya muncul dengan bisnes BB Cream...baru sangat lagi kan? Bersaing dengan ramai agen BB Cream ni, memang terasa la kak aya ni slow sikit..tapi tak apa... janji selagi jualan masih memenuhi syarat yang ditetapkan , Kak Aya tak rasa sebarang tekanan..Alhamdulillah setakat ni boleh jual 2 pek seminggu, sangat bagus untuk seller slow macam Kak Aya ni.

Disember ni Kak Aya tolong anak dara jualkan shawl pulak....buat masa ni ambik stok daripada blogger Ceeranoh sebagai pengenalan...lepas ni anak dara kak aya nak jual kepada rakan sekolah jadi rasanya perlu cuba untuk lakukan sendiri daripada proses beli material dan jahit kerana perlu fikirkan tentang harga kalau nak jual kepada pelajar sekolah..mereka belum ada pendapatan , kena jual pada harga yang sesuai dengan kemampuan mereka.

2015 nanti akan ada tambahan produk ...syarikat Seqy Beauty iaitu syarikat yang mengeluarkan BB Cream akan memperkenalkan Cleanser dan set-set penjagaan wajah yang lain juga.

Bercerita mengenai bisnes ni, kalau ada yang bertanya kenapa bersusah nak buat bisnes tambahan sedangkan dah ada kerja tetap. Ok jawapannya tentu la nak duit lebih..jujur kan jawapan tu...dunia hari ni dunia yang perlukan duit.

Itu jawapan paling ringkas la.

Jawapan panjang kena tunggu waktu lain...

Terima kasih kepada yang sudi datang membaca.

p/s: tak dapat nak bertahan lagi berebut keyboard dengan Zahra..kena stop dulu.



Promosi BB Cream by Seqy Beauty

Assalamualaikum,

Kak Aya sekarang ni agent kepada Seqy Beauty yang sekarang ni mengeluarkan produk BB Cream, selepas ini akan menyusul dengan produk lain pula.

Seqy Beaty ni merupakan bisnes kepunyaan blogger Sepet@Zuhana . Rasanya ramai yang mengenali beliau.

Kalau nak beli dengan beliau pun boleh, dengan Kak Aya pun boleh.

Kak Aya ada memberikan sehelai tudung Aidijuma White Label bagi setiap pembelian 1 pek BB Cream yang berharga Rm55.

Ni Kak Aya ada ambik testimoni daripada blog Sepet.




Kak Aya ada buat COD untuk mereka di sekitar Selayang, Batu Caves dan Gombak.

Penghantaran melalui pos pun boleh jugak.

Whatsapp je 017-3416762.



Promosi: Beli BB Cream percuma Tudung Aidijuma

Assalamualaikum,

Berita baik untuk mereka yang ingin kelihatan ayu dan berseri-seri.

Beli BB cream untuk wajah yang berseri-seri dikembarkan percuma sehelai tudung aidijuma white label untuk melengkapkan keayuan wajah si pemakai.

Promosi ini terhad sehingga 8 pelanggan terawal saja.

Whatsapp 017-3416762 untuk order .

Kembali Berpaling

Assalamualaikum

Bersua semula di blog terpencil ini..apa daaaa kak aya ni kan...tak boleh pakai janjinya, mula tu kata nak tutup blog, lepas tu create blog baru ,lepas tu muncul semula di sini...terima la seadanya kakak mu ini yang tak berapa stabil emosinya.. 

Oktober dah nak pergi nampaknya...1435 Tahun Hijrah pulak nak melabuhkan tirainya. Selamat Datang 1436 Hijrah. 

Mengambil keberkatan Tahun Baru 1436 Hijrah ni ..saya nak mulakan semula apa yang telah lama ditinggalkan..ahhh berjanji lagi nampaknya...apakan daya..manusia dan janji tu ibaratkan paku dan lantai..hi hi relevankah perumpamaan ini? Ok abaikan je. 

Senang cerita, ada saya update, maknanya ada la tu janji ditunaikan. 

Tak ada update, memang penipu besar la tu..eh teruk sangat kalau penipu besar....pengelat je la . 

Sebenarnya, saya paling tak rajin nak snap gambar...sesetengah pembaca blog suka tengok gambar berbanding baca entry..itu yang menjadi faktor malas nak update sebab tuan blog tak ada gambar nak up..suka nak menaip merepek merapu je. 

Sepanjang blog ini dikunci pintu pagarnya, saya tidak la terkurung diam je di dalamnya..ada beberapa perkara yang berjaya dijalankan..nampak macam ada aktiviti kan? Tak ada yang dashyat-dashyat pun sebenarnya..yang gitu-gitu je. 

Antaranya: 

1. Cuti-Cuti Taiping 

2. Riadah tiap minggu di Taman Layang-Layang 

3. Mandi-manda di Ulu Yam 

4. Cendol Gula Bakar Bandar Baru Selayang. 

5. Nasi lemak Ujang Bandar Baru Selayang. 

Tengok..tak sampai 10 pun aktivitinya...begitulah kehidupan kami sebenarnya, tak ada variasi sangat tapi tetap bahagia seadanya. Alhamdulillah. 

Lagi satu , dah lama gila tak update mengenai perkembangan Zahra. Anak dara cilik saya kuat merajuk..sangat -sangat. 

Budak sebesar tu tau macam mana nak expresskan rasa dalam bentuk rajukan macam tu, Ya Allah sangat mengujakan, ada waktunya..selebihnya rasa geram pun ada. 

Macam-macam cara dizahirkan untuk memberitahu yang dia tu sedang merajuk..Masya Allah tak terlayan ada waktunya kerenah dia tu....Alhamdulillah syukur Allah menganugerahkan permata-permata hati kepada kami. 

Nadhirah dah jadi anak dara...hmm dah tua mama dia...makin meninggi dan lebih tinggi daripada mama dia..pandai bergaya dah sekarang ni, memang kalah mama dia...sebab mama dia tak pandai nak bergaya pun. 

Kalau dah besar , confirm la dah pandai nak membangkang cakap mama, itu sudah semestinya...ada waktunya saya berkata pada diri sendiri, anak-anak lebih baik lambat dewasanya kerana ketika kecilnya selalu membahagiakan mama bila mula menginjak dewasa sudah mula pandai membuatkan mama sedikit terasa dek perbuatan dan kata-kata namun sebagai ibu, pastinya kita sentiasa memaafkan mereka. 

Umar pun tak kurang jugak, kalau dulu dia memang anak mama...berkepit dengan mama 24 jam..sekarang bab tidur memang masih nak berkepit ..tapi kalau bab main game memang abah la segalanya. 

Alhamdulillah panjang jugak entry ni ye hi hi.. 

Ok berhenti dulu la walaupun macam tak ada penutup je entry ni..ala apa ada pada penutup ke apa... 

Sehingga jumpa lagi di entry yang ntah bila akan ada lagi. 

Sekian.

PENGUMUMAN :BLOG BARU

Assalamualaikum,

Saya nak umumkan yang blog kedua saya ..mana-mana yang nak jenguk dan baca sila  KLIK SINI YE !


Terima kasih.

TUDUNG AIDIJUMA : JUALAN PRARAMADHAN BERMULA 31/5/2014 HINGGA 6/6/2014

Assalamualaikum,

Stok untuk tudung aidijuma yang terbaru sempena Ramadhan dan Aidilfitri.

Purpel, Merah, Hijau dan Navy Blue  untuk design Flowerstripes. Lagi satu design adalah Orange Tangerine.

Harga RM 40 ( selepas 3/6/20114 harga menjadi RM45)

Kos pos RM6 untuk 1-4 helai.

Berminat boleh sms/whatsapp/call 017-3416762







Cepat beli untuk dipakai musim raya nanti..semua cantik-cantik, boleh pakai dengan pelbagai gaya.



Tudung Aidijuma Cetus Fenomena


Assalamualaikum, 


Kini fesyen tudung muncul dengan pelbagai corak rekaan..macam-macam ada di pasaran. 

Pilih je mana yang berkenan di hati dan yang penting match dengan duit dalam poket. 

Macam saya ni, asal berkenan je memang tak pernah nak match dengan duit dalam poket. 

I**tu namanya ukur baju di badan orang lain ! 

Sejak sebulan yang lepas, saya turut terjebak dengan bisnes tudung, Tudung Aidijuma. 

Sebelum ni setakat beli bawal plain untuk ke pejabat je..tak terlintas nak buat bisnes ni. 

Bermula dengan langkah pertama pada 1 Mei hari tu.. awal pagi dah tercegat depan pintu CM..kalah pak guard.

Pintu Central Market di buka je, saya terus laju meluru masuk , nak cari Concept Store Aidijuma dalam tu. 

Bila tiba depan CS, mak aiihhh terperanjat dugong ke apa saya pun tak tau nak tafsirkan dalam bentuk tulisan. 

Sangat terkejut kerana CS tu dah pun dipenuhi dengan manusia dalam sekejapan je...nak kata lautan manusia memang tak sesuai sebab tempatnya sempit je. 

Saya terfikir-fikir kat luar CS tu, adakah perlu saya redah je manusia-manusia yang sedang berebut tudung kat dalam tu? Boleh ke saya yang tak cukup tinggi nak turut berebut sama? 

Bila kenangkan saya tak tidur malam tu untuk datang ke CS tu, adalah tak wajar untuk saya pulang mengalah macam tu je. 

Tak tidur bukanlah sebab terlalu gedik nak ke CS tu tapi siapkan kerja-kerja rumah, masak untuk sarapan, masak untuk makan tengah hari sekali..bukan senang nak tinggalkan anak-anak dan suami. 

*** bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah. 

Ok , dipendekkan cerita, saya masuk je, rempuh je semua orang dalam tu sampai semuanya tunggang langgang he he ...***jangan percaya.. 




Saya masuk menyelit sikit demi sikit dan dapat jugak ke depan..namun untuk menyambar tudung yang di baling-baling tu amat la susah sebab tangan tak cukup panjang..terpaksa la meminta-minta "sini la, sini la, saya tak sampai ni" 

Zupp zapp zupp zappp, akhiranya dapat la sambar beberapa helai. 

Selepas dapat menyambar, kena la check pulak kot-kot ada defect kat mana, tertarik benang ke, tergores ke, koyak ke... 

Ini mencabar sikit sebab tak ada ruang nak duduk dengan selesa...dipenuhi dengan manusia. 

Saya pilih-pilih dan terus beratur untuk bayaran. 

Itu saya pendekkan cerita, sebenarnya beratur untuk buat bayaran pun bukannya sekejap.. 

Bila dah mula jual , baru la tau yang setiap design adalah esklusif..keluar hari ni, kalau esok lusa dah habis , memang kira habis la.. 

Ooo mak aiii ruginyaaa sebab saya jual kesemuanya walaupun saya berkenan , biasalah jurujual selalu utamakan customer! 

Bila saya mula iklankan bisnes saya ni di blog, ramai la yang menghubungi...hmm bagus bagus..tapiiii bukan nak membeli yang keluaran terbaru tu..mereka mencari keluaran lama-lama, off season katanya. 

Sejak customer mencari yang off season, saya pun mula la mencari jugak ..rupanya banyak FB yang menjual semula tudung keluaran terdahulu...ooo cantik-cantik rupanya keluaran terdahulu..patutlah menjadi kegilaan ramai. 

Cuma secara peribadi, bila melihat mereka menjualnya semula dengan harga yang agak tinggi, timbul perasaan kurang enak sikit kerana niat tokeynya adalah nak menjual tudung keluaran beliau pada harga mampu milik..ya saya akui beliau tidak ada kena mengena lagi dah bila tudung itu dah berpindah milik kepada pembeli tetapi selagai ada tag AJ, saya rasa selagi tu la imej tokeynya di bawa sekali kemana-mana. 

Ini sekadar pendapat peribadi saya sendiri, tiada kena mengena dengan sesiapa, saya juga seperti mereka yang menggemari tudung AJ ,cuma terpanggil untuk memberi cadangan,  saya rasa patut kurangkan sikit harga yang ditawarkan untuk Off Season kerana ini akan menyebabkan terjadinya perbuatan berlebih-lebihan dan mungkin jugak akan membawa kepada pembaziran.  Mungkin akan timbul perasaan riak atau sebagainya. 

Betul,pilihan di tangan pembeli, mereka jual mahal,  kita boleh pilih untuk tidak membeli.. Itu saya akui. Cuma sekadar peringatan bersama saja. Kalau tak ada siapa peduli pun tak ada apa-apa. 

Dan..satu cadangan untuk Datin Norjuma, pada pandangan peribadi saya , adalah lebih baik kalau pihak Datin keluarkan semula mana-mana design yang menjadi kegilaan ramai dengan harga yang sepatutnya. 



Saya faham, ramai yang mengatakan kalau keluarkan semula pasti akan hilang ke 'esklusifan' nya..pada saya , sama jugak dengan jualan semula di FB seperti sekarang..tidak nampak pun ke 'esklusifan'nya..sekadar pandangan saja. 


Memang saya akui, sekarang ni tudung aidijuma menjadi fenomena kepada penggemar tudung bawal..masih ramai yang menggemari bawal walaupun saya sekarang ni jarang berbawal lagi kerana tak cukup masa untuk gosok tudung.

Saya harap Datin Norjuma kekal kreatif dalam menghasilkan corak-corak terbaru dan kekalkan harga kerana harga yang ditawarkan adalah pada harga mampu milik. 

Itu je nak cerita pasal Tudung Aidijuma..kalau susah nak pergi CS, boleh beli dengan saya je, OK?


Whatsapp 017-3416762 untuk keluaran terbaru.



TUDUNG AIDIJUMA: JUALAN PRA RAMADHAN DAN AIDILFTIRI

Assalamualaikum,

Nantikan kemunculan design terbaru daripada AIDIJUMA sempena dengan kedatangan Ramadhan dan Aidilfitri.


Semua cantik dan pada harga mampu milik.

Tunggu update seterusnya ye!

SMS/Whatsapp : 017-3416762







FANPAGE NAURA

Assalamualaikum,

Sahabat semua, saya telah pun memiliki satu fanpage untuk jualan tudung aidijuma dan selimut tampal.

Mohon like ye kepada yang sudi.

Terima kasih banyak-banyak.



KLIK SINI UNTUK LIKE YA!

SELIMUT TAMPAL STOK TERBARU

Assalamualaikum,

Stok terbaru sudah sampai!!!

Harga RM35 .

Kos pos domestik 1-2 helai  = RM7

Saiz - 6 kaki 1/2 x 5 kaki

Whatsapp/sms/call 017-3416762

Pos setiap Sabtu sahaja kecuali Sabtu minggu pertama dan ketiga.


Kod 1

Kod 2

Kod 3

Kod 4

Kod 5

Kod 6

Kod 7

Kod 8

Kod 9

Kod 10

Kod 11

Kod 12

Kod 13

Kod 14

Kod 15

Kod 16

kod 17

Kod 18

Kod 19

Kod 20

Kod 21

Kod 22

Kod 23

Kod 24


Tudung Aidijuma White Label

Assalamualaikum,

Kali pertama cuba jual tudung aidijuma..daripada 30 helai, ini je lagi yang tinggal.

3 helai = RM48 termasuk kos pos.

Berminat boleh sms/whatsapp/call 017-3416762.

 

UPDATE TERKINI @ 3/5/2014@ 8 MALAM - SEMUA STOK DI ATAS TELAH HABIS DI JUAL!

TUNGGU MINGGU DEPAN UNTUK STOK WHITE LABEL YANG BARU, OK!
TERIMA KASIH UNTUK MEREKA YANG MEMILIH MEMBELI DI SINI.

Tudung Aidijuma - Stok Terbaru

Assalamualaikum,

Tumpang singgah jap nak bagitau kat sini, saya akan mula menjual Tudung Aidijuma tak lama lagi.

Beberapa hari lagi, saya akan update stok.

Boleh sms 017-3416762 kalau nak tanya apa-apa mengenai stok tudung sebelum saya update gambar.

Harga RM14 sehelai tidak termasuk kos pos.

Terima kasih.

Sekian. 


BLOG INI AKAN DI TUTUP!

Assalamualaikum,

Oh lama sungguh saya tak up sebarang entry..sama lama dengan hilangnya MH370.

Rindu untuk berblog menggebu-gebu di dalam sanubari.
Rindu nak menulis apa je yang bersarang dalam hati.
Rindu nak berblogwalking macam waktu-waktu yang berlalu pergi
Rindu pada teman-teman maya yang sehati
Seorang demi seorang teman berlalu pergi
Baru tersedar tiada lagi yang sudi kemari

Oh bersawang sawang blog ini kini

menambahkan lagi suram dan muram

Tuan blog berada di dalam kesibukan yang tiada penghujung.

Memiliki baby di usia 40 an tanpa memiliki pembantu memang menuntut seribu ketabahan.
Saya sangat salute salute salute kepada ibu yang boleh handle tugas rumahtangga dan pejabat dengan baik tanpa adanya pembantu.

Saya akui kudrat saya tidak la hebat mana untuk meladeni semua tugasan
lantaran itu blog ini bukan lagi keutamaan

Saya sedang berkira-kira untuk menutup blog ini..mungkin tamat je tempoh domain pada akhir May nanti, blog ini akan terkubur tanpa nesan...namun kalian sentiasa bertakhta di hati..andai ada kesempatan dan ruang, Insyaallah akan kembali memeriahkan dunia blog.

Saya sangat suka untuk menulis walaupun tak ada bakat untuk menulis sesuatu yang hebat namun kekangan masa begitu menghambat.


Jadi kena tunggu masa yang betul-betul sesuai, betul-betul bersedia untuk kembali aktif, time tu baru la saya akan fikirkan untuk kembali menulis di blog.

Time tu saya akan buru semula teman maya yang pernah menghuni hati saya.

TERIMA KASIH KEPADA YANG PERNAH DAN MASIH SUDI DATANG MENJENGAH.


Ameerah Zahra kini 10 bulan


Kisah Umar dan Kotak Mesej

Assalamualaikum,

Nak share satu cerita,,,pada saya sangat kelakar la sebab saya ni memang orangnya adalah lambat pick up sikit jenisnya.

Jumaat lepas, ambik Umar daripada sekolah, masuk je kereta dia bagitau dapat hadiah.

Umar : Mama...Umar dapat duit 3 ringgit untuk hadiah saguhati Pertandingan Hafazan, Umar dapat tempat ke 4.

Saya: Alhamdulillah...RM3 pun takpe, yang penting Umar dah berusaha sungguh-sungguh menghafaz hari tu.

Umar: Duit tu dapat dengan kotak mesej.

Saya: Kotak Mesej? Kotak apa tu?

Umar: Alaaaa...kotak mesej yang macam dalam handphone mama tuu...
( dia lukis dengan tangan tergawang-gawang, isyarat kotak)

Saya: Mama tak faham la..mesej ke maxis?

Umar: Mesejjjjj..kotak mesej...

Saya: Ok ok nanti kita sampai  kat transit kakak, Umar tunjukkan  pada mama macam mana kotak mesej tu.

Sampai di transit ..laju-laju dia ke tempat duduk belakang, keluarkan kotak mesej...

Umar: Ni haaa..kotak mesej..tak tau ke ???

Laa haaiiiii saya tergelak besar atas kelembapan sendiri...

Envelope rupanya..alahai....

Bila di fikirkan , memang la Umar dan kebanyakkan anak-anak kita tengok simbol kotak mesej tu di dalam handphone je..secara realnya memang tak pernah tengok kot..

Mana ada orang hantar surat lagi sekarang ni..semunya terima simbol tu je baik di dalam email atau pun sms.

Otak saya tak berfikir mengikut zaman agaknya....masih dalam zaman dulu kala...


Ni Umar yang ambik sendiri gambar ni..


UMAR DAN LELAH BERPISAH TIADA

Assalamualaikum,

Risau betul bila cuaca berjerebu begini..biasanya kalau jerebu mesti Umar senang dapat lelah. jadi ibu ni semua benda kita risaukan..bukan takat risaukan duit ringgit, kerja rumah, kerja ofis, cuaca pun jadi hal jugak untuk dirisaukan.

Satu lagi, kalau cuaca panas macam sekarang ni , kalau dah panas sangat tu tekak sentiasa
kering, Umar memang akan curi-curi bila minuman berais di sekolah. 

Tau je la orang ada ASMA ni memang bermusuh ketat dengan ais dan habuk. 

Isnin lepas Umar dah mula menampakkan tanda-tanda kurang sihat. 

Tapi dia tetap ke sekolah macam biasa. Umar tak ada masalah nak ke sekolah tapi kalau
tak sihat tu memang laju je cakap tak nak sekolah.

Macam pagi-pagi Selasa tu , celik mata je terus bagitau tak nak pergi sekolah.

Sakit kepala, katanya. 

Bila rasa badan dia, panas sangat. Dah start risau dah....

Jadi hari tu dia dapat mc. Doktor cakap demam je, paru-paru ok.

Rabu ke sekolah seperti biasa tapi time petang nak jemput dia memang nampak dia macam 
tak bermaya je...

Malam tu dah mula serba tak kena..tanda-tanda paru-paru dia sempit. Memang kena banyak
bersabar kalau dia dah mula tunjuk sikap serba tak kena macam tu.

Bagi ubat dan ambik inhaler..tidur kejap lepas tu terjaga menangis-nangis.
Sebenarnya dia rasa panas badan , tu yang dia menangis-nangis.
Ambil tuala, basahkan, letak di dahi..baru la nampak dia tidur dengan lena walaupun ada terjaga sesekali .

Kami dah faham dah dengan keadaan dia macam tu kalau dia nak lelah.

Pagi tadi ke Pusrawi untuk jumpa Dr Ruzini.

Doktor cakap paru-paru sempit tapi tidak seteruk bulan 10 hari tu.
Kali ni tak perlu masuk wad tapi kena ulang ambik gas je.

Malam ni kena ambik lagi..ni baru je lepas ambik gas.

Umar ni kan suka benar masuk wad..tadi masa Doktor cakap kali ni tak perlu masuk wad, dia memang kecewa sangat-sangat. Kita ni berdoa sepanjang masa jangan la kena masuk wad sebab insurans hanya cover 60% je daripada keseluruhan bil nanti hu hu...tapi kalau dah memang kena masuk wad, apa pun tetap masuk jugak, duit boleh dicari selagi tulang empat kerat laki bini ni masih boleh bekerja.

Perasaan dia bila dapat masuk wad di Pusrawi adalah sama seperti kita check in di hotel. Ini memang perasaan semulajadi sejak dulu lagi..orang lain semua takut kena masuk wad tapi dia sangat la happy.
Tadi dia mengomel kenapa la doktor tak bagi masuk wad.

Dia tak tau mama dia urut dada kelegaan..fuhhh...

ni gambar bulan Jan hari tu...hari ni Umar tak bagi ambik gambar dia..


Dapat 2 hari mc, dia akan tinggal bersama Zahra di rumah makcik..saya kena kerja macam biasa.
Kalau la ibu yang menjaga anak sakit dapat MC jugak kan best...

Ok la ada tip tak untuk hilangkan penyakit lelah ni?


Menuai Hasil Berblog:TQ Nuffnang

Assalamualaikum,


Tadi buka email sebab nak check 1 perkara yang lain tetapi terima sesuatu yang lain pulak.

Hmm yang ditunggu tak kunjung tiba tetapi yang memang tak ada dalam ingatan muncul pulak.

Saya memang tak ingat tentang duit hasil berblog ni yang saya keluarkan pada 1/12014 hari tu..
tup tup terima email daripada NUFFNANG.

Alhamdulillah...syukur..

Ini adalah saat yang menggembirakan bagi mereka yang bergelar blogger. Tak kira la nilai besar
atau nilai kecil, kepuasan berblog itu lebih penting.

Jumlah RM172 tu sebenarnya bukan la untuk sebulan, bukan jua 2,3 bulan tetapi menjangkau 
hampir 2 tahun hu hu..lama tu...kalau di bahagi dengan 20 bulan dapat berapa agaknya sebulan ye?
Kira la sendiri ehh...

Sebenarnya tahun lepas adalah tahun yang sangat lemau..3 bulan morning sickness memang 
benci gila dengan blog..tengok pc pun rasa nak muntah.

Lepas habis morning sickness, mai pulak sedikit dugaan lain...masalah bleeding..mula tu dah mai
rasa nak rujuk dengan blog tapi dek kerana runsingkan kandungan terus putuskan semula hubungan dengan blog...terbiar lagi..

Tak cukup dengan masalah bleeding, ujian ultrasound menunjukkan kedudukan bayi terbelit tali pusat..sejak tu blog memang tak ada dalam fikiran..tinggalkan terus hingga habis pantang.

Kesimpulannya, berbaloi la dapat RM172 ni walaupun saya gantung blog ni tak bertali hampir setahun.

Jadi, tahun ni kena kejar balik apa yang telah saya tinggalkan..ganti semula waktu yang telah hilang.
tapi......mengikut kemampuan dan keperluan saya..tak boleh nak sesuka hati on pc seperti sebelum adanya ZAHRA ku itu.

Impian saya nak mengikuti jejak langkah blogger yang berjaya duduk di rumah, jadikan blog sebagai sumber pendapatan...saya tau untuk sampai ke tahap tu memang bukan semudah mengira 1,2, 3 tidak jugak semudah menghafal A,B,C..bukan semudah ambik nasi suap ke mulut..semuanya memerlukan daya tahan yang kental, usaha bukan sedikit, pengorbanan yang melaut dan melangit.

Saya pasti ramai juga blogger yang seimpian dengan saya. Betul tak?

Terima kasih kepada NUFFNANG kerana tetap menyediakan ruang untuk blogger seperti saya
tidak hanya kepada mereka yang meletop top top.:)



Cuti-Cuti Terengganu

Assalamualaikum,

Ini sebenarnya entry mengenai balik kampung hari tu..
bukannya seperti yang anda fikirkan..
bukan entry percutian.

Balik kampung sempena Tahun Baru Cina.

Dah kampung saya di Terengganu dan time tu memang saya sedang bercuti..
Jadi kena la kan dengan tajuk Cuti-cuti Terengganu.

Balik hari tu adalah balik kampung yang paling singkat..
3 hari je sebab sekolah Nadhirah dan Umar cuti pada hari Jumaat je..
Isnin depannya tu dah pun sekolah.

Rasa agak tergesa-gesa tetapi ini la cuti balik kampung yang paling best.

Biasa kalau balik kampung mesti memerap je.

Tapi tidak untuk kali ini.

Adik sekeluarga pun balik jugak, makcik ikut sekali.
Itu yang menambah perisa keseronokan tu.

Bertolak Khamis malam Jumaat , jam 10 malam.
Sampai di Terengganu pukul 3 kot..eh lupa la.
Lebih kurang la kot..

Jumaat lepas solat Zohor, kami pakat lepak di tepi laut.
Pantai Telipot..ala dah selalu pun up gambar pantai ni ..
Tak jauh mana pun dari rumah.

Bawak bekalan bihun goreng, keropok keping goreng, keropok lekor goreng,
Air, perapan ayam dan ikan untuk dibakar di tepi laut.



Pakat menunggu ayam siap di bakar..
yang belakang sana tu sedang membakar.
2 adik saya tu memang rajin kalau bab bakar-membakar BBQ ni.
Biasanya kami sediakan sotong sekali tapi kali ni ayam dan ikan je.
Bajet kena potong sebab kenaikan harga barang hi hi gurau je!




Cantik suasana kat sini...






Gambar makanan tak ada...sebab semua kebulur, siap je dibakar terus ngappp.

Lepas makan lepak sampai la pukul 5 lebih...

Umar dan Nadhirah memang teringin nak mandi laut tapi tak dapat
lampu hijau daripada bos besar..jadi pendam je la keinginan tu..

Seronok duduk tepi laut..tengok laut..mengadap Pulau Redang
Plan nak bercuti 1 keluarga besar kami ke sana tahun depan.
Tahun ni kita memandang dari kejauhan je dulu.

Malamnya rehat je kat rumah..

Esoknya sekali lagi kami lepak tepi laut.
Kali ni bawak bekal keropok lekor goreng dan pisang goreng.
Air kelapa muda...bestnya terutamanya musim panas macam sekarang ni.
Minum pulak ais, sejuuukkk tekak.

Lepak sampai Asar, lepas tu balik rumah.

Malamnya lepas solat Maghrib terus bersiap untuk keluar ambik angin malam.

Kali ni pakat gi ke Masjid Kristal.
Nama je orang Terengganu...ni baru kali pertama nak jejak ke situ.

Ramai la orang time tu sebab kebetulan cuti kan..
Nak pergi siang memang panas terik, pergi malam pulak gelap je 
bila bergambar.

Kejap je pusing-pusing Masjid Kristal ni..
Janji dengan Nadhirah dan Umar akan datang lagi..
Kali ni waktu awal pagi pulak.

Dan juga balik sekali lagi nak ke Muzium Losong
tak jauh pun dari Masjid Kristal ni.








Cantik kan Masjid ni? Tersergam indah.
Rasa macam tak percaya ini adalah di Terengganu.

Banyak lagi tempat menarik di Terengganu...pendek kata tak rugi la 
kalau anda memilih untuk datang bercuti di Terengganu.

Makanan pun sedap-sedap..harga makanan pun tak la mahal mana.

Kalau nak makan ikan segar, meh la tunggu di tepi -tepi pantai..
nelayan baru naik ke darat bawak naik ikan-ikan segar..

Ikan segar  manis je isinya..

Keropok lekor pun sedap kat area kampung saya ni..
setaraf la dengan keropok lekor Losong.

Apa lagi yang menarik di Terengganu ni?
Pastinya la pulau-pulaunya..

Haa yang ni kena tunggu kami bercuti di salah satu pulau
yang ada di Terengganu..lepas tu saya kongsikan.

Bajet macam dah nak perg..padahal bajetnya belum ada pun lagi.

Ok Selamat Bercuti kepada mereka yang telah memilih untuk 
datang ke Terengganu, Negeri Kami!