Review BB Cream Seqy Beauty by Blogger Fillanie The Kasihs

KULIT WAJAH BERCAHAYA LAGI FLAWLESS 


Hi korang, apa khabar? Eh tetiba sopan sangat tanya-tanya khabar hehe..
Entry hari ni Kak Pilla nak share sikit ngan korang pasal produk BB Cream by Seqy Beauty ni.. Actually aku memang ada rasa nak try, tapi macam eh malassssnyaaaaaa... Dah jelita dah tak yah sapu apa-apa hahaha.. Memang tak laaa..

Sebenarnya Kak Pilla bukan apa.. Sekarang-sekarang ni jenis malas gila nak pakai foundation bagai.. Kalau bersiap pon just pakai compact powder je.. Kecuali kalau ada event yang rasa nak kena lawa sikit lah dari biasa... Itu baru kugagahi pakai foundation.. Sebab korang pahamlah pakai foundation pastu sapu compact powder lagi.. Memang lah menutup cela di wajah, tapi rasa rimas sebab macam selepung ke? tebal sangat ke? If malam ok lah, tak perasan sangat foundation tu tebal ke apa kann.. Kalau siang tak kuasa.

So haritu kan Kak Pilla meniaga kat Sarah Hughes Globe, jumpa lah ngan Sepet, jumpa Ceera jugak.. Aku kalau dengan Ceera memang main tolak-tolak je.. Sibuuukkkk dari mula datang globe tu sampai balik share satu kerusi.. Terpaksa duduk senget-senget tau. Nyampah sangatttt.. hahahaha.. Aku tau Ceera pon penjual Seqy Beauty BBCream ni jugak.. Eh haruslah kan.. So nak balik tu amik lah seketul nak try nanti.. I diva, i tak leh try depan-depan orang penuh-penuh kat Globe tu.. hahahahah.. 

First impression Kak Pilla suka tengok botol ni kurus dan senang nak guna.. picit je. pastu campak masuk bag makeup sebab dia kurus.. Handbag Kak Pilla ni dah macam doraemon.. Segala macam ada.. kalau ko korek nak carik barang, mungkin amik masa 3 minit baru jumpa apa yang ko carik. hahahah.. 

 Ini review ikhlas ye.. Ramai katanya customer yang dah pakai Seqy Beauty BBCream ni puas hati sebab muka tak oily.. Sebab biasanya kalau pakai foundation nanti muka oily satu macam kan? Kak Pilla pon muka jenis oily kadang rimas siap amik tissue lap satu muka.. Saiko sangat, baik tak yah pakai makeup.

Pendapat Kak Pilla pulak bila dah try benda nie.. Kak Pilla teruja sebab BB Cream ni bertindak as foundation.. Tak yah pakai bedak dah.. Ni sapu BB Cream ni je takde bedak dah lepas tu.. Pastu dia macam waterbased kot, so takde rasa 'heavy' or 'thick' kat muka.. Rasa 'ringan' je.. Tapi yang pasti menutup cela diwajah...Muka rasa gebu and licin je.. Pastu dekat lapanploh kali tanya budak opis, selepung ke? selepung ke? tepung gomak ke??? Tapi dia kata natural je.. tak selepung pun.. phewwww lega...
Lepas pakai ni round satu opis nak tengok ada orang tegur tak hahahahah.. Tapi takde yang tegur sebab semua tengah buat kerja.. kahkahkahhh... Terus Kak Pilla panggil "Kak, nampak tak beza muka saya?" Akak tu toleh "A'ah lah bersih je muka ko pakai apa????" Eh sibukkk nak tau jugak hahah.. Terus Kak Pilla cakap "Ada laaaa"... Akak tu tarik-tarik tangan cakap jangan mengada nak simpan sorang-sorang.. So Kak Pilla pon amik lah BB Cream ni bagi kat dia.. dia sibuk nak try.. Lepas try tu dia puas hati.. terus dia campak dalam handbag dia.. Hoiiiiiii sukati je amik orang punya!!! Dia cakap esok malam dia dah nak balik kampung, nanti kalau order mesti tak sempat.. So dia suruh Kak Pilla order lain, dia amik Kak Pilla punya.. Terus dia keluarkan duit bagi kat Kak Pilla.. Eh? aku tak cakap ye ke tak ke.. tetiba je... hahahahahhah.. Sabarrrr jelah aku kann..  Terus Kak Pilla order 2 ketul sebab ada lagi sorang budak office ni nak.. 

Overall Kak Pilla puas hati lah dengan BB Cream by Seqy Beauty ni.. Harga pon murah je you olls.. RM55 je seketul.. Ada banyak benefit lain jugak BBCream ni tapi malas aku nak kaji.. tu semua tak penting bagi Kak Pilla.. yang penting kulit muka nampak berseri, kulit wajah nampak flolesssssss.. itu je yang penting. hehehehe.. 


Dah baca kan apa yang Filla tulis berdasarkan pengalaman dia mencuba BB Cream SQB ni?

Kalau nak order boleh order daripada Kak Aya 0173416762 , cod Batu Caves dan Selayang.

0 comments :

Catat Ulasan