24 February 2015

Review BB Cream Seqy Beauty by Kak Aya

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Kak Aya kini dah 3 bulan sebagai agen sah Seqy Beauty iaitu sebuah syarikat bumiputera yang diasaskan oleh blogger SEPET.

Buat permulaan ni Seqy Beauty hanya mengeluarkan BB Cream dan akan menyusul dengan produk penjagaan wajah tidak lama lagi.

BB Cream ni ada 3 jenis iaitu no 1 untuk Light, no 2 untuk Natural dan No 3 untuk Brown.

Sebelum ni, Kak Aya terlebih dahulu mencuba krim ni selama  2 bulan dan baru la berani nak tulis review.

BB cream ni sebelum-sebelum ni popular di Korea..sekarang ni bukan takat di Korea je dah merata mula gunakan BB cream.

BB Cream ni lebih kurang macam foundation jugak fungsinya.

Secara jujurnya , ini kali pertama Kak Aya rasa krim yang begitu ringan di wajah, maksud Kak Aya kita seperti tidak memakai apa-apa bedak atau pun krim.

Perasan tak kalau kita pakai foundation dan lepas tu tempek pulak bedak, memang terasa la tebal je kulit muka.

Lepas tu bila keluar di tempat yang agak panas cuacanya, mesti berminyak dan kulit muka jadi bertompok-tompok tetapi kalau kita pakai krim ni memang tak ada langsung berminyak walaupun cuaca panas dan tetap nampak sekata.

Senang cakap memang nampak natural je..tak ada over terlajak bercapuk la.

Produk ni berasaskan AIR jadi sangat sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah kulit muka yang berminyak...macam Kak Aya ni ada masalah kulit berjeragat, memang mula tu terasa macam dah terlambat nak pakai BB Cream sebab dah ada jeragat tapi apa salahnya mencuba kalau ianya tidak memudaratkan.

Salah satu fungsi BB Cream by Seqy Beauty ni adalah untuk menghalang terjadinya jeragat/bintik hitam..kalau dah ada jeragat macam Kak Aya ni, BB Cream ni akan membantu memudarkan bintik hitam tu .

Cuba tengok gambar Kak Aya ni bawah ni...gambar sebelum tu memang betul-betul polos tanpa sebarang bedak atau alat mekap. Baru lepas cuci muka. Jelas nampak bintik  hitam kan?



Gambar sebelah tu selepas sapu nipis BB Cream by Seqy Beauty, tak perlu tempek tebal-tebal ye..sekali picit untuk seluruh wajah dah memadai.

Kalau yang suka tampil ringkas, dah memadai dengan menyapu BB Cream ni je tak perlu lagi tambah dengan apa-apa alat mekap, macam Kak Aya ..dah cukup yakin untuk melangkah ke pejabat, tak rasa macam over atau tak rasa macam terlalu kusam.

Dah jimat kan kalau pakai satu perkara yang mempunyai pelbagai fungsi.

Satu pek BB Cream yang mempunyai kandungan 5ml ni boleh tahan sehingga 1 bulan hingga 2 bulan berngantung kepada penggunaan. Macam Kak Aya ni hanya sapu pada waktu pagi dan selepas solat Zohor dan Asar sahaja.


Harga Rm55  bagi Semenanjung Malaysia, RM60 bagi Sabah dan Sarawak.

4 comments:

  1. Salam kak aya.. Tu lah sy baru cuba sebotol. Masa komen kak aya lmbt reply aritu sy pm VP(zaimah akak sepet). Mmg best ringat dan lama pki lg lawa warna dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe LM, dah habis yang tu order dr kak aya pulak hi hi.

      Delete
  2. saya pun lebih selesa guna bb cream ..muka nampak lebih semulajadi tapi tak melebih2 macam pakai foundation..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Diana, rata-rata customer cakap macam tu..dah habis nanti order dr kak aya tau hi hi

      Delete