18 January 2014

Syok Sendiri

Assalamualaikum,

Beria-ria berazam nak update blog sehari 1 entry tapi realititnya hanya bertahan
sehari dua je azam tu terlaksana.

Tiap hari saya tengok blog saya, tapi sekadar tengok melalui handphone je...
pulak tu handphone ni takat boleh baca blog je, nak update blog sila on pc ye!

Nak on pc tu la yang bercinta kalau ada Cik Zahra..dia memang rajin sangat..
rajin nak menyibuk tekan keyboard! Lagi satu dia sangat suka tarik mouse.

Kalau on wifi, memang wajib saya tengok blog saya, kadang tu sampai berentry-
entry saya baca..baca entry lama-lama, entry sendiri,itu la sebabnya tajuk entry ni
Syok Sendiri!

Baca tentang entry kehamilan...memang banyak dugaan ketika mengandung hari tu.
Alhamdulillah semuanya berakhir dengan selamat. 

Hari pertama Zahra dilahirkan

Hari terakhir Zahra di dalam perut.

Ada suara-suara nakal yang bertanya : tak nak pregnant lagi ke untuk kali yang last?

Ambooii untuk kali yang ke last tuuu.....umur sekarang dah 41.

Ye memang ada yang pregnant di usia 42, 43..tapi saya ni bersalin hari tu secara Czer,
kena tunggu 2-3 tahun baru boleh pregnant lagi.

Jadi senang cerita, kalau diizinkan Allah, cukuplah 3 orang yang ada ni. 
3 permata hati saya
Kadang-kadang tengok kawan-kawan yang susahnya nak dapat anak, siap ambik anak
angkat lagi..kita rasa bersyukur sangat sebab dimurahkan rezeki oleh Allah,
dikurniakan 3 orang cahayamata yang sihat, comel dan sempurna.

Hari-hari tak jemu-jemu baca entry sendiri..psiko ke apa tak tau la.

Selain tu, lagi psiko, hari-hari baca entry blogger lain tentang percutian.
Paling kerap percutian ke Eropah hu hu. Eh mana tau ada rezeki kita pun boleh pergi
jugak.

Last bercuti masa mengandung 7 bulan - ke Genting 




Harap-harap tahun ni dapat la bercuti walaupun dekat-dekat sini je pun.

Apa yang pasti, perancangan untuk bercuti ke Terengganu pada cuti Tahun Baru Cina 
nanti.

Itu pun bercuti jugak kan?




14 January 2014

Kangkung Murah! Meh kita Goreng Belacan .

Salam Maulidur Rasul untuk semua.

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Rasulullah S.A.W

Hari ni awal pagi lagi Zahra dah terjaga walhalnya malam tadi 
tidur pukul hampir pukul 1 pagi.Zahra ni suka menguji keupayaan 
mama dia untuk mencelikkan mata dalam tempoh melebihi 
yang sepatutnya.

Sejak dalam pantang sampai la sekarang ni berapa kali la agaknya 
dia tidur awal. Memang tak kasi can langsung mama dia nak 
bersenang lenang ye!

Pagi ni kami bersarapan dengan  karipap goreng dan mee goreng.
Alhamdulillah.

Konon hari ni nak mula diet bersempena dengan hari mulia, 
hari Maulidur Rasul...nampaknya masih terbabas hu hu.

Umar pulak macam biasa la dia..sentiasa bangun awal.
 Hari ni Umar siapkan kerja Pendidikan Seni..
seperti biasa jugak mama kena la join sekali, 
baru la mood untuk menyiapkannya bertambah up.
Umar ni kan special sikit , kalau tak kena gaya habis terlingkup.

Nadhirah tidur rumah Ucu...suka benar tidur sana sekarang, 
sebab utama kerana senang tak perlu nak berebut TV dengan Umar. 
Kakak sulong sentiasa mengalah tapi ada waktunya keras hati jugak.
Sama macam mama dia jugak la....kerap benar kena mengalah..
cuba keras sikit mula la cakap keras hati la, kuat melawan la...
sudahnya kekal macam ni la, angguk je la dalam kebanyakkan perkara.

Tengah hari ni plan nak masak nasi dan goreng kangkung je...
katanya kangkung murah kan..ini kangkung beli Ahad lepas.
tak perasan pulak murah, beli seikat RM1 macam biasa jugak la.

Best kan kangkung kalau digoreng dengan belacan..
ada pulak tomyam, telur dadar..fuhhhh ghaib niat nak berdiet.

Itu je pun cerita hal kangkung.

p/s: sahabat semua masak apa hari ni? kangkung jugak ke?

06 January 2014

Kisah Datin Norjuma juga yang popular!

Assalamualaikum,

Nampaknya tak tercapai nak up 1 entry setiap hari!
Macam mana la orang mampu up entry sampai 5-8 entry
sehari. Tabik!

Saya suka tengok jumlah view setiap entry saya di blog ini.
Kalau kisah peribadi saya kurang 50 view pun.
Cuba kalau kisah Datin Norjuma, sampai beribu-ribu view!
Tau la saya ni tak sepopular Juma, tapi dia pernah gemuk macam saya
jugak! Ada persamaan di situ!

Setiap hari, carta catatan popular di blog ini diungguli oleh kisah Juma.
Apa la yang mereka kalut nak tau sangat pasal dia neh?
Cuba-cuba la sibuk nak tau hal orang lain jugak..hal jiran sebelah ke.

Idea nak tulis entry betul-betul tersekat...ni saya baru je taip A, kang datang pulak
tangan kecik taip huruf ,./,,,/,/';l ..sapa lagi kalau bukan Zahra.

Ada beberapa buah novel yang beratur untuk direview.
Ada juga yang menunggu untuk dibaca.
Semuanya menunggu masa yang betul-betul lapang.
Sekarang ni nak menunggu masa lapang memang susah betul
Kalau Zahra tidur, ada pulak kerja lain lebih penting berbanding
mengadap blog dan membaca novel.

Eh jangan terpedaya dengan tajuk entry ni ye!
Saya tak ada tulis apa pun mengenai Juma kali ni.
Jangan harap ada berita sensasi atau apa la.

Memang ada dia keluarkan tudung yang terbaru
sempena 2014 ni..saya belum tengok lagi.
Nanti saya promote kat blog.

Ok la, merapu je lebih , tak boleh nak fokus.
Zahra menangis dalam dukungan abah dia.
Sebelum tangisan bertukar kepada raungan
baik saya noktahkan entry merepek ini.


04 January 2014

Review Novel Cinta Pencuri Mimpi|Lynn Dayana

Assalamualaikum

Saya cuba mencari masa daripada 24 jam yang ada
untuk luangkan sedikit kepada hobi yang memang 
berakar umbi sejak usia 10 tahun lagi.

Membaca novel ..... ada masanya rasa macam 
membuang masa je..tetapi selalunya rasa satu terapi.

Terasa membuang masa bila novel tu tersangatlah "novel"
maksudnya tidak begitau realistik , terlalu rekaan.
Saya memang akui tak pandai nak menulis novel ,kalau tulis
jugak mungkin jadi satu mimpi ngeri kot kepada pembaca.

Tapi sebagai pembeli dan pembaca, kita ada hak untuk
memberi sedikit komen baik pujian atau kritikan.
Sekurangnya memberi peluang kepada penulis untuk
memperbaiki lagi mutu tulisan mereka.

Bermula 2014, saya tetapkan untuk membaca 1 novel seminggu,

jadi ada la bahan untuk up entry review novel tiap minggu.

Untuk minggu pertama 2014 ni, saya baru je selesai membaca 

novel Cinta Pencuri Mimpi hasil tulisan Lynn Dayana.



















Saya tidak mempunyai kearifan untuk membuat review yang dasyat-dasyat
cukuplah kalau saya katakan novel ini tidak membosankan dan tidak rugi
membeli dan membacanya.

Pendek kata - BOLEH LAYAN LA.

Mengisahkan 2 watak utama.

Zara Airis & Zahier Arshad - pandai pilih nama ye, Lynn  - ZA
Berbeza karakter tetapi serasi bersama.

Kehidupan mereka berwarna warni dengan jalan hidup tersendiri.

Permulaannya saya tidak terfikir mereka mereka akan melalui fasa
dugaan sebegitu selepas perkahwinan ZA ni.

Pertemuan pertama di dalam suasana yang sangat ringkas, 
Zahier tengok Airis jatuh pokok!

Bermula daripada saat jatuh gedebuk itu la hati sudah dup dap dup dap ..
perasaan indah mula menyelinap.
Tapi Airis tak ada rasa pun lagi pada Zahier ni.

Menulis novel bukan perkara mudah..kita menjadi penulis tentu memikirkan 
pengajaran yang ingin kita sampaikan kepada pembaca.
Kalau takat main tulis je, tak ada bentuk pengajaran yang boleh diambil
oleh pembaca, macam tak ada sumbangan rohani la pada pembaca.
Keseronokan lahiriah semata-mata je la.

Apa yang saya dapat daripada novel ni:

1. Hanya dengan mengingati Allah, hati pasti tenang

terima kasih Lynn....atas peringatan ini.
2. Kemewahan dunia tanpa bekalan untuk akhirat hanya menjerumuskan
diri ke neraka jua akhirnya.

3. Hubungan persahabatan yang akrab antara Airis, Hana dan Maiza

  serta hubungan persahabatan antara Taufik dan Zahier. Persahabatan
 yang ikhlas bukan ketika senang semata.

4. Ikatan kekeluargaan yang erat - Airis, Kak Ros dan Abang Muaz 
serta ikatan kekeluargaan Taufik. Saya senang sekali dengan kedua keluarga
ini.

5. Kasih sayang pengikat sesebuah hubungan.

6. Jauhkan diri dari tempat maksiat. Macam Zahier tu suka pergi tempat macam tu,
akhirnya terjadinya zina walaupun konon prinsip dia tak kan minum dan tiduri wanita
selagi belum berkahwin.

Apa yang saya tak puas hati sikit, macam tergantung kisah Qistina dan 
kisah keluarga Maiza tu..part tu macam longgar sikit rasanya.

Ada kesalahan ejaan jugak.

Itu jelah review daripada saya...taip dengan dibantu oleh Zahra.

Tahniah untuk Lynn Dayana!