07 March 2014

Kisah Umar dan Kotak Mesej

Assalamualaikum,

Nak share satu cerita,,,pada saya sangat kelakar la sebab saya ni memang orangnya adalah lambat pick up sikit jenisnya.

Jumaat lepas, ambik Umar daripada sekolah, masuk je kereta dia bagitau dapat hadiah.

Umar : Mama...Umar dapat duit 3 ringgit untuk hadiah saguhati Pertandingan Hafazan, Umar dapat tempat ke 4.

Saya: Alhamdulillah...RM3 pun takpe, yang penting Umar dah berusaha sungguh-sungguh menghafaz hari tu.

Umar: Duit tu dapat dengan kotak mesej.

Saya: Kotak Mesej? Kotak apa tu?

Umar: Alaaaa...kotak mesej yang macam dalam handphone mama tuu...
( dia lukis dengan tangan tergawang-gawang, isyarat kotak)

Saya: Mama tak faham la..mesej ke maxis?

Umar: Mesejjjjj..kotak mesej...

Saya: Ok ok nanti kita sampai  kat transit kakak, Umar tunjukkan  pada mama macam mana kotak mesej tu.

Sampai di transit ..laju-laju dia ke tempat duduk belakang, keluarkan kotak mesej...

Umar: Ni haaa..kotak mesej..tak tau ke ???

Laa haaiiiii saya tergelak besar atas kelembapan sendiri...

Envelope rupanya..alahai....

Bila di fikirkan , memang la Umar dan kebanyakkan anak-anak kita tengok simbol kotak mesej tu di dalam handphone je..secara realnya memang tak pernah tengok kot..

Mana ada orang hantar surat lagi sekarang ni..semunya terima simbol tu je baik di dalam email atau pun sms.

Otak saya tak berfikir mengikut zaman agaknya....masih dalam zaman dulu kala...


Ni Umar yang ambik sendiri gambar ni..

06 March 2014

UMAR DAN LELAH BERPISAH TIADA

Assalamualaikum,

Risau betul bila cuaca berjerebu begini..biasanya kalau jerebu mesti Umar senang dapat lelah. jadi ibu ni semua benda kita risaukan..bukan takat risaukan duit ringgit, kerja rumah, kerja ofis, cuaca pun jadi hal jugak untuk dirisaukan.

Satu lagi, kalau cuaca panas macam sekarang ni , kalau dah panas sangat tu tekak sentiasa
kering, Umar memang akan curi-curi bila minuman berais di sekolah. 

Tau je la orang ada ASMA ni memang bermusuh ketat dengan ais dan habuk. 

Isnin lepas Umar dah mula menampakkan tanda-tanda kurang sihat. 

Tapi dia tetap ke sekolah macam biasa. Umar tak ada masalah nak ke sekolah tapi kalau
tak sihat tu memang laju je cakap tak nak sekolah.

Macam pagi-pagi Selasa tu , celik mata je terus bagitau tak nak pergi sekolah.

Sakit kepala, katanya. 

Bila rasa badan dia, panas sangat. Dah start risau dah....

Jadi hari tu dia dapat mc. Doktor cakap demam je, paru-paru ok.

Rabu ke sekolah seperti biasa tapi time petang nak jemput dia memang nampak dia macam 
tak bermaya je...

Malam tu dah mula serba tak kena..tanda-tanda paru-paru dia sempit. Memang kena banyak
bersabar kalau dia dah mula tunjuk sikap serba tak kena macam tu.

Bagi ubat dan ambik inhaler..tidur kejap lepas tu terjaga menangis-nangis.
Sebenarnya dia rasa panas badan , tu yang dia menangis-nangis.
Ambil tuala, basahkan, letak di dahi..baru la nampak dia tidur dengan lena walaupun ada terjaga sesekali .

Kami dah faham dah dengan keadaan dia macam tu kalau dia nak lelah.

Pagi tadi ke Pusrawi untuk jumpa Dr Ruzini.

Doktor cakap paru-paru sempit tapi tidak seteruk bulan 10 hari tu.
Kali ni tak perlu masuk wad tapi kena ulang ambik gas je.

Malam ni kena ambik lagi..ni baru je lepas ambik gas.

Umar ni kan suka benar masuk wad..tadi masa Doktor cakap kali ni tak perlu masuk wad, dia memang kecewa sangat-sangat. Kita ni berdoa sepanjang masa jangan la kena masuk wad sebab insurans hanya cover 60% je daripada keseluruhan bil nanti hu hu...tapi kalau dah memang kena masuk wad, apa pun tetap masuk jugak, duit boleh dicari selagi tulang empat kerat laki bini ni masih boleh bekerja.

Perasaan dia bila dapat masuk wad di Pusrawi adalah sama seperti kita check in di hotel. Ini memang perasaan semulajadi sejak dulu lagi..orang lain semua takut kena masuk wad tapi dia sangat la happy.
Tadi dia mengomel kenapa la doktor tak bagi masuk wad.

Dia tak tau mama dia urut dada kelegaan..fuhhh...

ni gambar bulan Jan hari tu...hari ni Umar tak bagi ambik gambar dia..


Dapat 2 hari mc, dia akan tinggal bersama Zahra di rumah makcik..saya kena kerja macam biasa.
Kalau la ibu yang menjaga anak sakit dapat MC jugak kan best...

Ok la ada tip tak untuk hilangkan penyakit lelah ni?

05 March 2014

Menuai Hasil Berblog:TQ Nuffnang

Assalamualaikum,


Tadi buka email sebab nak check 1 perkara yang lain tetapi terima sesuatu yang lain pulak.

Hmm yang ditunggu tak kunjung tiba tetapi yang memang tak ada dalam ingatan muncul pulak.

Saya memang tak ingat tentang duit hasil berblog ni yang saya keluarkan pada 1/12014 hari tu..
tup tup terima email daripada NUFFNANG.

Alhamdulillah...syukur..

Ini adalah saat yang menggembirakan bagi mereka yang bergelar blogger. Tak kira la nilai besar
atau nilai kecil, kepuasan berblog itu lebih penting.

Jumlah RM172 tu sebenarnya bukan la untuk sebulan, bukan jua 2,3 bulan tetapi menjangkau 
hampir 2 tahun hu hu..lama tu...kalau di bahagi dengan 20 bulan dapat berapa agaknya sebulan ye?
Kira la sendiri ehh...

Sebenarnya tahun lepas adalah tahun yang sangat lemau..3 bulan morning sickness memang 
benci gila dengan blog..tengok pc pun rasa nak muntah.

Lepas habis morning sickness, mai pulak sedikit dugaan lain...masalah bleeding..mula tu dah mai
rasa nak rujuk dengan blog tapi dek kerana runsingkan kandungan terus putuskan semula hubungan dengan blog...terbiar lagi..

Tak cukup dengan masalah bleeding, ujian ultrasound menunjukkan kedudukan bayi terbelit tali pusat..sejak tu blog memang tak ada dalam fikiran..tinggalkan terus hingga habis pantang.

Kesimpulannya, berbaloi la dapat RM172 ni walaupun saya gantung blog ni tak bertali hampir setahun.

Jadi, tahun ni kena kejar balik apa yang telah saya tinggalkan..ganti semula waktu yang telah hilang.
tapi......mengikut kemampuan dan keperluan saya..tak boleh nak sesuka hati on pc seperti sebelum adanya ZAHRA ku itu.

Impian saya nak mengikuti jejak langkah blogger yang berjaya duduk di rumah, jadikan blog sebagai sumber pendapatan...saya tau untuk sampai ke tahap tu memang bukan semudah mengira 1,2, 3 tidak jugak semudah menghafal A,B,C..bukan semudah ambik nasi suap ke mulut..semuanya memerlukan daya tahan yang kental, usaha bukan sedikit, pengorbanan yang melaut dan melangit.

Saya pasti ramai juga blogger yang seimpian dengan saya. Betul tak?

Terima kasih kepada NUFFNANG kerana tetap menyediakan ruang untuk blogger seperti saya
tidak hanya kepada mereka yang meletop top top.:)