07 April 2015

Emosi pesakit kegagalan buah pinggang

Assalamualaikum,

Kak Aya nak bagitau hadiah untuk pemenang contest baru diposkan hampir 8 mlm tadi menggunakan pos domestik..harap bersabar menunggu ye.

Kak Aya nak share sikit apa yang dilalui Ucu..dah genap sebulan Ucu disahkan mengalami kegagalan buah pinggang diperingkat akhir.

Bacaan creatinine adalah 1500 sebulan yang lepas, belum check darah lagi untuk melihat jumlah creatinine sekarang.

Sejak mengetahui masalah kegagalan buah pinggang itu, Ucu memang kelihatan depress namun dia cuba mengawalnya..Kak Aya tau Ucu kuat semangat orangnya, beliau seorang yang sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah, pasti ujian ini cuba dilaluinya dengan penuh keredhaan.

Kak Aya kesian melihat keadaan dia setiap kali dialisis, selalunya dia hampir pitam, berat badan sentiasa turun, selera sangat kurang, badan dah kurus melidi.

Emosi Ucu turun naik..ada waktunya sangat positif, ada waktunya macam patah harapan, namun kami semua sentiasa memberi dorongan semampu kami. 

Penghujung sebuah kehidupan ini adalah kematian. Itu pasti. Samada pesakit buah pinggang atau pun seorang yang sihat segar bugar pasti menemui kematian. Tidak dapat disangkal.

Memang Ucu tau itu..tapi perasaan memang sukar untuk dipujuk dan ditenangkan, kalau Kak Aya yang melaluinya ntah macam mana pun tak tau la...mohon jangan lah diuji dengan ujian yang berat.

Yakin lah, Allah hanya menguji mengikut kemampuan hambaNYA.

Kini, Kak Aya sekeluarga sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana yang positif jadi tidak la Ucu terasa down je..

Ucu turut mengamalkan meminum segelas air Arabic Gum, sekadar salah satu ikhtiar.

Cuaca panas meletup sekarang ni, Ucu sama seperti pesakit buah pinggang yang lain jugak hanya dibenarkan meminum 500ml air je setiap hari.

Diet Ucu pun bertukar hampir 360 darjah, kesudahannya berat menurun setiap minggu. kini sedang mencari info tentang pemakanan yang terbaik untuk pesakit buah pinggang seperti Ucu.

Ada sesiapa yang ada pengalaman untuk berkongsi diruangan komen, amatlah Kak Aya alu-alukan.

1 comment:

  1. Air Arabic gum??kena google nih..saya baru dengar ni air arabic gum..

    kak aya jadi kan nak jadi penaja GA?kalau jadi nanti comfirm kan hadiah dan laman wen atau fb ye..
    bagi kat kotak komen pun tak pe..atau email.whatsapp pun boleh tapi whatsapp saya jarang tengok,nak reply tu tak sempat, sebab bila pegang enpon anak melekat je kat saya..hahahahh

    ReplyDelete