Ketagih Tudung Aidijuma

Assalamualaikum,

Macam-macam penyakit sekarang ni yang datang menyerang..ada virus jahat yang sukar nak dibendung.

Biasanya virus yang datang menyerang tu ada kaitan dengan nafsu dan duit.

Tau tak kegilaan apakah yang sedang melanda Kak Aya ni?

Tak dapat tahan tengok koleksi tudung Aidijuma. Itu belum campur dengan keingian nak membeli jubah la, sandal la...haisshh ntah la, sebenarnya sudah terlalu lama gila tak membeli semua tu untuk diri sendiri.

Memang tak tertahan melihat gambar-gambar tudung aidijuma ni, coraknya cantik-cantik dan kebelakangan ni memang extra cantik ..meleleh air liur sampai ke kaki pun tak mampu nak kejar sebab tiap minggu keluar design baru..adoiii boleh tercirit dibuatnya...sebab tu la lama dah tak beli...taubat kejap.

Ni gambar-gambar kat bawah semua yang Kak Aya belum ada, belum sempat beli, tak sempat beli, apa pun motif yang nak disampaikan adalah belum cukup duit untuk melabur pada pembelian tudung ni ..tapiiii biasalah ,tak dapat beli dapat tengok pun cukupla.







Tudung cantik, tuan tudung lagi cantik, pakai la corak apa pun tetap nampak cantik menawan..makin cantik berseri Datin Norjuma sekarang kan?

Ada tak yang alami kegilaan yang sama macam Kak Aya ni?

Jom share.


3 comments :

Diana Rashid berkata... [Reply to Comments]

Ramai kak..rakan Fb saya ramai yang giler dengan AJ ni..adik saya pun sama..saya dulu tak minat jugak..lepas dapat tudung AJ dari kak Aya memang rasa patut la raai yang yang jatuh cinta dengan AJ..

Hamelia Hamid berkata... [Reply to Comments]

tudung2 AJ semua lawa2 dan mampu milik...skirt pun lawa jugak.

Firzanah Azhar berkata... [Reply to Comments]

serious cantik . memang dah ketagih dah ni!

Myblog : http://firzanahazhar1.blogspot.com/

Catat Ulasan