PENULIS TAMU : KISAH SEORANG MADU EPISOD 6

Assalamualaikum kepada yang sudi datang sini, adakah ada yang
ternanti-nanti entry daripada Kak Hani?*kembangkuncuphidung.

Dah lewat tengah malam, Kak Hani baru sempat muncul kat sini.
Sibuk sikit dengan tugasan harian .
Bibik Kak Hani baru je berhenti kerja awal Ramadhan baru-baru ni.
Dah lama dia mintak berhenti tapi Kak Hani belum bersedia untuk lepaskan.
Tapi kali ni,lembut pulak hati ni izinkan dia pulang terus ke Indon.
**mesti hari-hari dia doa mintak Allah lembutkan hati Kak Hani .

Agak lama bibik tinggal bersama dengan Kak Hani.
Sebaik saja Kak Hani bersalinkan anak bongsu
Dah 15 tahun.

Errr sama tahun dengan anniversary suami kita dengan orang sana.
***eh tetiba pulak!

Semoga bibik Kak Hani sedang berbahagia dengan keluarga tercinta.
Bibik balik sana terus jadi pemborong beras..caya la .


Syawal dah berlalu pergi.....sudah 13 tahun raya Kak Hani sekadar pulang ke kampung.
Ke kampung suami bukan kampung kak Hani.
Balik sehari sebelum raya, pagi raya ke dua dah balik rumah sendiri.
Ditinggalkan bersama anak-anak .
Dia pulang ke kampung orang sana.

Jangan tanya la sedih ke idok?
Tak perlu tanya kot soalan tu.

Tapi hikmahNYA, Kak Hani lebih menyelami hati anak-anak.
Mereka terluka namun tentang menyayangi dan menghormati ayah sama macam dulu.
Kami bertiga sama akrab.
Sentiasa saling meluahkan rasa.
Itu hikmah terbesar.

Sekarang setelah berbelas tahun melaluinya, Kak Hani sentiasa mencari
RAHMAT disebaliknya...jika dicari pasti akan jumpa..jangan berhenti mencari.


2 comments :

Diana Rashid berkata... [Reply to Comments]

Hi kak Hani....nak kenal lebih dengan kak hani ni..kena selak2 entry lama nampak nya..heheh..

ummi aqilah (LM) berkata... [Reply to Comments]

Kak hani.. Masa bermadu tu ank kedua dah lahir? Baby lagi ye masa tu?

Catat Ulasan