TESTIMONI EPHYRA: JUJUR DARIPADA TUAN BLOG

Assalamualaikum,

Ephyra dah terlalu hot nampaknya sekarang ni..
sana sini pakat buat review untuk EPHYRA. 
Rata-ratanya memberikan review yang sangat positif!.

Kalau tak hot, masakan kehabisan stok buat masa ni 
(untuk premium set).


Produk apa sekali pun tentunya memberikan kesan 
yang berlainan bagi setiap individu. 
Ada tu, baru je ambik beberapa sachet dah menunjukkan

perubahan yang menakjubkan, ada pulak tu ambik
berkotak-kotak baru nak nampak kesan.
Tindakbalas badan kita tak sama.

Itu sebabnya saya memberikan tempoh yang lebih panjang 
berbanding orang lain untuk memberikan review .



Saya mula consume EPHYRA ni pada awal tahun baru ni..
saya dah niat nak istiqomah minum EPHYRA ni sampai
40 hari pertama dan cuba tengok kesannya macam mana,
kalau ada perubahan positif baru boleh up entry.


Saya tak reti nak tulis panjang-panjang. 
Ini perubahan kecil selepas 40 hari saya minum EPHYRA.

1.RASA
Saya suka rasanya  masam-masam manis seperti oren, 
adik saya cakap seperti rasa air sunquick  tanpa gula. 
Memang tak ada masalah untuk diminum , tak seperti
sesetengah produk tu memberikan rasa jemu bila diminum
setiap hari,tambahan pulak produk lain selalunya berperisa 
coklat dan vanilla.

Rasanya yang masam manis tu boleh buat kita rasa segar
apatah lagi di minum pada waktu pagi. 

Ada saya baca review salah seorang pengguna mengatakan
beliau rasa kenyang hingga ke petang bila minum EPHYRA. 
Saya pulak tak ada rasa kenyang kerana mungkin saya 
menyusukan baby, jadi tahap kelaparan saya 
adalah seperti biasa.

Pukul 7 pagi minum EPHYRA, pukul 10 pagi saya 
minum MILO dan beberapa keping roti.

Lunch hour pulak makan nasi seperti biasa. 
Kalau boleh kenyang hingga ke petang secara tak langsung
EPHYRA boleh membantu kuruskan badan jugak la…

2. PENGHADAMAN

EPHYRA ni memang membantu memudahkan saya membuang
air besar setiap pagi. 

Sebelum ni memang saya jenis sembelit tegar. Selepas
menggunakan EPHYRA, ianya seperti semulajadi je.
Tak ada sakit perut memulas macam makan jamu
atau apa-apa jenis ubat pelawas. 

3. REKAHAN PADA TUMIT KAKI
Semenjak saya menghadapi masalah terlebih 

lemak jahat dalam badan, tumit kaki menjadi
mangsa rekahan yang sangat kronik.

Bukan tak sapu losyen,dah jenuh menyapunya.
kalau tak buang  botol2 losyen Vaseline, Baby Johnson 
mau rumah saya tu dipenuhi botol-botol losyen..
mungkin jugak kurang air sebab tu makin parah jadinya.

Selepas 40 hari ni, ada la nampak perubahan sikit pada 

kesan rekahan tu..
nak kata licin tu memang tipu la kan…memang akan ambik
masa yang sangat panjang untuk kembali licin seperti dulu
dan pastinya kena kurangkan berat badan sekali.

Saya nak tunjuk gambar tapi macam malu la ..
sebab teruk sangat rekahan pada tumit kaki saya ni.

Tapi kalau tak up gambar kang orang cakap tipu pulak .
hmm kita up la 2 gambar. 1 gambar tu sebelum ambik EPHYRA
dan 1 lagi tu hari ni punya gambar, selepas 40 hari. 

SEBELUM MULA MENGAMBIL EPHYRA
SELEPAS 40 HARI MENGAMBIL EPHYRA
Tak tau la kot orang nampak macam tak ada perbezaan..
(jangan kutuk tumit kaki saya ni! aiipppp berdosa gelakkan orang tua tau!)

4. SUSU BADAN
Agak ketara pengeluaran susu menjadi bertambah

walaupun bukan lah meriah mana tetapi ada pertambahan.
Saya memang menghadapi masalah kekurangan susu badan
sebelum ni walaupun dah cuba milk booster.
Sekarang ni lega sikit la sebab susu mencukupi untuk keperluan 
si cilik saya.

5. JERAGAT

Selain masalah tumit kaki pecah dengan jayanya, muka saya ni pulak
diselaputi jeragat yang sungguh menggangu pandangan mata yang 
memandang .

Kalau tak ada jeragat ni mungkin saya akan lebih cantik berbanding
Fathia si Ariana Rose tu… ha haaaa... sumpah lawak ni tak kelakar !

Setakat ni, saya tak rasa ada perubahan pada kesan jeragat ni. 
Mungkin ada tapi satu perubahan yang sangat ‘seni’ untuk dirasai 
oleh tuan punya badan dan dilihat oleh mata mereka yang memandang.

Dari segi kecerahan dan keanjalan serta kegebuan kulit tu…
rasanya mungkin ini pun terlalu ‘seni’ untuk dilihat.Tunggu selepas
120 hari ye..nanti saya update tentang kegebuan kulit pulak..
harap-harap kulit saya akan menjadi segebu kulit Zahra saya tu..

Itu la perubahan yang saya alami, mungkin sangat berbeza
daripada orang lain . 

Lain orang lain tindakbalas dan kesan yang dirasai dan dialami.
Kalau nak tau apa yang anda akan rasai, alami..
tu kena la sendiri yang cuba.

Nak cuba tak?


Trial Set 10 sachet bagi yang nak cuba-cuba dulu
 = RM68 Semenanjung Malaysia, 
RM78 Sabah dan Sarawak.

Premium Set 30 Sachet , Free Gift Shaker dan Recycle Bag bag
 = RM197 Semenanjung Malaysia, RM207.



BAKAL MENJADI MILIK ANDA!
(STOK PREMIUM SET BERMULA 20/2, SEKARANG TIDAK ADA STOK)
Boleh buat pesanan daripada saya ,SMS 017-3416762.

1 comments :

Irfa berkata... [Reply to Comments]

suka testimoni ikhlas ;)
betul tu, kesan x sama bg semua org
ada makan 2 sachet dah nampak hasil
ada yg berkotak baru nampak hasilnya, itu pun seni sgt ;)

Catat Ulasan